Doa Di Akhir Ramadhan

Assalamualakum semua. Harini hari terakhir Ramadhan tahun ni. Rasa agak sayu nak berpisah dengan Ramadhan. Semoga kita bertemu lagi Ramadhan tahun depan.. 








Tahun ni 2 rakan mama dijemput ilahi di dalam bulan Ramadhan. Semoga roh mereka dicucuri rahmah. Mama nak kongsikan Doa Di Akhir Ramadhan ni. Bagus content doa ni dan serba lengkap bolehlah Kita sama2 aminkan.



Doa Di Akhir Ramadhan




Bismillah ya hayyu ya Qayyum birohmatika astaghisu*


Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.


Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.


Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.


Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.


Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.


Ya Allah... janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami.


Ya Allah... lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.


Ya Allah... sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami.


Ya Allah...

Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.

Jika kami bermusuhan sesama sendiri kau amankan lah agar kami hidup aman, bahagia sentosa  sekeluarga

Jadikanlah kami calon Syurga Mu. 

Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.


Ya Mujibbasailin...

Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.

Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh rahmah dan mawaddah.


Ya Allah...

Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.


Ya Allah...

Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.


Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...* 

Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati

Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang Mu

Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami


Ya Allah…

Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan Kau pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr

Ya Allah...

Terimalah amalan kami

Terimalah taubat kami

Ampunkanlah dosa kami

Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi 

Kurniakanlah kepada kami Syurga Mu yang maha luas nikmatnya


Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)


Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

5 Comments

Words of wisdom

  1. Aamin YRA. Semoga kita diberi kesempatan bertemu Ramadan lagi tahun hadapan

    ReplyDelete
  2. pejam celik pejam celik saja masa berlalu.. dah 30 hari berpuasa.
    tup tup dah raya. semoga ada jodoh bertemu ramadhan lagi tahun hadapan..

    ReplyDelete
  3. Aamiin.. Aamiin.. Ya Rabballalamin..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post