Kulit Lebih Cantik & Sihat Dengan Cosmoderm Perfect Balanced

Kulit Lebih Cantik & Sihat Dengan Cosmoderm Perfect Balanced. Ramai yang dah jatuh cinta pandang pertama bila tengok rangkaian siri produk Perfect Balanced dari Cosmoderm termasuklah diri mama sendiri. Gabungan pink dan hitam memang sweet sangat kan. Cosmoderm Perfect Balanced ni memang sesuai untuk sesiapa yang pentingkan kesihatan dan kecantikan kerana ia tiada bahan chemical berbahaya, malah boleh membuatkan Kulit Lebih Cantik & Sihat Dengan Cosmoderm Perfect Balanced




Ini lah Set Cosmoderm Perfect Balanced yang mengandungi 4 produk iaitu Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser, Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion, Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream dan Cosmoderm Perfect Balanced Mineral Sun Milk with SPF25 PA++  








Kandungan Utama Cosmoderm Perfect Balanced: Prebiotic dan Calamine


Prebiotik dan Calamine, bahan utama dalam Perfect Balanced ni memang byk manfaaat kepada kulit kita. Korang boleh baca kebaikan probiotics dan calamine dalam gambar ni. Kesemua produk Perfect Balanced ini bebas pewangi, pewarna dan paraben.

Dapat disimpulkan kat sini prebiotics ni berfungsi untuk menggalakkan pertahan kulit secara natural, menaikkan seri dan membebaskan kulit dari microbiome. Calamine pula melegakan kulit dari iritasi serta kegatalan, mengurang miinyak serta kemerahan disamping melegakan dari kesan sunburns.


Regimen Penting Dalam Cosmoderm Perfect Balanced


Seperti yang mama beritahu ada 4 produk dalam Perfect Balanced ni. 


1) Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser


Perfect Balanced Foaming Cleanser merupakan langkah pertama rutin penjagaan wajah. Ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif kerana ia bebas paraben, bebas pewangi, tiada  SLS/SLES serta tiada pewarna tiruan. Ia membersih muka dengan mendalam dan kulit terasa lembut tanpa cela selepas setiap penggunaan. 


2) Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion


Cosmoderm  Perfect Balanced Toning Lotion merupakan langkah kedua dalam rutin penjagaan wajah. Selepas muka menjadi bersih, toning lotion akan merawat dan melegakan masalah kemerahan. Selain itu ia juga melembapkan kulit, mengekalkan keseimbangan mikrobima kulit dan merangsang penyerapan krim selepas ni. 


3) Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream


Cosmoderm Perfect  Balanced Wow Cream adalah langkah ketiga. Ia memberikan kelembapan pada kulit wajah, melegakan kulit dan mengurangkan cela di wajah. Wow cream ni dipakai waktu malam ye.


4) Cosmoderm Perfect Balanced Mineral Sun Milk with SPF25 PA++


Cosmoderm Perfect Balanced SunMilk SPF 25 PA++ adalah langkah keempat, dipakai disiang hari untuk melindungi kulit daripada kesan sinar UVA dan UVB. Selain membuat kulit lebih kuat untuk natural defense ia juga melindungin dan melegakan kulit dati sunburn dan kekeringan 


Cara Menggunakan Cosmoderm Perfect Balanced

4 Langkah menggunakan Cosmoderm Perfect Balanced. Cara penggunaan dan rutin penjagaan wajah melalui Perfect Balanced diringkaskan melalui gambar ni.

\

Cara Menggunakan Produk Cosmoderm Perfect Balanced



Cara Menggunakan Produk Cosmoderm Perfect Balanced

Korang boleh guna produk Cosmoderm  Perfect Balanced Langkah 1, 2 dan 4 pada waktu siang dan 1, 2 dan 3 pada waktu malam.


Pengalaman Menggunakan Produk Cosmoderm Perfect Balanced


Perkara pertama yang mama rasai semasa kali pertama menggunakan produk Perfect Blanced ni mama dapat rasakan "tingling sensation" pada kulit muka selepas penggunaan keempat-empat produk buat pertama kali. Mama rasa mungkin ia selang melawan bakteria jahat kat muka mama ni. Selepas itu dah xde dah rasa tingling tu selepas penggunaan kedua dan seterusnya. Foaming cleanser tu tak perlu guna banyak sebab foaming dia creamy dan memang penggunaanya pun sikit aje dah cukup. Selepas guna kulit terus terasa lembut dan rasa macam ada satu lapisan lembut di bahagian kulit mula. Memang best perasaan tu.

Bila menggunakan kesemua 4 product ini mengikut langkah dan rutin siang dan malam mama lihat kulit muka mama menjadi lebih lembut dan nampak sedikit cerah. Selalu mama meraba muka sendiri dan suka perasaan bila pegang kulit tu. Ini atas pengalaman seminggu menggunakannya. Mama percaya jka digunakan secara berterusan lama-lama kesan parut jerawat dan jeragat boleh menjadi kurang. 


Harga Produk Cosmoderm Perfect Balanced

Ini adalah harga setiap produk Cosmoderm Perfect Balanced Series secara individual. Mama ambil dari website Cosmoderm. Ini adalah harga jualan, so mungkin harga akan lebih murah semasa promosi. Kalau tengok kuantiti yang terjual memang dah beribu-ribu. Memang ramai yang guna dan tentunya dipercayai. Selain dari website Cosmoderm, korang juga boleh dapatkan Perfect Balanced di Watson, Guardian dan juga di Shopee.


Harga Produk Perfect Balanced Series secara individual

  1. Cosmoderm Perfect Balanced Foaming Cleanser-RM29.90
  2. Cosmoderm Perfect Balanced Toning Lotion RM45.90
  3. Cosmoderm Perfect Balanced Soothing WOW Cream RM65.00
  4. Cosmoderm Perfect Balanced Mineral Sun Milk with SPF25 PA++  RM65.00.


Informasi Lanjut Tentang Cosmoderm dan Produk


Korang boleh klik link di bawah untuk lebih Informasi Lanjut Tentang Cosmoderm dan Produk-produk Cosmoderm yang lain.

Website l Facebook l Instagram


#cosmoderm #forhealthierbeautifulskin #CosmodermPerfectBalanced #skindependence



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. apsal semua blogger wanita guna cosmoderm pink ni? hahaha...

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    singgah selasa petang
    harap semua dipermudahkan

    ReplyDelete
  3. Terima kasih beritahu harga. Bolehlah anggar berapa satu set. Boleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  4. Akak suka set ni...warna cantik dan sesuai ngan masalah kulit akak sekarang

    ReplyDelete
  5. Best pakai cosmoderm baru ni. Ana paling suka sun milk dia. Best sgt bila pakai.

    ReplyDelete
  6. yg ada masalah kulit tu apa kata cuba dulu.. mana laa tau sesuai dgn kulit kan? lg pun brand cosmoderm ni dah terbukti secara klinikal

    ReplyDelete
Previous Post Next Post