Kedukaan & Salam Maal Hijrah 1443H

Assalamualaikum semua..  Rasanya belum terlambat nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1443H. Selamat tahun baru semua semoga tahun 1443H lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga tahun 1443H ini covid berlalu. Mama ingin memohon maaf jika ada salah silap mama dan keluarga kepada semua pengunjung blog ni ye. 




Dah beberapa hari mama tak up post kat blog ni sebab mama rasa agak down. Hari jumaat lepas 2 orang sahabat di pejabat meninggal dunia akibat covid, hari sabtu abang ipar pula meninggal dunia selepas pembedahan bypass. Anak kepada rakan sekerja juga meninggal Sabtu akibat covid, baru berusia 27 tahun. Dan terbaru terdengar perihal tentang Siti Sarah pula. Bila buka FB sana sini terbaca posting orang meninggal dunia, makcik orang ni, kawan adik, semuanya yang berkait2. Semoga semua yang pergi tergolong dalam kalangan yang dicintai Allah dan masuk ke syurga tanpa hisab.


Sejak hari ahad lepas mama agak kurang sihat. Badan dedor dan sakit kepala selama 3 hari. Alhamdulillah pagi ni dah OK sikit. Tengah kumpul semangat balik. Ajal dan maut itu di tangan Allah, maka bersedialah kita.


Mama tahu bukan mama saja yang down, ramai lagi yang share perasaan yang sama. Zaman sekarang ni mental kena kuat. Bermacam-macam dugaan datang. Dengan keadaan ekonomi, keadaan emosi yang terkurung tak boleh nak leisure. Maka bertabah la ye. Cuba cari perkara yang menggembirakan jika mula terasa down. Mama doakan semoga kita semua dalam keadaan sihat dan dilindungi dari virus covid serta perkara yang tak diingini.


p/s: tadi mama dah buat cabutan nama pemenang.. nak tau siapa? kita tungguuu..  nanti mama announce ye

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

28 Comments

Words of wisdom

  1. Itulah saya pun ada rasa murung. Teruk sangat rasa. Selalu murung lepas itu cepat-cepat buang. Ini ambil masa.
    Tidak sabar tunggu. Harap ada rezeki saya. Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la na.. kena pandai control emosi sendiri.. tunggu ye jap lagi mama up nama pemenang

      Delete
  2. Betul tu, memang ramaii yang mental down sekarang ni, kadang kadang rasa stress jugak tapi cepat cepat buang perasaan tu buat perkara yang boleh hilangkan stress.
    Wahhh dah ada senarai pemenang! Cant wait! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu tiqa.. kena pandai utk savekan diri sendiri

      Delete
  3. Di akhir tahun ni, ramai yang pergi menghadap Ilahi. Semoga yang masih ada, kuatkan semangat untuk teruskan hidup.

    ReplyDelete
  4. Itulah kak rasa sayu hati
    Salam maal hijrah kak
    Maafkan rabia jika ada salah dan silap ya .
    Stay at home
    Take care kak ❤❤

    ReplyDelete
  5. mia pun sama juga ni... banyak berita yang tak menggembirakan di sekeliling kita... salam maal hijrah

    ReplyDelete
  6. Selamat tahu baru hijrah mama

    Allah.. berdebar rasa baca ni. orang0orang terdekat pergi sebab covid durjana ni.

    Jaga diri mama.

    ReplyDelete
  7. Takziah kepada semua ahli keluarga yang telah kehilangan orang tersayang.

    Semoga ditempatkan dikalangan para solihin

    ReplyDelete
  8. Ada juga beberapa orang kenalan rapat saya yang kehilangan ahli keluarga. Staff saya pun kehilangan suami akibat covid-19. 2 orang abang saya juga postitif, seorang kuarantin di rumah, seorang lagi di pusat kuarantin

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mereka cepat sihat. risau kan bila dengar sana sini org terdekat terjangkit covid

      Delete
  9. salam maal hijrah mama. Hari-hari terima berita kematian, giliran kita entah kan bila. mood memang down, pandai-pandai la cari cara untuk hiburkan hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sal, kena pandai2 jaga diri. sal take care ye

      Delete
  10. Salam Maal Hijrah Mama, Maafkan salah saya yang lepas jika ada yang dalam sedar atau tidak sedar.. saya nak bagi tahu adda tak ada salah apa dengan saya... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama ye bonde. bonde pun xde salah silap dgn saya.. dun worry. take care

      Delete
  11. btol tu mamapp. syu pon klau telefon mak dkt kg, mak akan bgtau jiran kg bru meninggal, saudara terdekat dkt hosp sbb covid. mmg agak sedih jgk la.. huhu..
    semoga kita semua kuat ya..

    ReplyDelete
  12. Salam Maal Hijrah mamapp..seram sejuk dgr berita kematian yg semakin tinggi ni!

    ReplyDelete
  13. salah satu cara untuk kurangkan rasa stress dengan mengurangkan FB, Tiktok dan Instagram

    semua ini susah nak kawal untuk dapat info yang negatif

    ReplyDelete
  14. Salam Takziah dan Salam Maal Hijrah

    ReplyDelete
  15. salam Maal Hijrah. Moga baik baik saja keadaan kita semua . Moga baik baik je di masa akan datang... Allahuakbar! Expired ukur kita dah ditentukan... Teruskan kehidupan sebaiknya bagi yg masihh diberi kesempatan ni.. Amin

    ReplyDelete
  16. Salam Maal Hijrah Adda..
    itulah Kak Sue pun jadi down juga seharian bila dapat tahu hal Siti Sarah. Bengkak mata.. huhuhu..

    Semoga tahun baru nie beri lebih kebaikkan untuk kita semua dari segala segi.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post