Marah adalah satu perasaan yah semua manusia ada. Mama sendiri selalu jugak dirundung marah. Biasalah banyak situasi dan keadaan yang boleh membuatkan kita rasa marah. Tapi alangkah bagusnya jika kita dapat mengawal kemarahan kerana Menahan Marah Demi Keredhaan Allah itu adalah akan menjadikan kita seorang yang bertawakal dan beriman.
Menahan Marah Suatu Keutamaan
عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا تَجَرَّعَ عَبْدٌ جَرْعَةً أَفْضَلَ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ جَرْعَةِ غَيْظٍ يَكْظِمُهَا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ تَعَالَى
Daripada Ibnu Umar RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah seorang hamba menahan sesuatu yang lebih utama di sisi Allah daripada ia menahan amarah. Ia menahannya kerana mencari redha Allah Ta'ala." (HR Ahmad No: 5842) Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Marah adalah sifat semula jadi pada setiap manusia. Ia perlu dikawal agar tidak berlebihan dan melampaui batas hingga terkeluar dari kewarasan dan kematangan akal serta tuntutan agama.
2. Keutamaan seorang Muslim ialah menahan sifat amarah.
3. Islam mengajar agar mengawal dan menahan sifat amarah semata-mata kerana mencari keredhaan Allah.
4. Nasihat Rasulullah SAW kepada sahabat seperti yang diriwayatkan Abu Hurairah RA:
أَنَّ رَجُلاً، قَالَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَوْصِنِي. قَالَ " لاَ تَغْضَبْ ". فَرَدَّدَ مِرَارًا، قَالَ " لاَ تَغْضَبْ
Seorang pemuda meminta nasihat daripada Nabi SAW, dan Nabi bersabda: Janganlah kamu menuruti amarah. Dia mengulangi pertanyaannya, dan Nabi mengulanginya sebanyak tiga kali. (HR Bukhari No: 6116)
5. Allah SWT menyifatkan antara ciri orang yang beriman dan bertawakkal kepada-Nya:
وَإِذَا مَا غَضِبُوا هُمْ يَغْفِرُونَ
...dan apabila mereka marah, mereka segera memaafkan. (as-Syura ayat 37)
Berlatihlah menahan sifat amarah kerana mencari keredaan Allah.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor telegram.me/hadisharian_ikram
susah nya menahan marah, tapi dana tgh belajar untuk kurangkan marah... kalau nak marah sabarkan diri, suruh fikir yang baik-baik je....
ReplyDeletemmg susah nak control kan dana.. takpe kita usaha sikit2
DeleteSometimes mmg susah nak control marah ni. Kdg terlepas kat org yg tak sepatutnya. Geram! huhu.. Kena banyak lagi belajar bersabar nampaknya. hehe. Nak wallet free? Jemput join GA saya http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html
ReplyDeletebetul misya.. waa ada GA nanti mama join ye
Deleteorang yang mampu tahan marah... aalah orang yang paling kuat.
ReplyDeletebetul tu
DeleteThanks for sharing mama. Bukan senang menahan marah. Syaitan pun tepuk tangan bila tengok kita naik angin
ReplyDeleteP/s: sory kalau terkomen banyak kali, pc ni ting tong
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan sabar..
ReplyDeleteJom join GA sahabat kita ni,
https://ejulz.blogspot.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html
saya masih lemah bab bab ni.. memang jenis cepat marah tapi cepat juga cool. cuma untuk perkara2 tertentu sy sngt cepat emosi dan melenting T.T langsung tak menurun arwah ayah yang sngt penyabar. allahuakhbar.. kena improveee sngt ni kelemahan T.T
ReplyDeletetakpe siti.. mama sendiri pun hari ke hari dalam proses pembelajaran. Mama doakan siti dapat kawal kemarahan tu. Marah jika kena pada tempatnya pada mama OK je
Deletejgn buat sesuatu keputusan ketika sdg marah..
ReplyDeleteKadang kala tidak dapat kawal kemarahan.
ReplyDeletemmg susah nak menahan amarah.. dah lepas baru menyesal huhu T-T
ReplyDeletemarah menyebabkan stress, muka jadi bengis dan cepat kedut..tak nak nampak tua, jgn marah..senyumm :)
ReplyDeletebetul tu cikguzim.. so sebelum mawah kena bayangkan muka kita kerepot. tentu tak jadi marah haha
Deletekadang tu memang susah nak control perasaan marah..huhu
ReplyDeletebanyakkan istighfar. nice sharing :)
memang tinggi dugaan nak kawal marah ni kan
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteSemoga kita semua berjaya melawan dan mengawal sikap marah tu. Bukan mudah tapi yang penting usaha :)
ReplyDelete