Makan Dimsum di Greentown Dimsum Café Ipoh Perak

Makan Dimsum di Greentown Dimsum Café Ipoh Perak. Beberapa minggu sebelum PKP mama ada bgtau yang mama pergi ke Ipoh. Boleh baca sini Review White House Homestay Ipoh Perak. Sebelum check in homestay, mama sempat singgah  Makan Dimsum di Greentown Dimsum Café Ipoh Perak dulu. Ye lah kan, perut dah lapar sebab dah tengah hari masa baru sampai tu. Restoran ni menyajikan Dim Sum Halal di Ipoh . 







Sebenarnya Ipoh ni memang banyak tempat makan menarik. Sebelum ni memang mama pernah sampai sini tapi tak habis lagi tawaf Ipoh dan explore makanan. Antara makanan yang glemer kat Ipoh ialah dimsum. Sambil tu boleh baca post mama ni juga:


Menu Pilihan di Greentown Dimsum Café Ipoh Perak







Ini antara menu yang kami order untuk lunch aritu. Sebenarnya kesemua menu ni family mama yang order untuk kami. Sebab kami kan sampai hari kedua. Masa sampai tu diorang ajak ke sini. So, bila sampai terus kami duduk dan makan sebab semua makanan dah tersedia. Masa tu memang ramai orang. Yang tengah beratur jeling-jeling aje kitaorang haha..

Bila duduk tengok menu-menu ni? aduyai nampak sedap sangat. Bukan rupa aje cantik memang sedap pun especially chee cheong fun ni.

Antara dimsum yang mama makan aritu

Sebenarnya mama dah lupa nama-nama dimsum ni. tapi yang mama makan antaranya salted egg bun - sedap juga rasanya. Gambar kat atas ni bukan salted egg tapi rasa dia sedap juga. Tengah0-tengah tu ala-ala nugget





Bun bulat kuning tu rasanya salted egg bun. Bila makan inti dia meleleh. sedap gak takdelah masin pun

Antara yang mamaa makan tapi tak sempat nak ambil gambar ialah Blue flower dumpling dan Prawn dumpling , kedua-dua dumpling ni memang sedap rasanya.

Kitaorang makan kat open air, seating depan kedai

So far makan kat sini OK, sesuai makan bersama keluarga. Cuma kalau hujung minggu orang agak ramai dan kena tunggu meja kosong baru dapat seating. Dari segi harga pada mama affordable juga bergantung pada jenis dimsum tu sendiri. Walaupun di tepi jalan tapi parking agak mudah sebab ada parking berbayar di bahagian belakang, So, senang aje tak perlu risau tentang parking.


Maklumat Greentown Dimsum Café Ipoh Perak

Ini adalah address Greentown Dimsum Café Ipoh Perak. Gambar kat bawah ni pemandangan dari depan kedai. Ramai orang kan.

Alamat: 10, Persiaran Greentown 4, Greentown Avenue, 30450 Ipoh, Perak


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

19 Comments

Words of wisdom

  1. Unik juga dim sum dan macam jarang dijumpai.
    Penggemar dim sum boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye na ada pelbagai perisa.. yg jenis goreng ada kukus pun ada

      Delete
  2. ala rindunya..pernah datang makan dekat sini juga.. yang hitam tu black bun tak silap..sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. black bun ke? mama tak ingat hihi. boleh tahan kan makanan kat sini

      Delete
  3. huhu rindunya nak makan kat luar .. best kan

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. Bestnya.. Sha pun dah terjatuh cinta dengan dimsum nie sejak pertama kali cuba.. Macam nak kena gi tapau je.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Sallted egg dimsum dia mmg sedap. Laku keras masa ana pergi sini dulu.

    ReplyDelete
  7. Tak pernah lagi makan chee cheong fun. Banyak pilihan dan banyak dimsum rare tak pernah makan. Ramai orang tu memang ternyata sedap dimsum kat sini.

    ReplyDelete
  8. Wahh bestnya!! Lama tak makan dimsum!

    ReplyDelete
  9. Tak pernah lagi makan sini. Nampak menarik dimsumnya. Sekarang pula dah jarang pergi Ipoh. Salam kenal, mamapipie. Saya follow.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya Adda.. Kak Sue tak pernah makan dim sum kat mana-mana kedai lagi. Hari tu beli kawan Abang Man jual kat gerai aja, sedap jugak..

    ReplyDelete
  11. dapnya. suka dimsum tapi mr hubby bukan penggemar makanan chinese. kat Ipoh memang byk tempat mkn best-best,mama. Adik ipar & mr hubby selalu compare makanan di KL dengan Ipoh. Diaorang ckp kat Ipoh, makanan semua sedap. ada rasa. Saya yg mmg dari kecik duk kat KL ni, panas je telinga diaorang kutuk tempat i membesor ni walaupun i orang Perak. haha

    ReplyDelete
  12. jujur ckp seumur hidup sy x penah mkn dim sum hehehe tp tgk gmbr2 ni nmpk memyelerakan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post