Nasi Impit Tak Cukup, Cara Buat Nasi Impit Homemade Guna Plastik Aiskrim (Video)

Nasi Impit Tak Cukup, Cara Buat Nasi Impit Homemade Guna Plastik Aiskrim (Video). Salam hariraya aidiladha semua. Mohon maaf kalau ada salah silap ye. Mama masak nasi impit segera 1 bungkus sehari sebelum raya, kami buat buka puasa dan sekali untuk raya. Selalunya cukup sehingga 2 hariraya. Tapi bila tiba raya pertama mama tengok dah tinggal suku je nasi impit padahal lauk raya banyak lagi. Nak beli di kedai tentulah malas nak keluar rumah. So Nasi Impit Tak Cukup, Buat Nasi Impit Homemade Guna Plastik Aiskrim


Nasi impit plastik aiskrim. Ramai ingat mama buat aiskrim bila tengok gambar ni haha..


Akhirnya mama buat sendiri nasi impit kat rumah. Sebenarnya memang mudah aje. Dulu arwah mak selalu aje buat sendiri guna plastik besar tu tapi mama je yang malas. Jom tengok bagaimana caranya buat nasi impit sendiri. Mama guna palstik aiskrim sebab saiz macam ni nasi impit senang sejuk dan boleh cepat2 makan hihi..


Cara Buat Nasi Impit Homemade Guna Plastik Aiskrim


Nasi impit plastic aiskrim dihidangkan bersama lauk raya pada raya pertama.


Bahan-bahan:

3 pot beras (dibasuh dan tos kering, supaya senang nak masukkan dalam plastik)

15 helai plastik aiskrim

1 helai daun pandan

1 sudu garam

lidi satay/garfu


Cara-Cara:

1. Isi plastik aiskrim dengan beras yang telah dibersih dan ditos kering. Sukatan beras adalah 1/3 dari saiz plastik. 1/3 tu tak termasuk ruang plastik utk ikatan ye.

2. Setelah disi dengan beras dan diikat ketat hujung plastik aiskrim, cucuk2 plastik aiskrim dengan lidi satay/ garfu. Cucuk di kedua-kedua belah. Pastikan lubang tu jangan besar sangat sampai terkeluar beras.

3. Panaskan air dalam periuk dan masukkan plastik aiskrim yang berisi beras tadi. Masukkan daun pandan dan garam. Masak dalam 1 jam.


4. Jangan panik kalau selepas rebus nampak mcm lembik.. korang cuma kena simpulkan plastik eskrem tu sampai nasi impit mampat. Buat masa panas-panas lagi tau. Bila dah sejuk insya allah dia jadi keras dan sedap dimakan.


Siap dah nasi impit plastik eskrem kita..


Lauk raya pertana. Masih ada lagi nasi impit segera tapi tinggal sikit sgt dah



Cara Buat Nasi Impit Homemade Guna Plastik Aiskrim (Video)



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

21 Comments

Words of wisdom

  1. Hehe tiada plastik nasi impit plastik aiskrim pun boleh. Kena kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. desperate measure Na.. lepas subuh terus buat ni.. alhamdulillah cepat boleh makan

      Delete
  2. Tak pernah lagi nampak nasi impit versi plastik aiskrim. Yang penting nasi impit menjadi dan boleh dimakan kan, Mamapp.

    ReplyDelete
  3. wah first time tgk org buat nasi impit guna plastik eksrem :) kreatif sungguh

    ReplyDelete
  4. Menarik juga kaedah ni.. nak potong pun senang, Tinggal nak ngap saja.. Hehe

    ReplyDelete
  5. Bagus juga guna kaedah macam ni. Nampak macam lemang segera pun ada. Thanks sharing.

    ReplyDelete
  6. Cara ni lagi senang... Naniey guna yang mcm khairul aming buat tu. Guna plastik yg 4 segi tu. Rasanya yg plastik aiskrim ni lagi mudah. nk potong pun senang.. :) Boleh buat la next time..

    ReplyDelete
  7. ramai tak penah tgk rupanya ye.. guna plastik eskrem sebab cepat sejuk, cepatboleh makan hihi. tapi ada juga la yang pertikaikan keselamatan plastik eskrem ni. terpulanglah pada pendapat memasing ye

    ReplyDelete
  8. Kami pun selalu juga buat guna plastik. Tak semestinya plastik aiskrim, plastik lain pun boleh.

    ReplyDelete
  9. Wow.. Kreatifnya buat pakai plastik aiskrim. Macam-macam ye. Sedapnya tengok sate mama tu

    ReplyDelete
  10. inovasi dalam penyediaan makanan. bijak sungguh mama... salute la!

    ReplyDelete
  11. tp kena pandai cr plastik ais krim. sbb ada yg kurus tp pnjg. ada yg gemuk tp pendek.😊😊tp cara ni mmg👍👍👍👍

    ReplyDelete
  12. hahaha first time tahu boleh buuat nasi impit guna plastik aiskrim

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. rajin wei.. kalau aku memang beli je la.. hahaha

    ReplyDelete
  16. Tengok entry ni balik rasa nak makan nasi impit plak...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post