Takde Istilah Mekap Cair Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Takde Istilah Mekap Cair Dengan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. To be honest, mama sentiasa ada masalah untuk menggunakan produk kecantikan kerana tona kulit mama yang tak sekata. Ada bahagian muka yang berminyak dan ada bahagian yang kering sampai kadang-kadang menggelupas. Kalau pakai mekap & bedak pun sekejap saja kerana lama-kelamaan bedak dan mekap tu jadi "cair" dan tinggallah muka mama yan berminyak dan comot. Kadang-kadang rasa frust juga tau.








Rupanya ada penyelesaian bagi masalah ini. Ternyata Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni membuka mata mama. So, sebenarnya mama ni takdelah hopeless sangat. Masih ada harapan untuk jadi lawa hihi. Kenapa mama cakap macam tu? Jom baca sampai habis.


Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream


Pernah dengar tak nama Hansaegee Nature? Hansaegee Nature adalah produk skincare dari Korea dan sudah hampir 10 tahun berada di Malaysia. Selain dari Nano CC Cream, ada juga Bubble Aloe Vera Cleanser yang mama guna sampai sekarang sejak mencubanya dulu. Boleh baca sini Pencuci Muka Bubble Aloe Vera Yang Bersih Dan Tak Kering | Hansaegee Nature. Kini Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini pula semakin dikenali dan mama tak lepaskan peluang untuk mencubanya pula. 


Apa Itu Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream?

Gold Nano CC Cream ni ada fungsi CC (Color Control) dan juga mencerahkan kulit. Ia adalah krim siang all-in-1 yang mampu memperbaiki dan menyeimbangkan tona kulit wajah. Kulit yang kusam jadi lebih bermaya, glowing dan pada masa yang sama protect kulit dari sinar UVA & UVB kerana ia ada SPF 50 PA+++. CC Cream ni berbeza dari BB Cream kerana ia lebih ringan dan halus. 


Dari gambar ni kita boleh lihat bagaiman CC Cream ini membuatkan kulit lebih sekata, cerah dan lembut. Dari berwarna putih, perlahan-lahan mengikut tona kulit kita secara natural. Senang, mudah dan tak perlu pening kepala fikir kod skin tone yang sesuai.

Sini mama tunjuk bagaimana Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream bertukar warna setelah di apply. Warna krim yang pada mulanyaa berwarna putih akan mula terlihat bintik-bintik berwarna pink/coklat setelah disapu sekejap./ Selepas di blend lagi,/ ia akan berubah warna mengikut warna tone kulit secara semulajadi. Warna dan appearance krim menjadi lebih smooth dan cantik. Jadi, tiada masalah sebenarnya jika krim berwarna putih kerana lama-kelamaan ia akan berubah warna kepada warna yang sesuai dengan kulit kita.

Kandungan Utama Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Selain dari yang dinyatakan kat atas, Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni ada fungsi lain juga tau. Mari kita lihat 3 bahan utama dalam Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dan fungsinya:

  • “Mineral Water” – Membantu mengimbangi pH kulit, membantu penyerapan vitamin dan meningkatkan keanjalan kulit.
  • “Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract” – Melegakan masalah kerengsaan kulit serta berfungi sebagai ejen anti bakteria
  • “Nano Gold” – Melindungi dari kesan radiasi infrared dan sebagai  bahan anti oksidan serta anti bakteria yang melambatkan penuaan. 


Kelebihan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Secara keseluruhannya, mama dapat simpulkan fungsi Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream seperti di bawah:

  • Menyeimbangkan dan memperbaiki warna kulit secara semulajadi
  • Memberi perlindungan UV dari sinar matahari melalui SPF50 PA+++
  • Kulit menjadi lembut dan glowing

Di samping itu ia juga berfungsi sebagai:

  • Mengecilan pori-pori
  • Boleh dijadikan sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Melegakan masalah kulit
  • Mengekalkan kelembapan


Cara Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream

Mudah sekali cara menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Seperti yang mama nyatakan kat atas, korang boleh lihat gambar di bawah:

Mudah saja step dia kan. 

Cuba lihat perbezaan kulit mama bila menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream/ Nampak warna kulit lebih sekata dan nampak lebih glowing kan. Selalunya kawasan yang warna kulit tak sekata seperti di bawah mata, dagu dan area antara hidung dan atas mulut. Bila guna krim ni terus nampak sekata aja warna dia.

