Menyesal Tengok Drama Korea Mr Queen. Huhu.. nak tau tak sebenarnya mama ni memang mengelak dan jarang tengok Kdrama. Hanya yang betul-betul "worth" aje mama tengok. Mama selalu juga tengok movie tapi Kdrama, Mdrama, Jdrama dan semua jenis cerita bersiri memang mama elakkan. Bukan sebab mama tak suka, tapi mama ada alasan mama yang tersendiri. Mama juga kurang tahu drama apa yang trending dsb. Kalau mama tau pun sebab mama baca dari blog kengkawan blogger. Ada masanya terpengaruh juga dan "ter"cari dan "ter"tengok juga Kdrama tu hihi.. Alang-alang mama terus buat Review K-Drama Mr Queen kat sini terus la ye
Minggu lepas kawan mama ada beritahu tentang Drama Korea bertajuk Mr Queen. Itu bukan first time mama dengar tajuk dia sebab sebelum ni pernah ternampak gambar cerita ni. Mama ingatkan cerita cinta, so pass la.. Dah beberapa kali dia cerita dan mama tak amik pot. Tapi bila dia cerita sinopsis terus mama berminat. Sebab cerita tentang seorang chef di dunia modern dan tetiba tercampak ke abad 18 dalam badan seorang Queen. Wow ada elemen merapik macam ni memang mama suka. Dan selepas tu terus mama cari dan tengok drama tu.
Ternyata memang best sangat citer ni. Ini kali kedua mama tengok cerita Korea zaman dulu, First mama tengok cerita Kingdom. Masa tu agak pelik juga dengan cerita zaman dulu Korea. Rupanya banyak politik dan pergaduhan clan. Akhirnya mama terjebak juga dengan cerita ni yang juga merupakan kisah cinta.
Menyesal Tengok Drama Korea Mr Queen
Hmm.. kalau dah seronok sangat tengok citer ni nape plak mama nyesal ye? Sedap-sedap mama layan cerita ni sampai episod ke 10, tetiba bila mama nak tonton episod ke 11, barulah mama sedar yang cerita ni belum habis ditayangkan lagi. Uwaa.. Barulah mama tahu rupanya setiap minggu ada 2 episod akan keluar. Maka, nak atau taknak terpaksalah mama tunggu sehingga habis cerita ni.
Sebenarnya inilah perkara yang paling mama elakkan bila tengok drama. Satu, mama akan tak sabar nak habiskan tengok kesemua episod sebab nak tau ending dia. Satu lagi mama tak sanggup tertunggu-tunggu episod seterusnya. Especially cerita yang best macam Mr Queen ni. Sekali mama kena CHECKMATE haha.. Maka, berhuhu la mama nak tunggu sampai episode 20.
Apapum memang mama suka sangat jalan cerita drama ni. Kelakar dan penuh dilema. Walaupun pelakon dia baru mama kenal, tapi memang bagus sangat lakonan diorang. Dari queen dan king, hinggalah watak kecil-kecilan semuanya memang very detail dari segi emosi dan tahap lakonan diorang memang tiptop. Mama paling suka watak Queen yang selalu ada masalah kecelaruan identiti. Yelah kan mana tak celaru, soul org lelaki masuk badan org perempuan. Watak king pula celaru juga sebab dia terpaksa berlakon jadi raja boneka padahal dia memang hebat. Setiap episod memang tak boleh miss.. Semuanya menarik. Korang ada tak yang layan citer Mr Queen ni? Best kan.. kan..
Suka sangat hubungan Queen dengan dayang-dayang serta juga Royal chef. Memang tak kering gusi layan telatah diorang.
Review K-Drama Mr Queen
Sinopsis Drama Mr Queen
Ni mama tulis sikit sinopsis Mr Queen (sumber asal en wiki). Pada era modern, Jang Bong-hwan bekerja sebagai chef di Rumah Biru Presiden. Dia memiliki jiwa yang bebas, tetapi entah bagaimana jiwanya menemukan jalan ke dalam tubuh Ratu Cheorin (Shin Hye-sun) pada zaman Joseon. Raja Cheoljong (Kim Jung-hyun) adalah orang yang lembut dan santai secara lahiriah tetapi memiliki sisi yang berbeza dan memiliki banyak rahsia dan plan untuk lakukan reformasi. Ratu Sunwon (Bae Jong-ok) adalah istri almarhum Raja Sunjo yang memegang kekuasaan sejati di negara itu dan menjadikan Raja Cheoljong sebagai raja boneka. Kim Jwa-geun (Kim Tae-woo) adalah adik yang ambisius dari Ratu Sunwon.[4]
Lagu Ost Yang Mama suka
- Part 2: "Like a Star" (마음이 별이 되어) oleh Jang Han-byul (winner big stage 2019 tu)
- "Here I Am" oleh Jo Hyun-ah
Suka sangat ost dari Mr Queen ni mama layan sampai sekarang tau.
Fuh lega dapat luah perasaan kat sini. Ada sesapa layan citer ni? Jomlah kita berhuhu sama-sama
[update 12/3/2021:]
Mama dah habis dah tengok cerita Mr Queen. OK la memang best sampai ke penghujung ceritanya. Ending dia nak kata terlalu happy ending pun tidak. Yang mama boleh katakan ending dia FAIR untuk semua watak. ok bai
Itu masalahnya tengok cerita yang siri belum tamat tayangan. Kalau sedap tidak sabar tengok sampai habis.
