Dinner di Ariz Western al-Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang

Dinner di Ariz Western al-Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang. Semasa dalam perjalanan pulang selepas ambil anak mama dari asrama, maka kami tercari-cari tempat untuk bermalam dan berbuka puasa. Mula-mula plan nak buka puasa di Perak tapi disebabkan kami masih dia area Penang maka kami decide buka puasa dan Dinner di Ariz Western al-Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang ni.








Ariz Western al-Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang ni terletak bersebelahan dengan surah al-Ihsaniah. Maka sangat convenience bagi kami sebab kami masa tu tak solat lagi. Selepas solat tetiba ternampak kedai ni. Untung sesiapa yang duduk area ni sebab banyak kedai area ni. Surau pun dekat. Tapi jangan lupa, selain dari tempat yang strategik pelan rumah yang sesuai pun sama penting juga untuk keselesaan long term. 


Menu Pilihan di Ariz Western al-Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang

Ini antara menu yang kami order

Cheesy fries. Yang bestnya kat sini ada free flow cheese dan sos

Cheesy Meatball

Lamb grill double untuk kami anak beranak. Big potion tau. Puas hati makan kambing hari tu

Menu dan harga di Ariz Western al-Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang

Murah saja harga dan menu pun ok


So far memang paus hati makan kat sini. Makanan sedap dengan harga yang murah. Air minuman on the house. Semoga dimurahkan rezeki. Owner peramah dan selalu bertanya sama ada kami berpuas hati atau tak. Puas ati bang, sedap!! Total yang kami bayar adalah RM 70 termasuk tapau chicken chop untuk sahur kami hihi. 


Maklumat Ariz Western al-Ihsaniah Simpang Ampat Pulau Pinang

Alamat: Masjid, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang

Telefon: 016-455 1089





mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. Selalu percuma air tapi ini siap percuma kentang goreng dan sos keju. Memang pemurah tuan punya kedai.

    ReplyDelete
  2. Semoga murah rezeki tuan kedai. Lamanya tak makan Western

    ReplyDelete
  3. Sedapnya Adda.. bila lah dapat jalan-jalan cari makan macam nie lagi kan. Rinduuu..

    ReplyDelete
  4. Wah nampak menarik.. kalau Cik TK pergi jalan-jalan ke penang boleh la singgah sini

    ReplyDelete
  5. nmpk sedap cheesy meetball dia. blik penang nnti bleh try sini la

    ReplyDelete
  6. Aalaaaa....sedapnya...dah la fav akak ni...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post