You Made Me Strong

You Made Me Strong. Entry ni mama dedikasikan buat anak tersayang mama yang kini jauh diperantauan tu. Sambil-sambil tu buat countdown nak berjumpa dengan dia lagi beberapa hari. Eee tak sabarnya mama.

Pada mulanya mama nak buat entry ni masa awal-awal dia masuk MRSM dulu. Tapi masa tu emosi mama tak berapa stabil sebab risau dan rindu kat dia. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Baca ni:


Pemandangan yg hari2 anak mama lihat kat sana.  Tenang dan sejuk mata memandang. Sesuai utk belajar kan


Honestly, mama tak sangka anak mama akan belajar jauh dari mama sampai ke Kedah nun. Sebenarnya ramai kengkawan mama yang rasa kesian kat mama dan diorang yg lebih sebak dan sedih dari mama sendiri tau. Sampai sekarang masih lagi ada yg bertanya mama OK ke anak berjauhan macam ni. Ada yang sampai menangis depan mama tau. Punyalah emphaty diorang kat mama. Ramai ingat mama akan jadi tak OK. Yelah, anak tunggal di tinggal jauh mcm ni. Kawan sekolah, kawan U, kawan office dan adik2 mama pun sama aje reaction diorang. Kadang-kadang rasa kelakar pun ada. 


Sebenarnya.. sebenarnya kan.. pada hari mama lepaskan anak mama, memang mama SANGAT TAK OK tau. Sepanjang jalan nak balik Shah Alam mama menangis sampai bengkak mata. Tapi en husband cool aje. Sebelum nak bertolak balik sempat lagi mama lalu depan MRSM lagi lah syahdu huhu.. 


alolo tomeynya.. masa ni umur 10 bulan.. puji anak sendiri aci tak? haha


Tapi, rupanya anak mama memang kuat orangnya. Dah lah dia langsung tak tunjuk kesedihan, sampai sekarang sikit pun dia tak merungut atau berkata perkara negatif. Mama tahu duduk asrama bukannya mudah lagi-lagi dia tu mana pernah basuh baju sendiri, iron baju pun baru sekali. Setiap kali ditanya dijawab semuanya OK. Barulah mama tau Syafi ni memang strong budaknya. Ini membuatkan mama teringat masa dia dalam perut, masa hidup mama dan ayah ditimpa dugaan dialah yang menjadi penawarnya. Sebab tulah kami namakan dia "Penawar". 


Bila tiba bulan puasa pun mama akan teringat masa first puasa as husband and wife. Tak dapat nak luahkan macam mana perasaan bila semua officemate dgn gembira bersalam2 hari last bekerja. Masa tu tetiba boss bagi balik awal. Semua org happy tapi mama rasa loss sangat sebab masa tu ayah Syafi ada kat wad dan belum tau lagi dia dapat balik raya ke tak sebab masa tu white blood count dia tak berapa cantik. Bila Exec Director mama masa tu tanya mama balik raya mana, mama terus burst into tears huhu.. malu pula bila kenangkan. Terpinga-pinga boss mama tu. Sambil taip ni pun bergenang air mata oo..


Setiap kali mama baca entry "Terkenang" di blog ni mesti mama akan menangis. Sememangnya anak mama mmg kuat sejak dia dalam kandungan lagi. Ingat lagi mama merasa first kick dia masa hari pertama en husband warded buat treatment cancer, hari yang mama rasa paling down dan sedih sangat. Agaknya Syafi masa tu pun dah pandai nak comfort mama. Alhamdulillah keluarga mama semua kuat-kuat orangnya.. Baca ni.


Terima kasih sayang anak mama kerana lebih kuat dari mama. Sebab tu lah mama pun jadi kuat dan doakanlah semoga dipermudahkan segalanya buat keluarga kami. Diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. OK, tu je la sesi meluah perasaan mama.. Terima kasih la sudi baca ye huhu..


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. Anak anak ikut kuat sebab lihat ibu bapanya kuat, sebenarnya anaklah kekuatan ibu bapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah doakanlah Kami terus kuat ye..

      Delete
  2. Mama doakan dari jauh tau, moga anak di sana sihat dan happy dalam menimba ilmu. Rindu tu biasalah kann

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan Mamapp dan keluarga.

    ReplyDelete
  4. Sedih baca. Harap anak mama tabah duduk asrama.
    Saya pun tidak tabah masa duduk asrama. Selalu menangis hendak balik rumah.
    Eh tetiba ada lagu Missing You dalam radio.

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan...dapat bayangkan betapa rindunya kat anak nan sorang tu kan...

    ReplyDelete
  6. sunyi ye kak bersahur dan berbuka berdua je, sabar ye kak tak lama lagi dapatlah berpuasa dengan bujang tercinta

    ReplyDelete
  7. saya ada baca post, moment ibu bapa dan anak2 ni hanya sampai anak berumur 13 tahun sahaja. sebab kebanyakan anak2 bila cecah usia 13 tahun, mereka akan bersekolah asrama jauh.. time tu tak nampak sangat anak2 melainkan waktu cuti sekolah.. sedih pula teringat masa2 lalu.. semoga kak kuat :) insyaAllah anak2 akan kuat bila ibunya kuat juga :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post