Ramadhan Kareem. Niat Puasa Ramadhan Dan Panduan Melakukan Solat Terawih. Sekejapan dah nak masuk bulan Ramadhan. Ramadhan Kareem buat semua. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk beribadah di bulan Ramadhan tahun ni. Disini mama nak share Niat Puasa Ramadhan Dan Panduan Melakukan Solat Terawih. Semoga ibadah puasa kita semua diterima oleh Allah. Di kesempatan ini mama ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf jika ada tersalah dan tersilap. Doakan mama sentiasa sihat ye..
Post ni juga adalah post lama mama tau. Mama saja up balik utk remind diri mama. Boleh kita baca sama-sama.
Niat Puasa Ramadhan Dan Niat Buka Puasa
Jom kita berniat puasa Ramadhan sama2. Selamat beribadat semua
Niat Puasa Dan Niat berbuka Puasa
Doa qunut dibaca dalam solat witir terakhir bermula malam ke 15 ramadhan
Niat Puasa Dan Niat berbuka Puasa
Niat Puasa Harian
Nawaitu sauma ghadin an ada-i fardi syahri ramadhana hazihis sanati lillahi taala
Maksud: Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu ramadhan tahun ini keran aAllah taala
Niat Puasa Sebulan:
Nawaitu sauma syahri ramadhana kullihi lillahi taala
Maksud: Sahaja aku berpuasa sebulan ramadhan seluruhnya kerana Allah taala
Doa buka puasa
Allahumma lakasumtu wabika aamantu wa'alarizqika afthort birohmatikaya ar hamarrahimin
Cara Melakukan Solat Terawih
Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.
Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Mari sama-sama refresh cara melakukan solat terawih. Walaupun solat di umah saja tapi masih boleh dilakukan berjemaah bersama keluarga Dan rakan-rakan..
Niat Solat Sunat Terawih
● Niatnya solat seorang (tidak berjemaah) :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
● Bilangan rakaat buatlah yang termampu. Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya. Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.
Zikir memulakan dan antara Solat Terawih
● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
Bacaan Zikir Dan doa selepas Solat Terawih
Solat Sunat Witir
Niat Solat Witir
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan. Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.
● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat (sembahyang seorang, tidak berjemaah)
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat (sembahyang seorang, tidak berjemaah)
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
Bacaan sebelum Dan selepas solat witir
Doa qunut dibaca dalam solat witir terakhir bermula malam ke 15 ramadhan
Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..
Semoga di bulan yang mulia ini kita dapat menunaikan ibadah puasa dengan penuh ketakwaan dan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.. Bersama-sama kita menghayati Ramadan tahun ini dengan penuh keikhlasan hanya kerana Allah SWT dengan mengharapkan keampunan-Nya.
Tags
ISLAMIK
selamat menyambut Ramadan.
ReplyDeletejom tingkatkan mutu puasa kali ini
Selamat Bepuasa Mama PP, Ramai yang ulang kaji semula Bab Puasa dan bulan Ramadhan ni... terima kasih diatas perkongsian
ReplyDeleteSelamat menunaikan ibadah puasa mamapipie dan keluarga. Semoga ramadhan kali ni lagi baik dari sebelum ni :)
ReplyDeleteselamat menyambut ramadhan
ReplyDeleteSalam Ramadhan mama. Selamat Berpuasa
ReplyDeletesalam ramadhan mama & family
ReplyDeleteSalam Ramadhan Adda, terima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteSalam ramadan 1442 H
ReplyDeleteSelamat menjalani ibadah puasa dan yang lain2nya
selamat menyambut ramadhan
ReplyDeletemarhaban ya ramadan
Deletesalam ramadhan
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selamat menyambut puasa kak..
ReplyDeletehari ni dah 7 ramadan... 7 hari lagi nnt dah mula baca qunut
ReplyDeletesalam ramadhan kak.tq sharing:)
ReplyDeleteulangkaji ulangkaji..
ReplyDeleteyes sesi ulang kaji... terima kasih Mama..
ReplyDeleteSalam Ramadhan Adda.. baru sempat menyinggah sini..
ReplyDeleteterima kasih berkongsi
ReplyDeleteselamat menjalankan ibadah puasa
ReplyDeleteThank you sharing nya mam 🤗. Ini membantu kalo ingin mengajarkan anak2 latihan sholat tarawih. Dan lagi terkadang saya harus sesekali membaca cara2 dan doa ttg tarawih dan witir, terkadang bisa saja lupa kan. Apalagi doa2 nya.
ReplyDeleteSalam Ramadhan Mama <3
ReplyDeleteSemoga ramadan tahun ini adalah ramadan terbaik kita & Allah ampunkan semua dosa kita. Aminn.
ReplyDeleteselamat berpuasa dan mengimarahkan Ramadan
ReplyDelete