Lauk Daging Qurban Pertama - Sup Tulang Periuk Noxxa. Alhamdulillah ibadah korban tahun ni telah pun selesai mama doakan kepada sesiapa yang membuat korban agar mendapat semaksimum pahala dan ganjaran amin. Seperti tahun-tahun lepas, mama dapat banyak juga daging korban sampai tak muat peti ais especially tulang. Almaklumlah saiz tulang ni kan besar-besar. So, mama terus aje masak SUp Tulang hari yang sama dapat daging korban tu. Lauk Daging Qurban Pertama - Sup Tulang Periuk Noxxa.
Sup ni versi melayu. Kalau nak versi macam mamak tu yg berempah tu boleh tengok resepi ni Resepi Sup Tulang Berempah Mamak Style Periuk Noxxa
Mula-mula mama ingatkan nak masak guna periuk biasa sebab malas nak keluarkan noxxa. Tapi bila difikirkan balik mama tukar fikiran. Guna noxxa je la sebab cepat, mudah dan daging pun gerenti lembut.
Nak tahu ke resepi mama? Ala, mama ikut resepi aziekitchen aje. Memang sedap. Ni mama tepek resepinya ye. Memang ada juga derhaka resepi tapi lebih kurang gini la yang mama buat.
Resepi Sup Tulang Guna Periuk Noxxa
Note: Resepi asal dari azie kitchen.
Bahan-bahan:
Bahan Kisar:
Cara cara:
- Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan. Kisar pula karot, batang celery dan leek. Ini bermakna ada 2 mangkuk bahan kisar berasingan yang perlu ditumis nanti.
- Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk. Tumiskan rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang besar yang telah di hiris hingga harum dan garing.
- Masukkan bahan kisar (bawang merah, bawang putih dan halia) dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak. Masukkan pula lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar halus. Tumis lagi hingga garing.
- Kemudian masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika terlalu pekat boleh masukkan sedikit air.
- Bila semua dah garing masukkan tulang dan air rebusan tulang. Jika kurang boleh tambah lagi air biasa. Kacau sebentar dan biarkan ia merenih.
- Jika gunakan tulang yang tak di rebus awal, masak hingga tulang empuk. Mungkin proses memasak menjadi lebih lama kerana nak tunggu tulang empuk. Semasa proses merebus ni akan keluar minyak, buih-buih dan sedikit kotoran. Sendukkan dan buangkan semua kotoran, buih-buih dan minyak di permukaan sup, ini adalah kotoran dari darah dan minyak dari lemak pada tulang. Bila daging dah empuk, masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali masukkan kentang dan lobak yang telah di dadu kecil. Bila kentang hampir empuk, masukkan juga daun sup, batang celery, cili padi dan bawang goreng. Tutup api dan sedia di hidangkan dengan sambal kicap. Tapi saya tak buat pun sambal kicap kerana anak anak tak suka pedas. Saya cuma letak cili padi yang dihiris.
Cara Masak Sup Tulang Guna Periuk Noxxa.
Alhamdulillah ada terselit aeketul gearbox dlm daging korbanResepi di atas cuma untuk panduan ye. Bahan-bahan lebih kurang sama cuma kronologi ada beza sikit dari cara masak di atas.
- ON periuk Noxxa, klik butang stir fry dan tekan ON, panaskan minyak dan tumis bahan tumis seperti di atas sehingga garing. Then tekan OFF.
- Masukkan sup bunjut, daging dan tulang lembu, tekan di bahagian high pressure 42 minit dan tekan ON. Tunggu dia masak sehingga bunyi beep.
- Lepaskan wap panas dari periuk dengan pusingkan button di bahagian cover. Tunggu sampai wap panas keluar sepenuhnya/hilang bunyi wap.
- Buka tudung peiuk, masukkan kentang. Tutup tudung periuk, set timer 4 minit di high pressure dan tekan ON. Masak sehingga bunyi beep.
- Selepas tu keluarkan balik wap panas dengan pusingkan punat pressure di tudung periuk tu.
- Buka tudung periuk dan masukkan lobak dan daun seleri. Tekan butang stir fry dan ON.
- Masak sehingga lobak dan celery tu lembut. Perasakan dengan garam. Siap!!
Mudah aje kan. Alhamdulillah memang lembut sangat daging tu. Mujur mama mengatasi kemalasan dan engeluarkan periuk noxxa. dalam masa sejam setengah aje dah siap masak.
sy pun dapat tulang dan daging karbon ni. tulang xmasak lagi. nak buat sup tulang tapi kena ceduk ilmu dulu kihkihkihh. maklum lah selama ni mak yang masakan.
ReplyDeleteHari ni pun akak dijamu dengan Sup Tulang Selangka tapi bukan daging korban...Pak Zain buatkan untuk anaknya yang tengah demam ni....
ReplyDeletegws kak
DeleteSedapnya sup gearbox... As suka sup tulang tapi memang tak pandai masak...
ReplyDeleteikut resepi kat atas ni gerenti sedap as
Deletemudah sangat pakai periuk ni. sekejap saja masak tulang daging dah empuk. sedap :)
ReplyDeleteSedapnya.. noxxa mmg memudahkan dan menjimatkan masa..
ReplyDeleteBest kan guna noxxa. Tercabut senang je isi dengan tulang tu. Yummms!
ReplyDeletemenu ni wajib bila raya haji lps dpt daging korban....guna noxxa mmg mudah...mmg kalo bkn time korban pn mmg slalu husband masak sup tulang dlm noxxa
ReplyDeleteHaah kalau masak cara biasa lambat pula hendak empuk.
ReplyDeleteTahun ini tidak dapat pun daging korban.
Ada Noxxa memang memudahkan. Cuma saya selalu nervous nak bukak penutup lepas keluarkan pressure. Teringat cerita orang, wap meletup lah apa lah. Huhu
ReplyDeletesedapnya sup tulang
ReplyDeletePH pun baru masak sup tulang Noxxa Jumaat lepas. Dapat seketul tulang qurban, campur dgn yang beli alhamdulilah merasalah juga :)
ReplyDeletesedapnya!! thn ni kami kt sini x merasa daging korban.. huhuhu
ReplyDeletedi Sarawak tiada daging kurban tahun ini.
ReplyDeletekalau nak makan daging...beli jelah kat pasar
takpelah beli je mr h
Deleteada noxxa memang senang kan. masak senang, nak makan oun senang daging lembut je..
ReplyDeleteAda periuk noxxa mudah kerja masak sup tulang ni. Sedapnya makan sup panas panas.
ReplyDeletefuhhhh sup tulang daging qurban, memang all time feveret kami jugak lah ^_^
ReplyDeleteSedapnya. Lama dah tak makan sup tulang.
ReplyDeleteMacam nak try beli piuk noxxa ek .. huhu..
ReplyDeletewei sedapnya sedut tulang tu.. baru ni kami beli sup tulang zz je sedap betul menyedut
ReplyDeleteSup daging lembu saya makan, tapi kalau melibatkan tulang, saya kurang makan sikit..
ReplyDeleteSedapnya... make dgnr telur dadar..
ReplyDeleteseronoknyaa, dptlah merasa daging korban... su x brpa makan sup tulang hehe
ReplyDeleteApa kata buat tutorial penggunaan piyuk noxxa tu..akak dah beli tapi x reti guna
ReplyDelete