Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat penih keberkatan. Mama tau ramai yg dah "raye" aka habis Puasa Sunat Enam Syawal kan. Mama harini insya Allah hari yang ke 5 so masih berbaki sehari lagi. Harini mama nak share tentang Puasa Sunat Enam Syawal .
Baca juga:
- Bolehkah Niat Puasa Enam Dan Puasa Ganti Secara Serentak
- Bagaimana Mengembalikan Mood Bekerja Selepas Cuti Raya
Puasa Sunat Enam Syawal
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
Daripada Abu Ayyub Al-Ansari RA bahawa ia telah menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan puasa enam hari dari bulan Syawal maka seolah-olah ia berpuasa sepanjang tahun.” (Sahih Muslim No: 1984) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Kewajipan mukmin adalah melaksanakan ibadat puasa sebulan Ramadan.
2. Orang yang berpuasa penuh sepanjang bulan Ramadan dan diikuti puasa sunat Syawal sebanyak enam hari, seolah-olah dia telah berpuasa selama setahun.
3. Menurut Imam Nawawi: “Ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang tahun, kerana satu hasanah (pahala) mendapat 10 gandaan. Jadi puasa Ramadhan sebulan seumpama puasa 10 bulan. Manakala puasa 6 hari seumpama puasa dua bulan”.
4. Puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, tidak semestinya dilakukan enam hari berturut-turut. Puasa sunat boleh bermula pada dua, tiga, empat hari raya Aidil Fitri atau bila-bila masa pada bulan Syawal sehingga berakhirnya Syawal.
5. Imam al-Nawawi dalam mensyarahkan hadith ini menaqalkan; Berkata Ashab al-Syafie: “Yang paling afdhal dalam melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal adalah secara berturut-turut yang dimulakan selepas Eid al-Fitri, jika sekiranya tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari dalam bulan Syawal maka itu juga turut mendapat fadhilat al-Mutaba‘ah (puasa yang mengiringi).”
Marilah dalam kemeriahan kita meraikan hari raya, jangan lupa puasa sunat enam hari Syawal.
Jadilah kamu seorang Rabbani (hamba Allah yang selalu beribadah kepada-Nya di setiap waktu dan tempat), dan janganlah kamu menjadi seorang Ramadani (orang yang hanya beribadah kepada-Nya di bulan Ramadan)
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri telegram.me/hadisharian_ikram
samala arini baru hari ke5..so esok lastday
ReplyDeleteWahhh tinggal satu hari lagi ya mampipie :D
ReplyDeleteJom buat sampai habis. Saya sampai Ahad.
ReplyDeletesemoga amal ibadat kita semua diterima Allah =)
ReplyDeleteRabia nak start puasa ganti . Maybe esok tak pun lusa
ReplyDeletesaya tinggal satu hari lagi.
ReplyDeletelepas ni rasa nak buat puasa isnin & khamis pulak
entah macam best pulak puasa nie
selamat berpuasa syawal
ReplyDeletewahh ni mesti mama dah habis puasa kann.. sy tinggal sehari je lagi
ReplyDeleteSelamat berpuasa mamapp. Saya masih berbaki 4 hari lagi. Semoga kita sama sama dapat habiskan puasa sunat enam ni. Aaminn...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Mudah-mudahan amal ibadat kita sentiasa diberkati.
ReplyDeleteSelamat berpuasa
ReplyDeletetahniah mama.... abe kie baru 3 hari... In Shaa Allah, nak siapkan cpt2 agar lega dpt lunaskan tanggungjawab...
ReplyDeleteAlhamdulillah.....saya hari ini terakhir untuk habis Puasa Enam Syawal....moga berjaya dan amalan di terima
ReplyDeleteSelamat berpuasa 6 hari di bulan syawal, banyak kebaikkannya untuk diri sendiri dan moga diberkaiti InsyaAllah
ReplyDeletesaya pun baru nak start..tunggu hbis period nnt boleh puasa sunat 6 ni
ReplyDeleteSelamat berpuasa :)
ReplyDeleteIn shaa Allah saya juga akan mula puasa enam, harap masih sempat..
ReplyDeleteaku belum mula pun lagi.. tadi boleh terlupa pulak
ReplyDeleteIngat nak join Mak Pah ngan Pak Zain ari tu..sekali bulan mengambang plak...tengok la kalau sempat minggu ni
ReplyDeleteSelamat berpuasa syawal
ReplyDeleteKak Sue mula puasa ganti dulu nie, harap sempat lah nanti..
ReplyDeleteSaya baru puasa ke3 dah mai uzur pulak. Harap sempat kejar 3 hari lagi sebelum Syawal berakhir ni..
ReplyDeleteini puasa boleh tidak ya tak berurutan mama
ReplyDeletesemoga semuanya sempat mengejar buat puasa enam. esok dah last raya sekejap aje kan
ReplyDelete