Review Korean Drama I Am Not A Robot

Review K-Drama I Am Not A Robot. Satu aje yang boleh explain tentang drama ni. "Heartwarming" Rasa berbunga-bunga dan sweet aje perasaan bila tonton cerita ni. Plot dia ringkas tapi konflik dia boleh tahan. Bila tiba tang konflik memang hati terasa macam luka berdarah-darah. Memang apa yang ingin disampaikan tu sampai la ke hati mama. Memang best cerita ni. Walaupun mama dah nak pencen dari tengok cerita cinta tapi tak rugi tengok cerita ni. Ending pun OK, So mama bagi 10/10 rating. Review K-Drama I'm Not A Robot 








Cerita ni mama suka sangat sampaikan baru separuh season mama tonton, mama dan terasa macam nak tonton lagi cerita ni buat kali kedua.

Poster I'm Not A Robot. 

Detail  Korean Drama I'm Not A Robot

Tajuk Drama: I'm Not a Robot
Episod: 32
Genre: Romance, Sci Fi, Romantic Comedy
Tarikh Tayangan: 6 Disember 2017 - 25 Januari 2018
Pelakon : Yoo Seung-Ho (Kim Min-Kyu), Chae Soo-Bin (Jo Ji-A  & Aji 3) ,Eh Ki-Joon (Hong Baek-Gyun)  

Sinopsis Korean Drama I'm Not A Robot

Cerita berkenaan Kim Min Kyu yang nampak perfect, Dia kaya, berjaya, bijak, handsome tapi dia sangat lonely sebab ada alergik dengan manusia. Walaupun dia pemilik syarikat besar tapi dia hidup sendirian dalam rumah yang besar. Akhirnya Min Kyu tertarik untuk invest robot dengan team Santa Maria setelah melihat robot Aji 3 yang berfungsi dan seakan manusia.

Santa Maria team. Lakonan semua watak mantap dan best. Aji 3 ni pula dibina oleh seorang saintis dan dia membuat rupa robot ni macam ex girlfriend dia bernama Ji-A. 


Malangnya masa nak bawa robot ni utk test oleh Min Kyu ada part yang patah dan Aji 3, tak dapat berfungsi sepenuhnya. Sebab tu Santa Maria mencari Ji-A untuk berlakon sebagai robot sebab masa tu Ji-A pun perlukan duit. Kira macam win-win situation la ni. 


Sepanjang tempoh testing banyak berlaku perkara lucu dan tak terduga. Kelakar tengok Min Kyu yang memang tak pernah ada kawan rapat manusia. Robot-robot dalam rumah boleh jadi kawan dia dan siap ada ranking lagi. Akhirnya Min Kyu suka pada Aji-3 dan dia pula merasa true friendship dengan team Santa Maria. Kemuncaknya, dia berjaya overcome human allergy dia sebab punca utama allergy tu lebih kepada sebab psychology peristiwa perit masa dia kecil dulu. 

Of course satu hari Ji-A terkantoi sebab menyamar, risau juga Min Kyu merajuk lama dan allergy dia datang semula. Tapi overall cerita ni berwarna warni, banyak ketawa dan air mata. Mama suka bila tengok cerita yang watak-watak tambahan pun sama kuat dengan watak utama. 

Scene paling meuntun hati walhal scene ni takde dialog pun. Terbaik pelakon-pelakon ni

Made up aka rujuk. Suka sangat scene ni. Bukan scene cium-cium tapi scene ni bila diorang meluahkan rasa hati diorang. 


Comfort hand. Suka scene bila diorang comfort each other dan beritahu "You did well". Dalam kehidupan kita pun kita nak orang cakap macam tu kat kita kan..

kyo woo. Suka tengok pelakon perempuan ni. Comel sangat. Pelakon lelaki pun ensem. Memang sepadan laa..

Bagi watak Min Kyu kita boleh lihat perkembangan karakter dari seorang yang self centered, arrogant dan tak percaya orang berubah menjadi lebih baik. Kelakar juga tengok Min Kyu ni yang kadang-kadang lurus semacam. Ye lah dia kan tak pernah bergaul dengan orang lain. 


Sesapa yang suka sc fi dan romantic comedy mama rekemen tengok lah citer ni. MEmang best. OST cerita ni pun best sampai sekarang mama layan..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. tengok kat netflix tapi tak start lagi tengok..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo kat netlix ada ye.. cuba la tgk tak rugi pun

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. macam menarik je baca ni kak... nanti usha kt netflix

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dana.. nanti lepas dah tengok bgtau mama feedback dana tau.. sure best giler

      Delete
  4. nampak dekat netflix tapi takde mood lagi untuk sci-fi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sc fi dia takde melampau sangat. ringan2 je. kalau bukan sc freak mungkin boleh faham. tapi mama tau tak ramai yg suka citer sci fi

      Delete
  5. bagus ni drama
    but watch at where

    ReplyDelete
  6. macam best je drama ni, mama. rasa nak tengok la...

    P.S. Jom join GA yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.
    http://www.zukidin.com/2021/05/happy-birthday-giveaway-by-abam-kie.html

    ReplyDelete
  7. Suka drama ni. Tapi episod dia banyak betul compare to drama-drama Korea yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. episod dia pendek2 aje ai.. std drama biasa je

      Delete
  8. Suka citer ni...dah tgok dh...tapi lupa plak nak buat review...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. so far ni antara drama gy paling saya suka kak

      Delete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post