Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini

Sebagai manusia biasa kita tak tau apa yang akan kita hadapi di masa depan. Tapi kita digalakkan berusaha yang terbaik agar mendapat yang terbaik dari Allah. Harini mama nak share Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini. Bolehlah kita sama-sama amalkan.







Zikir Menjauhi Perkara Yang Tidak Diingini


عَنْ أَبِي ذَرٍّ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ. 


Daripada Abu Dzar RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW  bersabda: "Barang siapa yang membaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata dia membaca: Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah tidak ada sekutu bagi-Nya, semua kerajaan milik-Nya dan bagi-Nya seluruh pujian, Dia yang menghidupkan, serta mematikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu, sebanyak 10 kali, maka tercatat untuknya sepuluh kebaikan dan terhapus darinya sepuluh kesalahan serta diangkat untuknya sepuluh darjat, dan pada hari itu dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini, serta terjaga dari Syaitan, begitu juga tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu kecuali syirik kepada Allah." (HR Tirmidzi No: 3474) Status: Hassan Sahih




Kesimpulan hadith:

1.  Setiap Muslim digalakkan berzikir dan berdoa selepas solat.

2.  Antara zikir yang dianjurkan untuk dibaca selepas solat Subuh dalam keadaan menyilangkan kedua kakinya (dalam kedudukan tasyahud), sebelum berkata-kata yang lain adalah; 

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


Barang siapa membaca sebanyak 10 kali, maka:

a.  Dicatat untuknya sepuluh kebaikan 

b.  Terhapus daripadanya sepuluh kesalahan

c.  Diangkat untuknya sepuluh darjat

d.  Pada hari tersebut dia berada dalam perlindungan dari segala yang tidak diingini

e.  Terjaga dari Syaitan pada hari tersebut

f.  Tidak layak ada dosa atasnya pada hari itu (terampun) kecuali dosa syirik kepada Allah


3.  Orang yang membaca zikir ini selepas solat subuh sebanyak 10 kali dalam keadaan masih duduk seperti tahiyat akhir dan belum bercakap yang lain, maka akan terpelihara daripada sesuatu yang tidak diingini termasuklah pelbagai penyakit seperti virus Covid 19.

Marilah kita menjaga amalan wirid ini selepas solat fardhu subuh juga maghrib. Moga kita terhindar daripada penularan wabak virus Covid 19 yang sedang menggila kini.


Sumber:  1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

16 Comments

Words of wisdom

  1. Oh zikir yang biasa di dengar dan dibaca.

    ReplyDelete
  2. Tq for good sharing Adda.. ❤️

    ReplyDelete
  3. Terima kasih pengkongsian ni kak

    ReplyDelete
  4. terima kasih sharing ni... leh amalkan...

    ReplyDelete
  5. zikir memang diperlukan manusia
    kapanpun dimanapun bisa zikir

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Terima kasih untuk perkongsian yang bagus ini..

    ReplyDelete
  7. Moga kita dijauhkan dari segala bahaya dan dipermudahkan urusan kehidupan. Amin

    ReplyDelete
Previous Post Next Post