Review Hotel Bayu Baling, Baling Kedah

Review Hotel Bayu Baling, Baling Kedah. Bulan April yang lepas mama hantar anak mama masuk ke MRSM di Kedah. Disebabkan jarak yang jauh maka kami plan duduk du Hotel Bayu Baling untuk malam pertama. Sebab esoknya kami kena bertolak ke MRSM awal pagi untuk urusan pendaftaran. Jom tengok Review Hotel Bayu Baling, Baling Kedah.


Review Hotel Bayu Baling, Baling Kedah

Hotel ni cantik sangat. Warna kuning memang menyerlah. Mungkin ini tanah persendirian dan hotel ni dibina ala banglo besar yang sangat luas dan selesa. Tentu pihak hotel ni dapatkan kontraktor terbaik dan pelan yang terbaik sebab tu la mama rasa selesa dengan interior dalam hotel especially di ruangan umum.



Ni la bilik yang kami book. Utk triple mama book melalui traveloka RM195. Ada satu katil queen dan satu katil single. Bilik takdelah luas sangat tapi still ok. Boleh solat dan selesa. Kami sampai pun dah malam, memang untuk tido aje ni.

Di lengkapi dengan almari, meja with drawer, TV dan mini refrigerator

Toilet pun selesa. Ada dilengkapi dengan water heater 

Diberikan kopi dan air mineral.


So far so good menginap kat sini, Staff kat sini memang bagus, attentive dan sabar melayan kerenah kita. Contohnya extention ada yang tak function, mama minta tukar dan hari nak checkout tu mama terkunci bilik air dari dalam. Sabar aje pakcik tu tolong bukakan bilik air. Terima kasih ye Hotel Bayu Baling. Boleh la kami datang lagi. Antara sebab mama book hotel ni sebab tempat parking yang terletak dalam premis dan berpagar. So, bab keselamatan barangan dalam kereta dah tak perlu fikir. Dalam hotel ni banyak tempat boleh lepak contohnya di luar bilik ada sofa dan ruangan di luar bilik memang luas. Macam duduk rumah banglo feel dia. 


Maklumat Hotel Bayu Baling, Baling Kedah

Ini maklumat Hotel Bayu Baling, Baling Kedah.

Alamat: Wisma Ramli , Lot 18, Jalan Pulai, Kampung Pokok Sena, 09100 Baling, Kedah
Anda telah melawat bulan lepas


Telefon: 04-470 0969



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

9 Comments

Words of wisdom

  1. menarik.. tapi saya tak jauh dah dari baling ni, selalu pi hiking gunung baling balik hari ja...

    ReplyDelete
  2. tampak kecil dari luar
    tapi setelah ke dalam begitu bagus

    ReplyDelete
  3. Kalau saya pun hendak tidur, tiadalah hendak mewah sangat asal selesa.

    ReplyDelete
  4. Yang penting selesa dan dapat tidur dgn lena.

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni PKP tidur kat rumah sendiri ajelah

    ReplyDelete
  6. Menarik hotel ni di tanah persendirian dan view tu cantik. Biasa hotel banyak city view je :)

    ReplyDelete
  7. Dapat bilik selesa, tidur malam pasti lena. Yang penting dapat cukup rehat.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post