Inilah yang paling mama suka tentang Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Tersangat mudah untuk di pakai hanya guna jari je tau, tak perlu guna berus. Selepas membersihkan kulit dan menyapu pelembap seperti biasa, calitkan CC Cream dibahagian muka di dahi, pipi, hidung dan dagu. Sapu rata pada keseluruh wajah sehingga ia sama rata. Lama kelamaan warna putih itu akan berubah dan menyamai tona kulit kita. Macam magic kan? Simple je cara nak pakai. Selepas tu boleh pakai bedak atau mekap. 


Pengalaman Menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream


Mama dah mula rasa perubahan sejak pertama kali guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream lagi tau. Tekstur yang ringan dan tak melekit memudahkan mama menggunakan krim ni dan warna kulit jadi lebih sekata secara keseluruhannya dan muka jadi glowing secara semulajadi. Maknanya mama dah takde masalah warna kulit tak sekata dah. Kulit pun moist dan lembap sepanjang hari. Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream memang sangat sesuai untuk mama yang kurang bermekap. Selepas apply krim ni, cuma pakai bedak dan oles sikit lipstick pun dah memadai.

Yang paling seronok bila kulit mama terasa lembut serta tidak berminyak sepanjang hari. Bedak dan mekap tak cair dah. 


Lihat gambar ni. Selalunya jika tidak menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream, menjelang tengah hari kulit mama dah mula berminyak especially di zone T. Selalu mama kena lap dengan tisu. Tapi bila guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream kulit mama dah kurang berminyak dan bedak kekal. 





Ini lah rupa tisu bila mama tekan ke atas tempat yang mama letak mekap. Ternyata Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni membuatkan mekap jadi kekal lama. Justeru itu ia juga sesuai sebagai primer atau asas mekap. Warna mekap pun jadi vibrant kan. Warna merah pekat tu adalah matt lipstik mama yang long lasting. Sebab tu la warna dia di tisu lebih terang.


Packaging Menarik Sesuai Di bawa Travel

Mama suka sangat dengan packaging Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ni. fungsi "Twist-Lock" pada penutupnya memang senang nak buka penutupnya. Pusing sekali saja dah boleh guna dah krim tu. Packaging yang compact memang sesuai di bawa travel. Penutupnya kuat dan krim tak terkeluar pun 




Semasa mama travel ke Ipoh beberapa minggu lepas memang sangat seronok bawa krim ni. Muat dalam beg mekap mama dan masa nak balik tu mama stuck dalam traffic jam selama hampir 5 jam tapi kulit muka mama masih lagi macam Masa mama pakai pagi tu. Padahal Masa tu almost 12 jam tak cuci muka tau. Muka tak berminyak dan Masih lagi nampak cerah dan berbedak. Best sangat!



Ni contoh selepas 5 jam mama menggunakan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream. Color yang masih terang tu bila mama guna Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream dan warna yang pudar tu tanpa Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream.

Ada satu perkara yang baru mama perasan. Selepas 2 minggu menggunakan krim ni nampak macam kedutan halus disekitar mata nampak berkurangan. Mama tak berapa pasti tapi takpe, mari kita tunggu lagi beberapa minggu untuk mengesahkan kesan ni.  


Maklumat Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream


Berikut adalah maklumat Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream 

  • Nama Product: Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream
  • Size: 50g
  • Jenis: All in one Day Cream
  • Penggunaan: Di muka dan leher
  • Berbentuk – Light Mild Cream type

 

Korang boleh ddapat Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream di sini: 




mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. ramai juga yg promote produk hansaegee ni. nanti nak try usha2 cc cream dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far barangan hansaegee mmg sesuai utk mama taa. Sesuai utk kulit mama yg betmasalah tapi hansaegee ni ingredients dia semua X Dr effect sampingan

      Delete
  2. sy pun masi lgi ada cream nie.. belum habis2 lgi.
    mmg best!

    ReplyDelete
  3. Menarik nih kK, kalau idok pakai face mask melekap makeup

    ReplyDelete
  4. Best produk ni kak adda.Nora pun pernah guna. senang calit-calit je kan kak.

    ReplyDelete
  5. Wah nampak betul semulajadi. Krim itu bercampur dengan warna kulit. Bolehlah cari.

    ReplyDelete
  6. Nampak natural je Bila apply cc cream tu. Tak bercapuk pun.

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik produk nie Adda..

    ReplyDelete
  8. Bagus ni. Nampak natural dan better bila berpeluh pun ye.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post