Dinner di De Bois Cafe Ipoh Perak

Ni cerita bulan Januari 2021 semasa mama sekeluarga pergi ke Ipoh. Ada beberapa entry yang terbengkalai ntah bila nak habis cerita hihi.. Kami sempat Dinner di De Bois Cafe Ipoh Perak  semasa di sana. Rasanya tempat ni glemer juga sebab masa mama Dinner di De Bois Cafe Ipoh Perak tu ramai orang. 






Pada mulanya kami nak ke Miker Pizza tapi beratur panjang katanya. Kebetulan cousin pun ada di Ipoh dan dia bagitau, masa tu dia dah kat Miker dan dah beratur setengah jam hihi. So, kami cari makan kat tempat lain je la. Kebetulan mama ternampak De Bois dan nampak senang nak parking maka singgah la kami yang datang 4 kereta ni. Baca ni juga:


Menu Pilihan di De Bois Cafe Ipoh Perak

Ini antara menu yang kami order. Semua dah kelaparan so memacam la yang di ordernya.. Sebenarnya byk menu mama dah lupa mama dia maka layan gambar je la ye

Nasi goreng ni sedap.. 

Curly fries..bila beli 1 Tak cukup, siap tambah order lagi. Sedap


Mushroom soup dan garlic bread ni memang boleh dipuji, sedap dan pekat..

Fish & chips. Quite big potion

Spaghetti carbonara untuk anak sedara yang mmg hantu carbonara

Lupa pula air apa ni ye.. rasanya smoothie.. sedap. Kalau tak silap satu chocolate satu vanilla

Chicken parmigiana untuk mama yang mmg craving parmigiana

Kek ni diberi as compliment.. syok betul

Disebabkan ramai budak maka byk aiskrim yang kami order sebab tu agaknya dot complimentary cake kot

Menu dan Harga Makanan di De Boi Cafe






Ni antara menu dan harga di sini






Overall memang puas hati makan kat sini. Rasa makanannya memang tak mengecewakan. Environment kat sini superb dan tenang, tempat makan luas dan boleh buat event kat sini tau. Paling seronok bila pekerja-pekerja kat sini memang peramah dan tak masam muka walaupun masa tu memang penuh kedai. Deko kat sini menarik dan instagrammbale. Space untuk parking pun tak perlu risau sebab banyak sgt tempat parking. So, mama rekemen sesapa ke Ipoh pergilah singgah ke sana ye.

Ni lah total yang kami bayar. Pada mama mmg berpatutan sebab bayangkan kami ni ramai sampai 4 kereta. Order pun boleh tahan banyak dan sedap menu dia. 

Pemandangan depan kedai. Cantik dan bercahaya..


ni details kedai..

De Bois Cafe Ipoh Perak

Alamat: 203, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah, Kampung Melayu Sungai Rapat, 30250 Ipoh, Perak

Waktu perniagaan: 4:00 petang – 12:00 pagi (Ahad tutup)



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Wah menarik la...terus lapar je perut tengok...la ni nak makan masakan org masak je..

    ReplyDelete
  2. Banyak jenis makan.
    Persembahan makanan pun cantik.

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap. Thanks share. Kalau ke Ipoh nanti nak try

    ReplyDelete
  4. Wah nampak sedap belaka. Terliur rasa tapi sejak PKP dan kelas online di rumah ni, dah tak boleh merayap lepas kelas pergi cari makanan sedap-sedap di area kampus haha

    ReplyDelete
  5. Spaghetti carbonara lemak berkrim. Tentu disukai anak-anak tu. Sedapnya!

    ReplyDelete
  6. Banyaknya menu dia. Sedap tgk cabonara dia.

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum mama... wah, semua menu ni favourite saya lah.... nampak sedap betul.

    ReplyDelete
  8. Miker tu mmg sentiasa ramai org, mama. Ada sekali kitaorang beli tapau je kat situ. Makan kat rumah. Kena juga beratur tapi tak lama sangat. Cafe yg mama pi ni macam menarik je. Boleh cadang kat mr hubby bila balik Ipoh nanti.

    ReplyDelete
  9. terus perut lapar tengok semua makanan tu. Rindunya nak makan kat luar dengan family/kawan..

    ReplyDelete
  10. Jom semak pemenang sayang giveaway by syeeda saniey :
    https://syeedasaniey.blogspot.com/2021/01/pemenang-sayang-giveaway-by-syeeda.html

    ReplyDelete
  11. Maka bersabarlah wahai daku dalam melihat gambar-gambar makanan ni. Huhu

    ReplyDelete
  12. uiii menggoda sungguh niiii... cpt laaa buka sempadan nak jln2 ke ipoh jg

    ReplyDelete
  13. Semuanya nampak sedap.. Paling best tengok menu Spaghetti carbonara tu.. Air tu pun mengancam..

    ReplyDelete
  14. Nasii goreng tu sedappp nyaaa dah la my favourite ni

    ReplyDelete
Previous Post Next Post