First Time Mencuba Chocolate Melt Beefacon Burger King

First Time Mencuba Chocolate Melt Beefacon Burger King. Sejak seminggu ni mama craving Whopper so semalam mama order melalui apps. Mama dah perasan menu limited edition Chocolate Melt Beefacon Burger King sejak beberapa minggu lalu tapi perasaan tu macam tak boleh nak terima combination coklat dengan burger.. Macam pelik kan. So, mama decide untuk mencuba sendiri burger Chocolate Melt Beefacon Burger King ni. 


Inilah burger ala carte yang mama beranikan diri untuk beli. Beli melalui servis penghantaran Burger King Kompleks Shah Alam. Kalau ikutkan hati mama lagi suka makan kat restoran tapi apakan daya musim sekarang ni lebih selamat makan di rumah. Kat Shah Alam ni memang best sebab banyak tempat makan dan tempat shopping. Ramai yang beli tanah dan bina rumah sendiri di Shah Alam ni sebab tempat strategik.


First Time Mencuba Chocolate Melt Beefacon Burger King 

Agaknya apa perasaan mama bila mencuba burger coklat ni.. hik hik 

Buka kotak burger terus terbau semerbak aroma coklat. Macam bau sos coklat herseys. 


Meriah betul sos coklat dia kan.

Selepas mama makan burger ni perasaan mama macam erk... macam makan coklat lava campur beef burger, Perasaan tu susah nak cerita. Rasa macam pelik tapi at the same time boleh diterima tekak. Bila mama suruh anak mama makan dia punya reaction pun macam tu juga. Sos coklat tu tak terlalu manis, sebiji macam rasa sos coklat herseys. Ada rasa pahit-pahit sikit ala dark coklat. 

Yang mama boleh simpulkan bila makan burger ni rasa macam makan kek coklat camput burger hihi.. Ada yg dah cuba ke burger ni. Boleh diterima tekak tak. 


original post 14/7/21


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Perghhh menu baru ke ni? Hheehe camne la burger king bole terpk buat flavor coklat atas daging ye.. So overall sedap x mama😁

    ReplyDelete
  2. Hehe taknaklah cuba. Apapun terima kasih kerana berani mencuba dan buat ulasan.

    ReplyDelete
  3. Tak berani nak cuba..ada jugak selasa lepas masa beli burger akak yang sejuk tuh...just x berani nak cuba je..macam pelik...

    ReplyDelete
  4. kalau tanya mama apa rasanya.. bacalah kat atas tu ye.. susah nak describe. nak kata suka sgt pun x, tak suka pun tak juga haha

    ReplyDelete
  5. sos cili dan sos tomato dan sos keju pun MY tak makan...apa lagi la sos coklat ni... memang tak cuba kot...hihihi

    ReplyDelete
  6. Tak tahu pula ada burger dengan coklat macam ni.

    ReplyDelete
  7. Unik burger dgn limpahan sos coklat dalam tu .

    ReplyDelete
  8. Macam pelik je mama, tapi kalau tak manis sangat ok la kot

    ReplyDelete
  9. aku suka burger pedas jadi rasanya entah boleh terima ke tidak kang haha..

    ReplyDelete
  10. Tuhla.. sy rse mcm mkn roti cekelat je.. tapi ada daging tu rasa cam pelik nak makan... x dpt terima sgt.. . ahhahaha

    ReplyDelete
  11. Oh sekejap. Tak boleh nak bayangkan pulak rasa burger campur coklat. Maybe kena try rasa ni... Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn... x dpt nk byg kn rasanya mcm mn😊

      Delete
Previous Post Next Post