Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadhan. Kebiasannya bagi kaum wanita ni memang special sebab selalu tak dapat puasa penuh di bulan Ramadhan. Istilah ABC iaitu Allah bagi cuti. Nak buat macam mana kan. Kalau puasa pun tak dapat pahala. Tapi ada juga Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadhan, so jangan la risau. Ini mama kongsikan dari Irsyad fatwa mufti WP.. Post ni post lama mama, just nak refresh balik. Jom sama-sama baca.
Amalan Wanita Haid Di Bulan Ramadhan
Soalan:
Apakah amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid di bulan Ramadhan dan jika bertemu dengan Lailatul Qadar ?
Jawapan:
Wa’alaikumussalam w.b.t
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat ?
Berkenaan dengan amalan yang boleh dilakukan oleh wanita haid di dalam bulan Ramadhan, kami nyatakan cadangan amalan seperti berikut:
Pertama: Banyakkan Sedekah
Seperti yang diketahui, amalan sedekah di dalam bulan Ramadhan mempunyai ganjaran yang amat besar di sisi Allah S.W.T. Dalam isu sedekah, tidak disyaratkan bagi seseorang itu akan suci dari sebarang hadas. Justeru, seseorang wanita meskipun berada dalam keadaan haid masih boleh mendapat ganjaran pahala bersedekah ini di dalam bulan Ramadhan dengan kadar yang termampu.
Kedua: Perbanyakkan Doa dan Zikir
Bagi orang perempuan yang haid, mereka digalakkan untuk membaca doa-doa dan juga zikir-zikir semasa berada di dalam bulan Ramadhan. Antaranya adalah seperti yang dianjurkan dalam sebuah riwayat daripada A’isyah R.Anha beliau berkata:
يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ وَافَقْتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ مَا أَدْعُو قَالَ تَقُولِينَ اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Maksudnya: Wahai Rasulullah, apakah pandangan kamu sekiranya aku bertemu dengan lailatul qadar apakah yang patut aku berdoa ? Maka kata Nabi S.A.W: ‘’Ucapkanlah: Ya Allah, sesungguhnya Kau maha Pengampun, dan Kau sukakan pengampunan, maka ampunkanlah aku’’.
Ketiga: Memberi Makan Kepada Orang Berbuka
Boleh juga bagi orang yang dalam keadaan haid untuk memberikan makanan kepada mereka yang berbuka puasa. Hal ini antara perkara yang mendatangkan pahala yang besar kepada pelakunya. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Khalid al-Juhani R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa dia akan mendapat pahala yang sama dengan orang yang berpuasa dalam keadaan pahala orang tersebut tidak berkurangan sedikit pun.
Riwayat Al-Tirmizi (807)
Bahkan kata Imam Izzuddin Al Izz bin Abd al-Salam dalam menjelaskan fadhilat memberi makan kepada orang yang berpuasa: ‘’Sesiapa yang memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa dalam sepanjang tahun, maka dia akan mendapat pahala berpuasa selama setahun’’. Rujuk Maqasid al-Saum, Izz Abd al-Salam (Hlm. 18).
Ini kerana, setiap kebaikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan mendapat 10 ganjaran pahala seperti yang disebutkan dalam firman Allah S.W.T:
مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا
Maksudnya: Sesiapa yang melakukan suatu kebaikan maka baginya sepuluh ganjaran pahala.
Surah Al-An’aam (160)
Justeru apabila seseorang itu memberi makan kepada 36 orang yang berpuasa maka dia akan mendapat ganjaran puasa sebanyak 36 kali. Kemudian pahala tersebut digandakan kepada 10 kali bagi setiap satu maka keseluruhannya dia akan mendapat 360 ganjaran dan ia merupakan jumlah hari dalam setahun mengikut kalendar hijrah.
Kesimpulan
Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa meskipun terdapat beberapa ibadah yang tidak boleh dilakukan oleh perempuan yang dalam keadaan haid, ini sama sekali tidak menafikan peluang mereka untuk merebut dan meraih ganjaran yang besar di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Bahkan terdapat banyak amalan-amalan yang boleh dilakukan dalam keadaan haid seperti beberapa contoh yang telah kami sebutkan di atas.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Tq kongsi.
ReplyDeletewc na
Deletealhamdulillah thank you sharing..sangat bermanfaat..semoga kita semua peroleh pahala walaupum ABC aminn..
ReplyDeleteamin.. abc pun boleh kumpul pahala juga ka rasyidah
Deleteterima kasih share
ReplyDeletetq sudi baca rabia
Deletealhamdulillah terima kasih mamapp untuk perkongsian ini
ReplyDeletethank u mama for sharing this..
ReplyDeletewanita susah dapat puasa penuh kan huhu
Terima kasih pengkongsian ni mama..
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini mamapp
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteTerima kasih untuk perkongsian ini kak adda..
ReplyDeleteTq share
ReplyDeletePerkongsian yg bermanfaat, mamapp.
ReplyDeletethanks for sharin. memang stress kalau period bila dah 10 malam terakhir. huhu
ReplyDeleteTerima kasih kongsi Adda, tak ada lah sedih sangat kan bila kita orang pompuan nie cuti tapi nak rebut pahala..
ReplyDeletewanita makhluk ang mulia.
ReplyDeletebanyak amalan bisa dilakukan selama berhalangan
dulu duduk rumah sewa, time bendera merah sy lah yg masakkan berbuka utk kawan2... buat secara sukarela. kalau dpt pahala Alhamdulillah ;-)
ReplyDelete