First Time Cuba Aiskrim Chocolate Brownie McFlurry McDonald

Baru je 2 hari lepas mama First Time Cuba Aiskrim Chocolate Brownie McFlurry McDonald ni. Mama baru aje perasan ada menu aiskrim baru ni tau. Rasanya mungkin dah quite some time sudah di pasaran cuma mama aje yang kurang tahu. Disebabkan ada menu baru maka terpaksalah mama order untuk rasa.






Kebetulan semasa mama shopping di Alam Sentral mama lalu depan booth McD dan tetiba teringin pula nak order aiskrim ni.




Ini lah rupa Aiskrim Chocolate Brownie McFlurry McDonald yang mama order tu. Ada brownies as topping dan ada coklat dalam Mc Flurry tu. 






Pendapat mama tentang Aiskrim Chocolate Brownie McFlurry McDonald sesungguhnya kurang memenuhi tekak mama. Fuh, jarang mama tak suka makanan kan tapi kali ni agak kureng la Aiskrim Chocolate Brownie McFlurry McDonald ni.


Gambar diambil dari website McD. Nampak sedap kan.

Aiskrim dan coklat tu memang sedap, macam biasa. Cuma yang membuatkan kureng sedap ialah brownies tu. Pada mama terlalu pahit dan pekat sungguh rasanya. Mama tak rasa McD menggunakan brownies sebenar sebab potongan brownies terasa seperti cube ala-ala cube milo cuma rasa dia tu pahit. Mama pun tak sure kut2 kalau beli di tempat lain rasa dia OK atau tak. So, itu je lah mama nak share arini.

Minggu ni buat post ringan-ringan aje sebab kebizian. Banyak post jenjalan dan makan-makan nak buat tapi tu la.. belum ada kesempatan.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Hehe ada saya baca yang suka. Mungkin terbakar lebih brownies jadi pahit. Mungkin Kak Adda boleh cuba di outlet lain untuk banding.

    ReplyDelete
  2. aik pahit ke...kita suka mcflurry brownies tu sbb brownies jenis chewy mkn plak ngan eskrem ..yummmyyy

    ReplyDelete
  3. Biras PC kata sedap sangat mungkin kena dengan selera.

    ReplyDelete
  4. jarang dana try aiskrim mcd, pilih lagi pie dia hehehe...

    ReplyDelete
  5. alahaiii...jauhnya mekdi..lebih 10 km

    ReplyDelete
  6. sedapnya mama! pos sini sikit hehehe

    ReplyDelete
  7. kak ana dh rasa gak, agak manis juga pada kak ana tapi anak2 suka sangat :)

    ReplyDelete
  8. Tak pernah cuba lagi menu baru ni. Tapi nampak sedap.

    ReplyDelete
  9. dah rasa... tapi kena gaul sebati ngan aiskrim.. seimbang sikit rasanya.... huhu... Tapi browniesnya jenis chewy chewy gitu... time malas nak ngunyah tu.. adoi.. mcm x nak beli dah.. hahha

    ReplyDelete
  10. Aiskrim ini tak memenuhi citarasa saya sebab saya tak suka brownies...lagi tak akan beli sebab nona sani kata brownies jenis chewy2...hehehhehe....harap anak tak request lah nanti....

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. shida pun mkn dah mama..aiskrim sama je rasa,,cuma ditambah brownies yg lekat2 kat gigi hahaha adooiii ^_^

    ReplyDelete
  14. Saya suka brownies, tapi aiskrim yang ni tak rasa lagi

    ReplyDelete
  15. Saya pulak suka dengan chunky brownies tu. Sedap gabung dengan aiskrim vanilla.

    ReplyDelete
  16. dah cuba ms mula keluar aritu. tp entah kenapa sy dpt brownies tu liat liat... mmg mcm tu ke? ke... sy dpt yg lain?

    ReplyDelete
  17. Adoi.. Tak berpeluang nak rasa tak boleh rentas daerah.. hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post