Doa Yang Banyak Dibaca Rasulullah SAW Agar Ditetapkan Hati

Doa Doa Yang Banyak Dibaca Rasulullah SAW Agar Ditetapkan Hati dan istiqamah diatas jalan Islam.  Hati kita ini tidak tetap pendiriannya. Ia perlu dijaga sebaiknya agar tidak berubah dan sentiasa berada di landasan yang benar agar hidup kita juga berada dalam kebenaran. Kat sini mama nak share doa agar hati tidak berbolak balik. Jom baca..







Doa Yang Banyak Dibaca Rasulullah SAW



عن شهر بن حوشب قال‏:‏قُلْتُ لأُمِّ سَلَمَةَ : يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ عِنْدَكِ  قَالَتْ : كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ : يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَتْ : فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ  قَالَ : يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ  فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ  وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.


Daripada Syahr bin Hausyab, katanya: Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: “Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yang paling banyak apabila Baginda SAW disisi engkau?" 

Beliau menjawab: “Doa Baginda SAW yang paling banyak adalah: 

(يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ)

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.” - Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa: “يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ”. Lalu Baginda SAW menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya." (HR Tirmizi No: 3522) Status: Hadis Hasan

 

Kesimpulan hadith:






1.  Sebagai Muslim kita perlu memperbanyakkan doa kepada Allah kerana doa umpama tali yang menghubungkan antara hamba dengan Pencipta.

2.  Antara doa yang sering dan banyak diucapkan oleh Rasulullah SAW adalah permohonan agar ditetapkan hati:


يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu

3.  Dikhususkan doa untuk tetap hati kerana jika hati itu baik, maka seluruh anggota badan yang lain akan ikut menjadi baik.

4.  Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya.

5.  Setiap kita memiliki hati yang bila-bila masa boleh berubah (berbolak balik).

6.  Rasulullah mengajar doa agar kita memiliki hati yang tetap dan istiqamah


Mari sama-sama kita amalkan dan perbanyakkan berdoa agar memiliki hati yang tetap dan istiqamah diatas jalan Islam.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, 



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

  1. Thanks for sharing. Doa ni antara benda paling penting supaya iman kita tak mudah goyah. Salam Jumaat

    ReplyDelete
  2. Itulah takut kan kalau kita berpaling daripada Islam?
    Selalu doa mati dalam husnul khotimah

    ReplyDelete
  3. thanks for sharing mama... akak tag mamapipie for GA... jemput join
    https://www.sheilainspire.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian mama :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat

    ReplyDelete
  6. Good sharing Adda.. semoga kita terus istiqomah perbaiki diri dan amal..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian.. :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post