Lunch di Jaman Tory Resepi, Kuantan Pahang

Ini post terakhir mama tentang Kuantan. Post yang dah bersawang tapi nak juga up untuk kenangan. Sebelum kami balik ke Shah Alam dari Kuantan, sempat kami Lunch di Jaman Tory Resepi, Kuantan PahangJaman Tory Resepi, Kuantan Pahang memang popular dikalangan orang Pahang dan juga pelancong lain. Maka wajiblah kami singgah dan merasa makanan kat sini. Kebetulan perut memang dah lapar masa tu dah hampir pukul 3 petang dah. 








Menu Pilihan di Jaman Tory Resepi, Kuantan Pahang

Berikut adalah antara menu yang kami beli hari tu.

Nasi goreng untuk en hubby. Pada mama nasi goreng ayam kampung ni rasa dia standard je tapi  ayam kampung tu memang sedap

Rasa rojak ni pada mama OK, sedap. Kuah dia pekat tak kedekut pula tu

Jemput-jenput bilis. Rasa dia sedap sampai kami order satu set lagi tau

Ayam goreng untuk anak mama. DImakannya bersama nasi putih sebab kat sini takde menu yang kena dengan tekak dia hihi

Set ikan patin ni memang tak rugi beli. Sedap dan ikan patin dia pun takde bau. Set daging salai juga sedap

Minuman bagi kami 4 orang. Air semua sedap nyor asli mmg kaw sangat.

Sempat posing sekejap


Menu dan Harga di Jaman Tory







Ini pula Menu dan Harga di Jaman Tory




Photo time

Tempat makan outdoor. Kami makan kat luar. Lebih selesa makan kat sini dan terjamin juga dari segi penjarakan sosial berbanding makan kat dalam.




Overall pengalaman makan kat sini memang makanan dia sedap. Tak hairanlah orang ramai sangat dan sentiasa penuh tempat duduk walaupun dah hampir petang. Mungkin sebab mama pergi masa tu weekend. Total harga dibayar RM 98.30 untuk 4 orang, mama rasa berpatutan juga kan.

Mama paling suka dengan suasana dan deco kedai ni. Terdapat banyak hiasan barangan antik. Pekerja dia ramai dan setiap sorang melayan pelanggan dengan sabar. Dari segi servis tak terlalu cepat atau lambat, tapi meja sebelah mama tu mama dengar asyik komplen lambat. Mama pun x pasti kenapa dengan diorang tu.




Ada musolla.. senang nak solat. Sempat kami solat jamak sebelum berangkat pulang. Alhamdulillah..


Maklumat Jaman Tory Resepi, Kuantan Pahang

Jaman Tory Resepi, Kuantan Pahang
Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. terliur tgk air tu..kita tk mkn ikan patin..adik pn p makan sini lastweek

    ReplyDelete
  2. Oh ada cukai perkhidmatan.
    Pernah dengar Jaman Tory tapi tidak pernah singgah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama tgk byk charge perkhidmatan kt byk kedai skrg

      Delete
  3. Berkenan pula menengokan cekodok bilis tu.. Ohsem..

    ReplyDelete
  4. nampak lain tempt die ye..dah lama tak berjalan kt kuantan..nampk sedap menu tu

    ReplyDelete
  5. hmm... pahang antara negeri yg x byk dijelajah... kalo area situ mmg glamer ikan patin kn??

    ReplyDelete
  6. memang berbaloi sangat..

    tak rugi.

    tanbah lagi kalau sedap

    ReplyDelete
  7. Unik nama kedai tu. Lama tak jalan-jalan Kuantan. Betul tu mama, duduk outdoor lagi selamat sebab open air. Ruangan bertutup lagi tinggi risiko Covid

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sal. kena sentiasa beringat norma baru ni kan

      Delete
  8. semua sedapppppp tgk harga pn reasonable

    ReplyDelete
  9. Sedapnya semua hidangan tu kak. Harga pun boleh tahan juga berpatutan.

    ReplyDelete
  10. Nasi goreng tuu nampak sedapp hehe
    Semua nasi goreng rabia kata sedapp
    Memang nampak sedapp pun .

    ReplyDelete
Previous Post Next Post