Doa Mohon Keampunan

Salam hari jumaat semua. Selamat bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga. Sambil tu mama nak share tentang Doa Mohon Keampunan








Doa Mohon Keampunan


عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ أَنَّهُ قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمْنِي دُعَاءً أَدْعُو بِهِ فِي صَلَاتِي قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Daripada Abu Bakar As Shidiq bahwa dia berkata kepada Rasulullah SAW; "Ajarkanlah kepadaku doa yang boleh aku baca di dalam solatku." Baginda menjawab: "Ucapkanlah; "Ya Allah, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan kezaliman, dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah daku dengan pengampunan dari sisi-Mu serta kasihanilah diriku, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha penyayang." (HR Ibnu Majah No: 3825)  Status: Hadis Sahih


Kesimpulan hadith



1.  Setiap kita tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan


2.  Beristighfar dan memohon keampunan adalah dituntut keatas setiap Muslim


3.  Antara doa memohon keampunan:


اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ


Ya Allah, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan kezaliman, dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah daku dengan pengampunan dari sisi-Mu serta kasihanilah diriku, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha penyayang.


Jom banyakkan istighfar dan memohon keampunan 



Sumber:  1 Hari 1 Hadis 

telegram.me/hadisharian_ikram



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post