Koleksi 4 Resepi Aneka Ayam Panggang. Dah beberapa hari puasa ni mama pun dah tak tau nak masak apa walaupun setiap hari mama masak simple-simple aje. Sambil cari idea nak masak apa mama nak share Koleksi 4 Resepi Aneka Ayam Panggang. Serius nampak sedap dan ada yang betul-betul mudah. Maka, bolehlah dicuba nanti.
Masakan panggang atay barbeque ni seronok juga kalau dimasak beramai-ramai bersama keluarga. Kalau ruangan laman di rumah mungkin boleh consider masukkan tempat bbq dalam pelan rumah. Bila berkumpul ramai-ramai sambil membuat aktiviti keluarga di sini tentulah satu pengalaman yang tak dilupakan.
Koleksi 4 Resepi Aneka Ayam Panggang
4 resepi yang mama nak share tu ialah Resepi Ayam Panggang Rosemary & Lemon, Drumstick Ayam Bakar, Resepi Ayam Panggang Ekonomi Jimat dan Ayam Panggang Ala Pakcik Kenny.
Resepi Ayam Panggang Rosemary & Lemon
Bahan-bahan yang diperlukan :
1) 1 ekor ayam - dibelah 4
2) 5 ulas bawang putih - direbus
3) 1 inci halia - disagat
4) 1 1/2 sudu besar rosemary kering
5) 2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
6) 2 sudu besar madu
7) 3 sudu besar gula perang
8) Garam
9) 2 kiub ayam
10) 2 biji lemon - hiris
11) 4 sudu besar olive oil
12) 4 biji kentang - potong 4 dan rebus hingga hampir masak
13) 3 biji karot - potong kecil2 memanjang
14) 2 biji tomato - potong 4
Cara2 :
Sumber: Koleksi dapur berasap orang kampung
Drumstick Ayam Bakar
Sekilo drumstik yg kecik tu yer...kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan
120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)
2sb madu (yg ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bwg putih di tumbuk lumat
60g butter
-masak kesemua bahan sampai butter cair
-sejukkan
-lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-perap (lagi lama lagi sedap)
-bakar suhu 180°-200° ikut oven masing2 api atas bawah.
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jgn rentong sudah😅)
Kredit Resepi : Fiza Sezali
Resepi Ayam Panggang Ekonomi Jimat
Bahan dia...1 ekoq ayam,
2 peket perencah nasi goreng adabi,
1peket perencah tomyam adabi,
(jenama ikut suka)
Gula 1 sudu besaq,
Gaul2...
Rasa dah elok boleh la lumoq dekat ayam..
(kami perap 2jam lebih) lagi lama lagi syok...
Masa bakar tu sapu air lebihan perapan.. Baru nampak flawless
Tengok kejadian ayam tu... Cantik dak... Hehe
Cdt maina
Ayam Panggang Ala Pakcik Kenny
Bahan-bahan
1ekor ayam
Bahan Dikisar:
4biji bwg putih
2inchi halia
3btg serai
1kiub ayam
1sb garam
sedikit minyak
sedikit air
Bahan perap:
4sb sos tiram
4sb sos cili
4sb madu
4sb lada hitam kasar
Cara-cara:
gaul pd ayam
perap 4jam@ semlman
( sy kukus dulu ½jam & perap)
panggang 1jam
slpas ½jam sapu marjerin
Klau panggang guna arang x pyh kukus dlu ayam
Cdt norhamidah abdul hamid
Alamak semua resipi menggiurkan.
ReplyDeleteSaya memang suka ayam panggang.
Semuanya sedap
ReplyDeletemy mom biasa buat ayam panggang
ReplyDeleteayam panggang ekonomi jimat tu bakal dibuat tak lama lagi hehehe
ReplyDeleteSedap-sedap menu ayam pangangnye bolehlah try nanti
ReplyDeleteOk...nak panggang ayam sempena beday suami hari ni
ReplyDeleteBerbunyi perut akak ni ha...silap tgok time2 ni hahahahahaha
ReplyDelete