Salam hari Jumaat yang penuh keberkatan. Harini mama nak share berkenaan dengan Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga. Nauzubillah semoga kita tak tergolong dalam golongan ni. Mari kita kenali golongan yang jauh dari syurga ni supaya dapat kita muhasabah dan bertindak untuk menghampiri syurga. Semoga kita semua ada rezeki masuk ke syurga tanpa hisab, amin.
Golongan Yang Dijauhkan Dari Syurga
عَنْ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ خَبٌّ وَلَا بَخِيلٌ وَلَا مَنَّانٌ وَلَا سَيِّئُ الْمَلَكَةِ وَأَوَّلُ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ الْمَمْلُوكُ إِذَا أَطَاعَ اللَّهَ وَأَطَاعَ سَيِّدَهُ
Kesimpulan hadith:
1. Rasulullah SAW memberi amaran kepada umatnya dengan ancaman tidak akan masuk syurga kepada mereka yang mempunyai diri-ciri berikut:
a. Orang yang menipu
إِنَّ ٱللَّهَ لَا يَهۡدِي مَنۡ هُوَ مُسۡرِفٞ كَذَّابٞ ٢٨
Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang yang melampaui batas, lagi penipu (al-Ghafir: 28).
b. Orang yang bakhil
عَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي مِنْ بَيْتِي إِلَّا مَا أَدْخَلَ عَلَيَّ الزُّبَيْرُ أَفَأُعْطِي قَالَ نَعَمْ وَلَا تُوكِي فَيُوكَى عَلَيْكِ يَقُولُ لَا تُحْصِي فَيُحْصَى عَلَيْكِ
Daripada Asma' binti Abu Bakar RA ia berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak memiliki sesuatu kecuali apa yang diberikan oleh Zubair kepadaku, apakah aku harus bersedekah dengannya?" Nabi menjawab: "Ya, dan janganlah engkau bakhil, maka Allah akan bakhil kepadamu. (Sunan Tirmidzi No: 1883) Status: Hadis Hasan Sahih.
c. Orang yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُبْطِلُوا صَدَقَاتِكُم بِالْمَنِّ وَالْأَذَىٰ
d. Pemimpin yang berperangai buruk (pemimpin yang menjauhkan rakyat daripada kehidupan yang sejahtera)
2. Orang yang pertama kali akan masuk syurga adalah hamba yang taat kepada Allah dan kepada tuannya (majikannya).
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, telegram.me/hadisharian_ikram
Tags
ISLAMIK
Nauzubillah..semoga kita semua dijauhi ya..apa yang kita bagi ikhlaskan..terlebih atau kurang ikhlaskan dan halalkan..
ReplyDeleteAllahuakhbar.. Merenung diri sendiri yg masih blm sempurna lagi...
ReplyDeleteRisaunya diri jauh dari syurgaaaaa.. Hm
ReplyDeleteAllhuakbar
ReplyDeletenauzubillah min zalik... moga kita semua dijauhkan dari menjadi golongan ini. :'(
ReplyDeletePerkongsian yang baik dan bermanfaat.. Sama²lah kita jauhkan dari sifat-sifat yang menjauhkan kita dari syurga.
ReplyDeleteAllahu terima kasih atas peringatan ini.. bahawasanya sy sering lalai dan leka
ReplyDeleteSemoga dijauhkan daripa sikap dan sifat sedemikian. Terima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteCiri-ciri ke 4 tu banyak terjadi skg..huhuhu
ReplyDeleteAllahuakbar. Semiga di jauhi dr sikap begini. Kadang2 berlaku. Rs lemah betul diri ini
ReplyDeleteThanks fpr sharing.marilah kita muhasabah diri. Kadang-kadang tak sedar kita terbuat
ReplyDeleteMaknanya dapat sedikit macam Asam Abu Bakar pun kena bersedekah. Ok noted.
ReplyDeletenauzubillah min zalik... moga kita semua dijauhkan dari menjadi golongan2 ini
ReplyDeleteamin semoga kita tergolong dalam kalangan org yg hampir dan masuk syurga ye
ReplyDeletenauzubillah, moga tergolong dalam kalangan orang yang masuk syurga. jemput baca ya solat sunat witir , cara buat video , daftar ssm online
ReplyDeleteTerima kasih share mama. Semoga kita jauh dari golongan ini
ReplyDelete