Review Korean Drama Hotel Del Luna. Lama dah mama tengok cerita ni. Mama teringin nak tengok lepas terbaca kak Suria Amanda review dalam blog dia. Bila tengok ada unsur hantu dan mistik memang mama suka genre macam ni. Review Korean Drama Hotel Del Luna.
Masa mama tengok mama masih lagi noob dengan drama Korea. Maka masa mula-mula tengok episod 1 rasa macam susah sikit nak faham. Tapi lama kelamaan mama OK aje. Mama bagi 8\10 bintang bagi drama ni. Suka tengok design hotel ni especially kat bahagian tangga besar tu. Apa salahnya kalau nak try bina tangga cantik macam di banglo sendiri kan tapi kenalah pandai cari kontraktor yang bagus.
Review Korean Drama Hotel Del Luna
Pelakon-pelakon mantap dan kisah mereka semua menarikDrama: Hotel Del Luna
Episod: 16
Tarikh Tayangan: Julai-Sept 2019
Genre: Romance, fantasy, mystic, ghost
Pelakon: Jang Man-Wol (IU, Koo Chan-Sung (Yeo Jin-Goo)
Sinopsis Drama Hotel Del Luna
Cerita berkenaan Koo Chan-Sung, seorang lulusan MBA dari Harvard, pintar dan bijak. Dia menjadi Manager di satu company besar pada usia yang muda. Satu hari dia pulang ke Korea dan selalu bertembung dengan Jang Man Wol, CEO Hotel del Luna. Rupanya Koo Chan-Sung dah terikat dengan Hotel Del Luna sejak 20 tahun dulu lagi tapi dia tak tahu sejarah, hanya ayah dia tahu dan sebab tu ayah dia suruh duduk oversea, jangan balik Korea.
Man Wol pula ada sejarah lama. Dia dah hidup lebih 1300 tahun lamanya. terpaksa meguruskan hotel ni sebagai hukuman kejahatan yang dia buat dulu. Dia kena jaga dan tunggu pokok mati di kawasan Hotel Del Luna berbunga. baru hukuman dia tamat. Hotel Del Luna ni bukan sebarang hotel. Pelanggan hotel terdiri daripada hantu sebagai tempat singgah sebelum ke afterlife la kononnnya..
Satu hari Man Wol hadihkan dia "gift" dapat melihat hantu dan hidup Chan Sung jadi haru biru dan akhirnya Man Wol berjaya membuat ChanSung bekerja di Hotel Del Luna. Bila jumpa Chansung lama kelamaan pokok tu berbunga sedikit demi sedikit.
Kita akan melihat perjalanan hantu dan kisah Man Wol. Kesian juga Man Wol ni ada sejarah silam dan kisah cinta yang tak kesampaian. Ada pelbagai kisah termasuklah staff yang bekerja di hotel ni. Kelakar juga Man Wol ni. Dia suka bergaya, selfie, ambil gambar makanan dan menghabiskan duit. Koo Chan Sung la yang selalu control sifat boros dia dan jaga hotel sebaiknya. Ada aspek percintaan yang ringan cuma ending dia mama rasa boleh tamatkan dengan lebih menarik. Sebab too predictable. Sebab tu mama bagi 8 bintang aje.
Mama suka tengok baju-baju dan stylist yang Man Wol pakai. Tuan dia pun cantik. Worth juga la tengok citer ni walaupun pada mama takdelah best sgt2.. mungkin sebab ending dia tak berapa thrill. Ada sesapa yang dah tengok citer ni? Korang suka tak cite ni?
best. suka tengok drama ni. sama la juga suka tengok custom diaa. Lakonan IU tam pernah membosankan
ReplyDeleteFirst time mama tgk dan kenal IU.. Eh sebenarnya first kenal semua org dlm citer ni haha.. nanti nak tengok citer apa IU yang best ye aien
DeleteMasa mula-mula tonton drama ni memang susah sikit nak faham sebab saya jarang tonton drama korea. Tapi berjaya tonton drama ni sampai habis.
ReplyDeleteyeay sama la kita
DeleteSukaaaaa! Dah tiga kali kot repeat tengokkk hehehe. Suka tengok IU dengan Yeo Jin Go dalam drama ni, comel je hehehe
ReplyDeletewoh ni mmg betul2 suka ni atiqah. ending dia tu yg mama rasa kureng sket. yg lain ok
DeleteBerangan pakai baju cantik.
ReplyDeletetakpe na. berangan tak kena bayar
Deletetengok skip skip..tapi part last last tu macam sedih sedih pulakk
ReplyDeletehaah yg last2 tu sedih la yan
DeleteLama dah tak layan drama korea
ReplyDeleteaku suka tengok drama ni..tapi tengok pangkal je hujung dah lesap 😅
ReplyDeleteSaya tengok cerita ni sampai habisss... Wohoooo... Memang best.. sweet.. romantik pun iyeee..
ReplyDelete