Kena Cerai Talak 3 - Babai Adsense. Nampaknya appeal yang mama buat pada google 26 June lepas telah ditolak setelah mama terima reply pada 12 July. Baca ni Berita Gembira & Berita Sedih, Adsense oo Adsense
Ni jawapan dari google
Kejam betul bunyinya kan huhu.. sombong betul adsense ni. eleh kita pun x heran la..Masa mula-mula baca email ni mama terasa macam bercinta pula nak merayu supaya diterima cinta mama, tapi akhirnya cinta mama di tolak dan terus dikenakan talak 3. Dia taknak rujuk dah dgn mama haha. Perasaan mama takdelah sedih, tapi rasa macam tak percaya. Setelah beberapa minit akhirnya mama dah OK. Kalau dia xnak kita, apa mama boleh buat. Mama pun x heran daa.. Bila direnung balik, tujuan mama berblog adalah sebagai hobi dan tempat untuk menyimpan kenangan mama. Kalau ada income alhamdulillah.
Tapi mama sebenarnya tertanya-tanya juga apa yg buat ads ni merajuk. Kalaulah dia bagi details kan senang mama nak setel. Kalau korang ada cara untuk tahu dan selesaikan masalah macam ni bgtau la ye. Ada sesapa penah ada pengalaman kena cerai dengan adsense tak?
Isi Invalid Activity Appeal Form - mamapp
Mama isi Appeal Letter Form Google kat link ni https://support.google.com/adsense/contact/appeal_form_adsense_admob
Apa Itu Invalid Traffic Google Adsense?
Mama tinggalkan nota sket kat sini apa punca invalid traffic
- Mengklik iklan di laman web anda sendiri, saluran YouTube atau aplikasi anda
- Satu atau lebih pengguna berulang kali mengklik iklan di laman web, saluran YouTube atau aplikasi anda
- Menjana atau menerima lalu lintas bot atau automatik
- Menggunakan sumber lalu lintas yang diberi insentif
- Memanipulasi cara iklan disiarkan
- Mendorong pengguna untuk menyokong laman web, saluran YouTube, atau aplikasi anda melalui interaksi iklan
- Penempatan iklan menipu pengguna atau menghasilkan klik yang tidak disengajakan
- Iklan disertakan dalam aplikasi
Sumber: https://support.google.com/adsense/answer/57153?hl=en
Apakah petua untuk menulis rayuan lalu lintas tidak sah yang berjaya? What are some tips for writing a successful invalid traffic appeal?
Berikut adalah beberapa petua yang mungkin berguna bagi anda semasa membuat rayuan:
- Semak sebab umum akaun AdSense dinonaktifkan kerana lalu lintas tidak sah . Adakah sebab-sebab ini berlaku untuk anda atau kandungan anda? Adakah rakan anda terlalu banyak mengklik iklan anda? Adakah anda membeli lalu lintas yang menyebabkan lonjakan lalu lintas tidak sah? Bolehkah anda membuat perubahan kandungan dan / atau tingkah laku untuk mengelakkan lalu lintas yang tidak sah berlaku lagi?
- Tinjau implementasi iklan di situs desktop, situs mudah alih, dan / atau aplikasi mudah alih anda. Fikirkan bagaimana perjalanan pengguna biasa anda, dan lihat apakah pelaksanaan iklan tersebut dapat menyebabkan pengguna mengklik iklan anda secara tidak sengaja.
- Dalam borang rayuan, berikan alamat e-mel yang dikaitkan dengan akaun Google AdSense anda yang dilumpuhkan. Ini akan membantu kami mencari akaun anda dan mengurangkan kelewatan dalam memproses rayuan anda.
- Beritahu kami apa perubahan yang akan anda buat untuk masa depan. Sistem atau tingkah laku apa yang telah Anda buat untuk memastikan perkara ini tidak berulang? Sebagai contoh, beritahu kami bagaimana anda telah menyesuaikan pelaksanaan iklan anda, menilai sumber lalu lintas anda, dll.
Mama baca dan try follow tips ni masa buat appeal tapi still kena reject gak huhu. Ada sesapa yang pernah ada masalah macam mama dan dapat buat balik tak akaun adsense? Kalau ada bgtau la ye. Boleh share2 knowledge dgn mama..
K bai tu je la nak citer arini
lahai.... sabar ya mamapp.... dugaan berblog...
ReplyDeletebaik mia.. tenkiu
DeleteAdoiii! kena cina buta baru boleh rujuk balik MP. #guraujer
ReplyDeletehaha ini lawask mrs A.. mama guna innity je la as cina bute haha
DeleteSabar Adda..maybe allah nak bagi rezeki lain..tapi memang pelik la bab invalid traffic ni...
ReplyDeleteterima kasih kak.. mmg dari dulu dia jaki dgn blog saya ni kak uii
DeleteMemang rasa tak percaya jer kan..
ReplyDeletesusah juga ye... sensitif betul
ReplyDeleteabe kie pun kdg2 terima warning drp adsense. dia kata abe kie melanggar peraturan itu ini sdgkan abe kie x buat pun. Malas nak ambik pot. Lama2 dia OK balik dgn abe kie. Tapi kes mama ni memang x leh bawak bincang nampaknya. maaf, x dapek den nnak nolong.
