Zaman sekarang ni sekolah asrama boleh bawa handphone. Beli Handphone Nokia 105 Untuk Anak Bawa ke MRSM. Kalau zaman mama dulu duk asrama kena mereput dulu tunggu giliran guna public phone. Kalau nasib tak baik masa giliran kita duit dah penuh atau duit tersangkut memang naya haha.. Alhamdulillah budak zaman sekarang sudah ada kemudahan bawa handphone ke asrama maka mama Beli Handphone Nokia 105 Untuk Anak Bawa ke MRSM.
Cuma boleh bawa handphone basic saja yang boleh buat call dan SMS boleh dibeli. Puas mama survey akhirnya mama buat keputusan beli Nokia 105. Mama berharap dengan handphone ni dapat call dan mendekatkan kami yang berjauhan nanti. Baca ni:
Mama beli dari shopee dengan harga RM 67 Saja. Murahnya handphone alahaii..
Ini la apps yang ada. Ada Flashlight, alarm dah cukup dah. Walaupun handphone ni kecik comel sangat tapi display dia full color. Punyalah comel handphone ni sampai asyik tergelincir je dari tangan.
Plus point bagi handphone ni ialah than lasak dan battery yg tahan lama.
Ada satu game je iaitu snake, Ada berapa game lain juga tapi kena beli.
Specification handphone Nokia 105
Ini detail handphone Nokia 105 mama ambil dari gsmarena.com
BODY | Dimensions | 119 x 49.2 x 14.4 mm (4.69 x 1.94 x 0.57 in) |
---|
Weight | 73 g (2.57 oz) |
SIM | Dual SIM (Mini-SIM, dual stand-by) |
| Flashlight |
DISPLAY | Type | TFT, 65K colors |
---|
Size | 1.77 inches, 9.7 cm2 (~16.6% screen-to-body ratio) |
Resolution | 120 x 160 pixels, 4:3 ratio (~113 ppi density) |
MISC | Colors | Black, Blue, Pink |
---|
Models | TA-1203, TA-1174, TA-1010, TA-1034 |
SAR EU | 1.50 W/kg (head) 1.38 W/kg (body) |
brand Nokia memang bagus.. handphone ketiga saya dulu Nokia lepas tu terus beli Nokia seterusnya lepas tu
ReplyDeleteSebelum wujudnya android... saya memang pakai nokia... silih berganti nokia saya
ReplyDeleteNokia baikkkk barangnya. Masa 2013/2014 pun saya pakai telefon ni jugak di asrama. Satu blok asrama boleh dengar alarm time sahur hahaha.
ReplyDeletenostalgia betul phone ni😂 dulu sanggup simpan duit nak beli hehehehe
ReplyDeletecomelnya phone ni.. phone macam ni gerenti tak kena rampas 😂
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah utk Syafii, dapat MRSM ye. Tahniah utk mama juga.
ReplyDeleteLega juga boleh bawa phone kan, senang nak berhubung. Sekolah anak, SMKA tak boleh bawa phone. Harapnya mampulah Ummi & anak ni bertabah haha...
sy pakai nokia jgk dulu
ReplyDeleteHehe sebelum ini beli telefon Redmi dah kena tinggal di rumah.
ReplyDeleteWah sudah berwarna-warni skrin Nokia sekarang.
Betul dahulu telefon guna telefon awam. Hehe kena beratur.
Mujurlah mrsm benarkan murid2 bawa hp nokia yg asas mcm ni. Paling tidak mudah kita nak call anak nanti.
ReplyDeleteDah lama tak jumpa nokia
ReplyDeletemurahnya harga. dulu nak pakai nokia macam ni pun bukan main mahal. semoga dapat la call dah lepas rindu selalu :)
ReplyDeleteDah lama tak guna Nokia :)
ReplyDeleteTeringat dulu masuk kolej pakai 3315. Bertahan lagi brand Nokia ni ye
ReplyDeletebagus juga telefon begini...
ReplyDeletetak la mereka nak guna benda lain selain dari telefon atau sms sahaja
Memang tahan lama handphone nokia macam ni. Battery pun tahan, tak perlu cas selalu. Semoga ada manfaatnya untuk anak mamapipie. :)
ReplyDeleteKak Sue pun pernah pakai Nokia nie. Janji dapat call anak dah lega dah kan Adda..
ReplyDeletekecik je handphone ni. sesuai sgt utk bdk asrama sbb bateri tahan lama. yg penting bleh guna call/msg
ReplyDeletetelefon kesukaan.. bateri dia tahan lama gila..
ReplyDeleters nya belum ada telefon yg lasak berbanding nokia...pd pendapat sy laa
ReplyDelete