Review Korean Drama W: Two Worlds Apart. Mama tengok cerita ni disebabkan mama terlalu suka tengok cerita I am not Robot baca ni Review Korean Drama I Am Not A Robot . Sebab mama terbaca komen di rating I am not robot yang cerita W Two World ni pun sama best macam cerita I am not robot. Penulis / director orang yang sama. Maka, terus la mama pergi tengok sinopsis dan terus rasa nak tengok cerita ni. Ada elemen fiction tentulah mama suka. Review Korean Drama W: Two Worlds Apart
Rupanya memang tak nyesal tengok cerita ni. Mama bagi 10/10 sama macam I am not robot. Cerita ni menarik sangat dan buat mama tak sabar tunggu episod seterusnya. Sentiasa berdebar dan tertanya-tanya apakah ending cerita ni nanti. Mama habis tengok cerita ni dalam masa 2 hari je tau.
Review Korean Drama W: Two Worlds Apart
Jumlah Episod: 16
Tarikh Tayangan: Julai - September 2016
Genres: Action: Thriller, Romance, Fantasy
Pelakon: Kang Chul (Lee Jong-Suk), Oh Yeon-Joo (Han Hyo-Joo), Yoon So-Hee (Jung Eugene), Seo Do-Yoon (Lee Tae-Hwan)
Masa mula tengok episod pertama mama dapat rasakan yang pelakon lelaki ni macam kureng sket. Maaf lah ye mama ni tak kenal pelakon korea. Nampak sama aje semuanya cuma Jong Suk ni first impression dia jambu. Ada adegan dia kena stab dengan teruk tapi muka masih control ensem. So, macam tertanya-tanya juga betul ke mama buat keputusan tengok cerita ni. Tapi bila dah masuk pertengahan episod kedua dan seterusnya terus mama tak x boleh berhenti tengok sebab plot dia sangat menarik dan lakonan semua pelakon memang mantap termasuklah lakonan Jong Suk tu.
Sinopsis Drama W: Two Worlds Apart
Cerita ni berkisahkan tentang 2 dunia dimana Oh Sung Moo, bapa pakar bedah kardiotoraks Oh Yeon Joo, hilang secara misteri semasa menulis bab terakhir webtoonnya "W". Yeon Joo pergi ke pejabatnya mencari, tetapi ada tangan keluar dari monitor dan menariknya masuk ke dunia webtoon.
Rupanya watak utama webtoon ayah Yeon Joo hidup walaupun berada di dunia cartoon. Kang Chul adalah seorang biisnesman yang berjaya dan punyai masa silam yg tragik. Bila wataknya cuba dibunuh oleh penulis, dia berusaha untuk survive dan merubah jalan cerita asal penulis. Kerana desperation ini, Kang Chul secara tak sengaja menbuatkan Yeon Joo masuk ke dunia webtoon. Yeon Joo akhirnya menyelamatkan Kang Chul.
Semua pelakon mantap dan watak semuanya strong dan mengecewakan.Setiap kali watak Kang Chul ingin dibunuh ayahnya Yeon Joo selalu ditarik ke dunia webtoon sebagai penyelamat. Pada mulanya dia merahsiakan identiti diri dia sebab di dunia Kang Chul Yeon Joo takde identiti dan menjadi buruan. Dia berkenalan dengan Kang Chul dan akhirnya mengungkap misteri dunia webtoon dan dunia sebenar.
Apapun cerita ni memang thrill, kelakar dan romantik. Seperti membaca webtoon Yeon Joo selalu buat perkara2 pelik supaya episod webtoon berakhir dan dia boleh balik ke dunia sebenar. Macam-macam dia buat secara random dan kelakar tengok reaksi Kaang Chul contohnya kiss Kang Chul, lempang Kang Chul dan sebagainya.
Bersama-sama mereka ingin mengakhiri cerita webttoon mengikut kehendak mereka agar dapat ending happy ever after tapi macam-macam halangan berlaku. Pelbagai counter measure diorang buat seperti berkahwin, recreate webtoon supaya Kang Chul hilang ingatan dsbnya untuk menamatkan dan menyelamatkan dunia komik ni tetapi ada saja rintangan. Ni yang buat mama tengok tak berhenti sebab nak tahu apa yang akan terjadi. Watak Kang Chul memang smart dan reliable, buat kita trust kepada hero yang boleh selesaikan semua masalah.
Babak yg paling sedih bagi mama. Inilah pengakhiran komik w. Adakah in endingnya? Jeng2 korang kena tgk sendiri. Selain dari babak ni mama rasa sedih gak masa mula2 Kang Chul hilang ingatan. Betapa heartbroken Yeon Joo bila suami sendiri tak kenal dia. Bagus betul lakonan heroin ni.
Cerita ni memang best dari segi visual hero dan heroin memang cantik dan ensem (lepas dah tengok baru pasan Jong Suk ensem haha). Plot hebat & kreatif sgt, byk action, pelakon hebat dan konsepnya memang unik. Cuma mama faham tak semua orang akan suka cerita ni sebab ia agak complicated dan byk putar2. Apapun memang cerita ni kena dengan mama dan mama memang suka sgt2. Nanti nak repeat tengok lagi.
Kalau korang tak tengok lagi citer ni try la tonton. Tak nyesal tau.
Selalu juga ada cerita pasal realiti dan komik.
ReplyDeletefeveret citer pelik2 camni na
Deletecite ni dh donlot tp xde ms lg nk layan..
ReplyDeleteni rs xsabar nk tgk ni.. hihi
pi tengok cepat nanti bgtaufeedback ezy suka ke tak citer ni
Deletekonsep drama ni best dan unik tapi bila sampai pertengahan plot semua merapu..haha
ReplyDeletesyu pomn suka drama ni. dah tgk 2 kali. suka pelakon dan jln cerita dia hehe
ReplyDeleteWowww
ReplyDeleteWah, nampak menarik lah jalan cerita nie, sebab ada fantasi sikit... Nak kena cari kat online nie..
ReplyDeleteSelamat menonton..
ReplyDeleteala die punya efforts tu kesian tengok..
ReplyDeletedone masukkan dalam wishlist
Citer ni best!!! Dah tengok memang best!! Oh ya, Cik TK suka semua citer yang ada Lee Jong Suk!!
ReplyDeletedia pandai pilih cerita yg best utk berlakon
DeleteUlang la banyak kali mesti akan nangis kat beberapa part:
ReplyDelete1. masa terpaksa delete memori hero
2. masa dorang dah kawen tapi hero lupa
3. masa konon dah tamatkan kisah dalam webtoon tp hidup balik.
hUwaaaaa!!! Sedih sangat!!
kan.. heartbroken sgt especially bila tgk female lead tau nangis
Deletedah tengok, memang best.. hehe
ReplyDeleteboleh dipertimbangkan utk ditonton... smbl wfh lyn kdrama hahhah
ReplyDeletePernah baca juga review cerita ni. Tapi itulah belum tengok lagi :)
ReplyDeleteramai yang suka drama ni tapi saya tak tengok lagi sebab tak suka tengok Lee Jong-Suk berlakon haha
ReplyDeletesaya sampai ke sudah tak tengok-tengok drama ni. haha
ReplyDeleteok baik.. aku masuk dalam list.. macam best je
ReplyDeletepernh tgk drama niii pastu ni tengah nak tgk semula... rasa rindu nak layan drama macam ni hehe
ReplyDeleteramai dah tengok dan ramai yg x tengok lagi, yg tak tengok lagi tu silalah tgk. mama pun nak repeat nanti haha
ReplyDelete