ReplyDeleteAlahai, kesiannya pada mama.. Takpe mama, Insha Allah, ada rezeki mama yang lain nanti..
ReplyDeleteRasa nya lately ni mcm ada terbaca kes2 mcm ni cuma memasing pun xde jalan penyelesian.. Bak kata adda la, adsence ni dh sombong sbb dia dh ramai 'pelanggan'
ReplyDeleteSampai sekarang saya tak faham tentang Adsense ni. Main letak aje. Hahaha.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan mamapipie. Harap dapat balik akaun adsense tersebut.
naniey baca yang adsense respond tu pun rasa macam aduh sakitnya hatiku..
ReplyDeleteTry guna acc lain apply.. (acc gmail lain)
Hurm
ReplyDeleteRabia pulak pembayaran dihentikan sebab tak sahkan alamat . rabia isi alamat rumah dahh . tapi ada dia sebut no pin. No pin tak dpt lg lah sebabnya USD rabia naik sikit je kan . tak smpai 100 USD lg
Macam renyah jer Adsense ni kan.Syu lepas tukar domain, macam lapang sikit blog Syu tak keluar iklan dari Adsense 😁.Macam aman damai gittew.Ki3.
ReplyDeletesejujurnya mama pun rasa lapang pula hati tgk blog x de iklan syu
Deletegee pun dah try banyak kali mohon tapi tak lepas juga
ReplyDeleteMacam tu pulak ye. adoilah.. saya pun seram juga kalau tiba-tiba dia buat hal kan
ReplyDeleteSedih kalau bukan salah kita atau tidak pasti apa sebenar kesalahan kita.
ReplyDeleteHarap tidak lama AdSense merajuk.
Eh ada iklan bawah hp blog Adda ini.
Deletetu innity kot
DeleteMungkin rezekinya di tempat lain
ReplyDeleteAdoiii, frust jugak kan sebab tak tahu mana silap kita kan mama, sabor ajelah, tak de rezeki nakk beradsense.
ReplyDeleteAdsense oohhh adsense... Aien pun dah jemu nak tengok dah. Ada ada la. Berblog maksud meluahkan isi hati dan mengisi masa lapang. Hehe Tak apa mama.. in shaa Allah ada rezeki lain dengan ads yng lain.
ReplyDeleteCCL sampai sekarang takda rezeki nak beradsense . .dah cuba banyak kali tetap gagal .
ReplyDeletebebaik la korang yg ada ads ni.. ibarat boyfren/girlfren yg sensitif. salah buat sket terus dia minta putus kiki
ReplyDeletesib baik kita tak apply adsense. sentitif jugak dea eh :)
ReplyDeleteadeh takda dah ads kt sini. Kalau mama buat sebagai hobi untuk blogging ni should be ok la kn
ReplyDeleteAllahu. Kesian mama. Moga ada rezeki lain Allah gantikan
ReplyDeleteKenapa yea? Sha pernah dapat warning gini, tapi memang terklik sendiri.. anak yang klik..geram betul masa tuu...
ReplyDeleteaduhhh sedihnya. Risau jugak jadi macam ni. Sekarang makin lama makin ketat pulak semua rules digital platform ni.
ReplyDeletesabar la adda.. sedih betul baca.. tapi still ada innity kan?
ReplyDeleteKalau dipikirkan jadi pening kenapa ads bg invalid klik tuh, Moga ada rezeki lain InsyaAllah
ReplyDeleteSabar ya Adda.. mungkin ada rezeki lain yang lebih baik untuk Adda nanti..
ReplyDeleteStrict betul adsense sekarang ni. Ada je yang tak kena. Kadang tak faham juga apa salah yang kita buat. Semoga ada rezeki lain yang datang. Aaaminn...
ReplyDeleteSaya x pernah lagi dengor ada kes gini.. pestimeee baca ni haa... Wahduh, gawat dong.. Hmm.. org dh x nak, buatpe terhegeh hegeh kan.. EHHHHHH.... Tak nak try email out lagik ke
ReplyDeletexnak.. mama majuk haha.. tunggu la kalau pintu hati terbuka satu hari nanti
DeleteCik TK pun tak berapa faham pasal macam mana boleh jadi invalid trafik ni sedangkan kita tak buat. Satu lagi, macam strict sangat je.
ReplyDeleteCik TK pun actually kurang faham juga pasal adsense ni, main letak je adsense tu, lagipun blog tu untuk hobi dan sharing.
Tak apa, sabar ya mamapp.. mana tau ada rezeki yang lebih baik lepas ni...
dulu seigt sy laa GA ni x de laa strict sgt... xpe laa mungkin rezeki mama ada dgn pengiklan yg lain
ReplyDeletenak appeal susah skang.. dulu pun susah.. biarkan domain y diban google tgu sebulan ke atas apply balik google adsense guna gmail baru.
ReplyDeleteVisit blog sy juga saripkay.com
oo boleh apply baru ke.. tq for info ye en sarip
DeleteAllahu. harapnya nanti boleh apply balik google adsense tu mama. dah la nak apply susah, tetiba kena cerai talak 3 lak dia bagi kat mama :(
ReplyDeleteBerat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul....
ReplyDeletehuhuu
Delete