Banyak Makanan Sedap di Penang, Servis Food Delivery Juga Ada

Banyak Makanan Sedap di Penang, Servis Food Delivery Juga AdaBila sudah lama tak bercuti, mula terasa rindu dengan percutian lepas. Seronoknya jika boleh berjalan-jalan makan angin. Lagi seronok bila dapat nikmati makanan yang sedap mengikut tempat yang dilawati. Banyak tempat menarik di dalam Malaysia ni. Jika pandai cari tempat menarik, boleh terasa bagai sedang bercuti di luar negara.


Seronoknya bercuti di dalam Malaysia, bukan hanya tempat menarik malah makanan juga sedap-sedap. Antara negeri paling rindu masakannya adalah Pulau Pinang. Di Penang, terdapat bermacam makanan yang pelbagai. 



Paling seronok, jika terasa sekadar nak rehat saja boleh guna servis food delivery penang. Salah satu pihak yang cukup popular sebagai penghantar makanan yang dipesan secara online adalah Foodpanda.


Foodpanda menawarkan banyak jenis pilihan makanan untuk dipesan dengan cara yang mudah, hanya menggunakan telefon bimbit masing-masing. Tak perlu nak bersusah payah dan tak perlu juga nak buang masa. 


Dalam banyak-banyak tempat makan menarik di Penang, di bawah ini adalah sebahagian daripada nama tempat makan yang sering dikongsikan oleh ramai orang. 



#1 - Nasi Kandar Pelita (Macalister Road)



Tak lengkap rasanya kalau ke Penang tapi tak pekena nasi kandar. Dengan lauk pauknya yang bersaiz besar, di tambah pula kuah banjir di atas nasi putih panas. Memang terangkat habis! Paling best kalau boleh makan telur sotong. Memang sedap amat tu. 


Dengan servis Foodpanda yang mesra pelanggan, semua yang berada di Pulau Pinang dapat menikmati makanan pada bila-bila masa dan di mana jua. Seandainya terasa nak makan sambil bersantai di tepi pantai juga boleh, buat pesanan dan tunggu rider hantar ke lokasi tempat sedang duduk berehat.


Tak perlu lagi nak penat masak di rumah dan tak perlu juga lagi penat untuk siapkan segala macam benda untuk berkelah dan sebagainya.






#2 - Kopitan Classic Penang Delight (Georgetown)


Jika terasa nak makan menu makanan cina pula, boleh cuba menu dari Kopitan Classic Penang Delight. Kat sini macam-macam menu ada. Dari nasi, mee, makanan nyonya, makanan barat, spaghetii, roti & toast dan banyak lagilah!



Boleh rambang mata dibuatnya. Sebut nak makan apa, InshaAllah kat sini ada. Dan kedai ini juga berstatus halal. Ohya, makanan special Kids Meal pun ada juga. Jadi ibu ayah boleh nikmati makanan kegemaran masing-masing tanpa perlu risaukan menu untuk anak-anak.




#3 - Restoran Makbul (Bandar Sunway)


Jika nak rasa menu Penang yang lain seperti cucur udang dan pasembor, boleh order dari Restoran Makbul. Nasi kandar dengan kari kepala ikan, sotong, udang dan bermacam jenis lauk lain juga ada jika mahu. Restoran Makbul beroperasi 24 jam dan ada beberapa cawangan di sekitar Penang. Mudahlah, kalau lapar boleh order mengikut sebarang menu pilihan yang ingin dinikmati.





#4 - Maznah Cafe


Bagi yang kurang gemar dengan menu masakan mamak dan kari ni, jangan susah hati. Kalian boleh nikmati menu makanan melayu dari Maznah Cafe. Kat sini boleh order masakan panas seperti nasi goreng, sup tulang, tomyam, bihun hailam, sambal pecal, tempe berlada dan bermacam menu yang lain lagi. Jika pening kepala tak tahu nak pilih menu yang mana, boleh terus order set nasi goreng ayam penyet.





#5 - Lem Burger Bagan Ajam 


Nak jemu makan nasi? Nak tukar selera dengan menu makanan western? Tak ada masalah. Di Penang memang ada banyak restoran yang menyajikan menu masakan ala barat ni. Salah satu daripadanya adalah Lem Burger. 



Sebagaimana yang telah dikatakan tadi, setiap restoran ada makanan specialnya yang tersendiri. Atas kita mahu pesan untuk makan menu yang mana. Harga juga sangat berpatutan. Jika ke Penang tidak cuba rasa pelbagai makanan tempatan yang ada di sini, memang tak sah! Rugi tau.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. syu tau kedai nasi kandar tu je. yg lain2 xpernah pegi walaupun org penang.

    ReplyDelete
  2. Nasi kandar memang wajib kalau ke Penang! :)

    ReplyDelete
  3. Tak sabar nak jalan2 jalan kat penang. Nk try nasi kandar kat penang. Lapar pula tengok semua gambar gambar tu

    ReplyDelete
  4. nanti nak pi lama sikit kat Penang utk merasai segala makanan yg best tu!

    ReplyDelete
  5. Mama pun dok terbayang Penang aje ni uwa bilalah boleh nerentas negeri

    ReplyDelete
  6. pi penang kan mama..mesti nk singgah hameediyah ^_^

    ReplyDelete
  7. menarik! tqq sharing mamap. hopefully boleh jalan2 sini nanti

    ReplyDelete
  8. Sekarang ini berniag kena ada pilihan pembelian secara atas talian kan kak adda..
    Sedap-sedap makanan tu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post