ReplyDeleteTu la NA.. sekso haha
DeleteDana layan kak, rakam dulu pastu tunggu dah 4 ke 6 episod baru tengok heheheh, baru layan... dana minat dengan heroin dan lelaki yg ada dlm badan permaisuri tu heheeheheh
ReplyDeleteCara tu mcm lagi sekso je dana oii 🤣🤣. Hero dgn heroin tu first time mama tgk.lakonan diorg
Deletelayan jg drama ni..kelakar..
ReplyDeleteKelakar kan
Deletenasib tak follow drama yg tengah ongoing sekarang..boleh faham perasaan terseksa nak tunggu next week tu lagi parah kalau ada episode kena postpone seminggu. tabahlah mama..hehe
ReplyDeleteMmg parah tiara.. mama Ckp dgn kawan mama.. sampai ati bg drama yg x abis lagi haha
Deletebelum layan lagi,..tunggu keluar kat Netflix...
ReplyDeleteSo far ni drama paling best yg mama penah tgk
DeleteSama la...terjebak jugak. Now stop dulu...kasi byk2 episod dulu baru layan. Ha ha ha...memang byk scene yg kelakar...tambah2 queen tu
ReplyDeleteScene kelakar tu yg paling best kan. X jemu tgk
DeleteCuba tengok Uncanny Counter pulak..pun best bukan cerita cinta.. next week dia habis dah.. tak lah tertunggu-tunggu nanti..
ReplyDeleteBahaya ni rodiah.. kang terjevak susah.. Jap nak tgk sinopsis hehee
DeleteAlamak.. Tu yang x best. Kena tunggu. Macam dulu-dulu plak tunggu drama bersiri yang kita tengok keluar tv. Ingat menyesal sebab ending tak best. Hehe. Best gak sinopsis dia. Korea kalau buat cite masak-masak ni memang terer
ReplyDeleteOo ye ke korea terre bab cite masak..baru tau. Kalau me queen ni ending x best mau nya mama murung haha
Deleteadik saya yang cakap, dia hantu kdrama. kalau dia tipu, saya tipu la. haha
Deletesama la kita suka tengok marathon terus dari awal sampai habis. Sebab tu suka tunggu sampai drama betul2 habis running baru tengok. Kalau tak frust macam ni la hehehe
ReplyDeleteHaha.. frust kan nak kena tunggu. Sama la mama pun jenis suka marathon
DeleteIngatkan menyesal tak best. rupanya kena tunggu..tu yang malas tu kan..berhuhu lah menunggunya sebab dah terlayan. separuh jalan tak best lak :)
ReplyDeleteTgok cerita yg tak habis lagi sama frust tgk cite yg ending x best fiza huhuu
Deletesalah sau perkara yg sy jg x suka kalu tgk drama bersiri2 ni... nak cpt abis dan mls nak tggu. melainkan jln ceritanya ngam dgn sy, br sy hayati satu persatu. kalau kena tggu mmg meraung laa sy nmpk nya hahhaah
ReplyDeleteSama la dgn mama anies.. huhuu
Deletetidak dinafikan cerita begini ..menguja ramai peminat.
ReplyDeletealhamdulillah juga sebab Mamapp ada masa dan kesempatan untuk menontonnya
Tapi mama mmg betul..kdrama ni sekali tgk x berhenti huhuuu..same with me mama ^_^
ReplyDeleteLAMA DAH TAK TENGOK DRAMA KOREA
ReplyDeleteAlamak kita memang suka hero ni. First time tengok dia berlakon dalam Crash Landing on You. Besttt. Pastu kakak kita suggest tengok Welcome to Waikiki, hero ni jugak. Pun best. Jangan risau dua-dua cerita ni dah lama tamat, tak yah tunggu2. Haa, keluarga kita mmg suka layan kdrama tau. :p
ReplyDeletehaha tq mommy utk recommedation. ni first time mama tgk hero ni. tapi lakonan dia mmng mantap sgt pada mama
Deletelom layan lagi citer ni.
ReplyDeletesejak PKP, sibuk plak kat rumah :)
Start Up pun baru 3 episod.
anak buah aida tgk dah citer ni.
ada dia bercerita ari tu :)
Akak sekarang tgh tgok Hotel Del Luna..terjebak lama dah ni..lom habis2 lagi..kekangan masa sangat...
ReplyDeleteAlamak! Best ye ceritanya. Dah simpan drama ni dari tahun lepas, waiting list untuk ditontong hihi.
ReplyDeleteMemang best drama ini.. Kelakar dan mampu menceriakan..
ReplyDeleteCuma Sha tak adalah ikut secara serius sebab dramanya belum habis.. Selalu tengok klip=klip pendek je dekat Facebook.. Memang layanlah.. hehehe
Jangan bagi spoilers. Baru episod 11!!!!!
ReplyDeletehihi ni yg buat mama nak bagi spoiler ni haha.. dont worry ending dia tak de lah terbaik tapi fair
DeleteCuba tengok Angle Last Mission:love heroin dia tu Shin Hye Sun/Queen
ReplyDeletetenkiu suggest.. mama dah donlod dah tapi belum tgk lagi. macm best citernya
Delete