Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat

Assalamualaikum semua, salam Jumaat yang berkah. Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat. Mama terbaca tentang Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat melalui website mufi Wilayah Persekutuan. Mama sendiri pernah hadapi gusi berdarah walaupun jarang berlaku. Kadang-kadang terover gosok gisi sampai berdarh dibuatnya. Jom kita sama-sama baca.


Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat



Soalan

Assalamualaikum. Baru-baru ini saya ada pergi ke klinik gigi untuk mencabut gigi bongsu. Kesan daripada pembedahan kecil tersebut, banyak darah yang keluar daripada celahan gigi dan proses untuk kawasan itu kering mengambil masa beberapa hari.

Permasalahan yang timbul, semasa ingin solat, darah keluar agak banyak dan saya tak selesa dengan keadaan tersebut. Saya syak punca jadi begitu sebab saya tak letak kapas di kawasan tersebut. Tujuannya supaya lebih selesa membaca bacaan dalam solat tapi lain pula jadinya.

Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah dibolehkan untuk menelan darah tersebut? Mohon pencerahan.

 

Ringkasan Jawapan

Tidak dibenarkan menelan darah kerana ia merupakan najis kotoran yang haram ditelan dan diminum. Bahkan dalam mazhab Syafie menyebut perbuatan makan dan minum termasuklah menelan darah boleh membatalkan solat sekiranya dibuat secara sengaja dan kuantitinya banyak walaupun pelakunya tidak mengetahui perihal keharamannya.

Sebagai jalan keluar, hendaklah menyediakan kain seperti sapu tangan, tisu dan sebagainya sebelum memulakan solat. Kemudian, darah yang penuh diludah ke arah kain yang dibawa bersama. Seterusnya, lipat dan tutup kain tersebut supaya darah tersebut tidak terkeluar. Sebaiknya diasingkan kain tersebut daripada anggota badan sebagai langkah paling berjaga-jaga (ahwat). Namun, sekiranya dikhuatiri mengotori kawasan masjid, maka dibolehkan untuk menyimpan kain tersebut dalam kocek seluar, kocek baju dan sebagainya dan solatnya tetap sah.

Dalam masa yang sama, sekiranya pendarahan berlaku sebelum solat didirikan, sebaiknya menunggu darah tersebut berhenti terlebih dahulu lebih-lebih lagi dalam keadaan waktu solat masih panjang. Sekiranya waktu sudah terhad, boleh lakukan sepertimana yang dicadangkan di atas.


Terdapat hadis yang menawarkan jalan keluar terhadap permasalahan yang berlaku. Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

 إنَّ أحَدَكُمْ إذا قامَ في صَلاتِهِ، فإنَّما يُناجِي رَبَّهُ أوْ رَبُّهُ بيْنَهُ وبيْنَ قِبْلَتِهِ، فلا يَبْزُقَنَّ في قِبْلَتِهِ، ولَكِنْ عن يَسارِهِ أوْ تَحْتَ قَدَمِهِ، ثُمَّ أخَذَ طَرَفَ رِدائِهِ، فَبَزَقَ فيه ورَدَّ بَعْضَهُ على بَعْضٍ، قالَ: أوْ يَفْعَلُ هَكَذا

Maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kalian berdiri menunaikan solat, sesungguhnya dia sedang berhadapan dengan Tuhannya, atau sesungguhnya Tuhannya antara dia dan kiblat, maka janganlah dia meludah ke arah kiblat, tetapi lakukanlah ke arah kirinya atau ke bawah telapak kakinya (kirinya)." Kemudian Nabi SAW memegang bahagian hujung kainnya dan meludah di dalamnya, setelah itu baginda melipat kain tersebut lantas berkata: “Atau beliau melakukan sebegini”.

Riwayat al-Bukhari (405)

Hadis di atas mengajarkan kepada mereka yang merasa tidak selesa menanggung darah yang penuh di mulut. Caranya, meludah darah tersebut ke arah kain seperti sapu tangan, tisu, baju atau seumpama dengannya.

Kain tersebut sebaiknya diasingkan daripada badan dan diri bagi mengelakkan daripada menanggung najis. Namun begitu, sekiranya sukar dilakukan dan ditakuti mengotorkan kawasan masjid maka dibenarkan untuk menyimpannya di kawasan seperti poket baju dan sebagainya melihat kepada status darah tersebut merupakan sebahagian daripada najis yang dimaafkan.

Di samping itu, meletakkan gauze (kain kasa) bagi menyerap darah-darah yang keluar daripada celahan gigi sebelum memulakan solat supaya tidak terkumpul menjadi lebih banyak lantas menyebabkan keadaan kurang selesa.

Syeikh Zainuddin al-Ma’bari membahaskan isu ini dalam kitabnya:

وتصح صلاة من ‌أدمى ‌لثته قبل غسل الفم إذا لم يبتلع ريقه فيها لان دم اللثة معفو عنه بالنسبة إلى الريق. ولو رعف قبل الصلاة ودام فإن رجا انقطاعه والوقت متسع انتظره وإلا تحفظ كالسلس

MaksudnyaSah solat bagi mereka yang gusinya berdarah walaupun belum membasuh mulut selagi mana tidak tertelan air liur yang bercampur darah tersebut. Hal ini kerana darah yang keluar daripada gusi merupakan kategori darah yang dimaafkan. Namun, sekiranya darah tersebut keluar sebelum solat dimulakan dan berterusan selepasnya, maka hukumnya mengikut situasi. Pertamanya, sekiranya pendarahan tersebut dijangka dapat terhenti dan waktu solat masih panjang maka perlu tunggu. Jika sebaliknya, maka teruskan sahaja solat sepertimana kes al-Salis (kencing tak lawas).

(Rujuk: Fath al-Mu’in Bi Syarh Qurrah al-‘Ain, m/s 82)

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Terima kasih info.. dulu kalau mulut berdarah or hidung berdarah sebab panas.. tuam ais untuk hentikan pendarahan... apa pun, bagus info ni.. bukanlah sampai dibenarkan x solat langsung ek.. huhu.. tQ reminder..

    ReplyDelete
  2. jelas dah mama, terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Menarik persoalan dikemukakan. Selalu tidak fikir sangat sebab ingat bukan isu besar. Tq.

    ReplyDelete
  4. Tak terfikit pun. Terima kasih atas perkongsian ni..

    ReplyDelete
  5. Salam, Alhamdulillah info yang bermanfaat, terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  6. Allah.. selama ni ingatkan masih tak apa.. alhamdulillah terbaca ni.. terima kasih share adda!

    ReplyDelete
  7. Thanks for the sharing ya! Tak pernah terfikir pun pasal ni...

    ReplyDelete
  8. Terima kasih untuk perkongsian ni mamapp. Bermanfaat bagi yang masih tak tahu.

    ReplyDelete
  9. terima kasih untuk perkongsian Adda

    ReplyDelete
  10. terima kasih atas perkongsian ilmu yang bermanfaat

    ReplyDelete
  11. Terima kasih atas perkongsian...

    ReplyDelete
  12. semoga bermanfaat.. mama pun mgningatkan diri mama juga ni

    ReplyDelete
  13. penah jadi waktu cabut gigi utk braces, darah non stop..tunggu dia kurang bleed baru solat, tapi dok rasa mcm dok kluar lagi mmg telan je..huhu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post