Kisah Pokok Keladi. Sebenarnya mama tak pasti apa nama pokok ni cuma masa beli pokok ni orang tu cakap sejenis keladi. Mama beli pokok ni sebab nampak cantik dan daun dia pula jenis panjang-panjang. Senang aje menjaganya.. mama siram 2 kali seminggu. Tak letak baja pun huhu..
Selepas 3 bulan baru-baru ni mama perasan ada daun baru muncul. yeayy..
Ini rupa pokok ni yang mama sejak bulan 12 hariu
Masa datang opis pada 15/3 tetiba mama perasan ada baby daun nak muncul
Keadaan daun baru pada 22/3
Cepat betul tumbesaran daun ni dalam masa 2 minggu kan. Ada sesiapa yang tanam pokok ni. Mama tanam indoor aje so far so good. Cuma risau tengok batang daun dia kurus aje.. Tak tau nak gemukkan dia macam mana.
Kalau korang tau nama pokok ni bagitau la ye. Sampai sekarang mama tertanya-tanya nama dia apa. Dah google pun x jumpa..
wah hidup segar tu siap bertunas lagi... cantiknye
ReplyDeletealhamdulillah bonde.. rasi org kat
DeleteWalaupun tanam indoor, tapi tetap tumbuh dengan baik pokok tu.
ReplyDeletemama suka indoor plant ni
DeleteBest tanam pokok ni
ReplyDeleteComelnya pokok kak adda.. senang nak jaga ni kalau boleh bela indoor..
ReplyDeleteHehe senang jaga. Duduk dalam pejabat dan siram 2 kali seminggu.
ReplyDeleteTidak tahu nama tapi memang rupa kelafi.
kan.. mmg ada rupa keladi
Deletewah, membesar dengan sihat si pokok keladi.
ReplyDeleteterapi ni, memang happy bila tengok pokok tu ada naik tunas baru :)
ReplyDeletewak tanam pokok keladi mawar.
ReplyDeleteUmbisinya boleh buat goreng, rebus, pengat dsb
keladi mawar ye namanya wak? betul ke boleh dimakan isinya.. wiww
DeleteWah teruja pulak ana tgk daun keladi tu tumbuh elok je haa.
ReplyDelete