Dos Kedua Vaksin Pfizer - Simptom Kuat Tidur

Dos Kedua Vaksin Pfizer - Simptom Kuat Tidur. Alhamdulillah hari Jumaat lepas telah lengkap lah vaksin dos kedua mama. Proses vaksin amat cepat dan mudah. Dalam 15 minit dah terima vaksin. Syukur sangat-sangat. Masa ambil first dose dulu sampai satu jam setengah. 


Dos Kedua Vaksin Pfizer - Simptom Kuat Tidur

Kali kedua vaksin side effect mama agak berlainan dari first dose. Baca ni Selesai Vaksin Pfizer Dos Pertama - Senarai Vaksin di PPV Selangor KL


Mama nak share simptom selepas vaksin yang berlalku pada diri mama. Ini berlaku pada diri mama ye, kalau orang lain mungkin simptomnya berlainan.

  • Tempat suntikan rasa bengkak dan sakit sampai susah nak angkat tangan. Mungkin sebab tu la mama tak berapa pegang henpon dan agak menyepi sejak jumaat lepas. Nak balas wasap pun jadi malas. Nak buat post blog pun tak lalu..
  • Tangan rasa lenguh - ini terjadi macam first vaksin dulu. Tapi lenguh kali ni lebih lenguh sampai rasa tak selesa. Sampai arini mama terasa lenguh. Nak taip ni pun rasa x selesa tau. Perbezaan vaksin pertama dulu tempat suntikan ada darah yang keluar, kali ni tiada darah. Agaknya sebab tu ke..
  • Kuat tidur - penah dengar tak simptom ni. Mama je ke yang experienced ni. Sebenarnya badan mama terasa lemau / letih dalam masa 3 hari ni. Dan ada masanya tiba2 mata akan jagi sangat ngantuk. Masa tu memang tak boleh buka mata dah. Terus tidur aje. First day selepas vaksin mama tidur sampai alarm subuh tak dengar. Dalam satu hari total mama tidur dalam 13 jam tau hihi. Alhamdulillah arini badan dah rasa OK sket.
  • Tapak tangan dan tapak kaki terasa panas. Sampai sekarang mama dapat rasakan kepanasan tu. Mula-mula ingatkan mama aje yang terasa panas, tapi bila pegang en husband dia pun perasan dan bertanya nape tangan dan tapak kaki terasa panas. Pelik juga kan. Badan pun ada terasa panas juga tapi mama tak ambil pula bacaan suhu.


Rasanya itu je la yang seingat mama. Walau apapun semoga dengan vaksin ini dalam mengurangkan risiko yang menguatkan badan kita melawan virus Covid-19. Siapa geng pfizer dan geng dah setel 2 dos vaksin? Sep sikit!!



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

31 Comments

Words of wisdom

  1. Semoga dipermudahkan. Rehat banyak-banyak.

    ReplyDelete
  2. Semoga mama tak ada simptom yang pelik2. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Kesan selepas vaksin kedua ada macam-macam kan..macam makcik PC asyik pening je, ada juga yang berubah selera makan. Apa pun semoga kesan yang dirasai tidak berlanjutan. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin semoga pc cepat sihat dan badan jadi makin kuat

      Delete
  4. Seeppp!Alhamdulillah dah settle jugak 2nd dos vaksin Pzifer bulan mac aritu hehehe

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dah setel dahhh dua dos vaksin. Semoga cepat sembuh mama! Saya hari sabtu ni baru cukup dua dos vaksin pfizer jugak hehehe.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.. dh setel 2 dos..
    walaupon effect mcm2..
    semoga cepat baik.. =)

    ReplyDelete
  7. Yeay kite geng tapi tak complete lagi. 4 September nanti baru lengkap. Kinah yang first dose aritu balik tu memang tidur. Mujur husband off, boleh jaga budak. Dose kedua tak tau macam mana nanti. Semoga mama cepat sembuh ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. lamanya kinah tunggu sampai sep. baru amik first dose ye. take care

      Delete
  8. mujur tidur je kak tak sampai demam, debar pulak dana esok nak amik vaksin kedua nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dana. semoga urusan vaksin dana juga dipermudahkan

      Delete
  9. Sy dos kedua ni senak dada
    Mkn ubat demam terus
    Cepat lapar jgk

    ReplyDelete
  10. husband 1st dose dia mengantuk teruk, dos kedua minggu depan..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dah selesai 2 dos vaksinasi

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah settle 2 dos. Ada juga kawan Cik TK mengantuk lepas dos kedua. Efek vaksin ni lain2 utk setiap orang.

    ReplyDelete
  13. Saya pulak Sinovac, and experience lebih kurang sama dengan mama... kuat tidur, rasa mengantuk yang amat sangat...😅

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah second dose ni cepat sikit prosesnya. Selesai daha dua dos rasa lega dah kan. Semoga baik baik je dikemudian hari.

    ReplyDelete
  15. saya guna Sinovac dan lengkap vaksin yang kedua...

    alhandulillah...sebagai cara ikthiar dan tawakal

    ReplyDelete
  16. kuat tidur tu kerap jugak saya dengar. Ada orang jadi kuat makan. Alhamdulillah dah cukup 2 dos. Saya next dose minggu depan. Harap takde side effect yang teruk

    ReplyDelete
  17. abg cida pun 2nd dos nak demam. adik pula 1st dos memang dh selesema, terus demam. 2nd dos Alhamdulillah ok

    ReplyDelete
Previous Post Next Post