Kisah Mistik 1: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Benda Putih di Langit). Dah kenapa ye mama tetiba nak cerita kisah mistik ni? Sebenanrya mama ada beberapa kisah mistik yang dialami oleh diri mama sendiri. So, mama nak share mana yang sempat di blog kesayangan mama. Mama selalu bercerita dengan anak mama dan kadang-kadang dia minta repeat cerita2 mama ni. Hmm.. seronok juga kalau mama share kat sini kan. Mama start dengan siri Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu. Jeng3..
Alhamdulillah sehingga sekarang ni mama tak pernah lagi mengalami perkara mistik yg ekstrem. Mama cuma nampak2 aje dan menda tu pun takde kacau mama. Kalau dia kacau ngeri juga mama. Sambil tu baca ni juga:
- Hantu! Pengalaman Menyeramkan semasa Melawat Muzium Perang Pulau Pinang
- Perangai pelik anak aku akhirnye terjawab..
Kisah Mistik 1: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Benda Putih di Langit)
Mama dan seorang kawan minum petang kat situ, lebih kurang waktu asar. Sambil minum-minum dan berborak, mata mama asyik pandang ke langit, luar dari cafe. Sebabnya mama nampak ada satu menda putih di situ. Jaraknya dengan mama dan kawan mama tu tak jauh sgt dalam 100-200 meter tapi dia terapung dan melayang-layang. Mula-mula mama tak ambil pot sangat. Aleh-aleh mama tergerak hati nak tanya kawan mama.
Mama: "Mat, ko cuba tengok tu.. burung ke apa tu?"
Mat: Dia pandang ke arah yang mama tenung dan dia x cakap apa2. Dia selamba aje minum air dia. Masa ni mama tak perasan lagi apa2.
beberapa detik lepas tu..
Mama: "Mat, tengok lah menda putih tu (sambil tunjuk ke arah menda depan mata tu), cepat lah tengok tu.. amende tu ye. Cepat tengok tu nanti dia terbang jauh".
Masa tu mama dah mula nampak dia dah mula menjauh..
Mat: Akhirnya menjawab "Mana ada apa2 weh. Takde apa pun"
Mama: Erk.. baru dapat tangkap yg menda tu sebenarnya mama sorang aje yang nampak. Padahal mama nampak menda tu jelas sangat. Dia berwarna putih dan seperti kain tapi bukan kain, Cara dia melayang tu memang lain macam sikit. Nak kata burung memang bukan burung. Nak kata kain memang bukan rupa kain pun. Mama pun tak reti nak describe. Dia macam terbuai-buai. Dan akhirnya benda tu pun semakin hilang dari pandangan.
Sampai sekarang mama masih lagi tertanya-tanya apekah yang mama nampak. Pelik sungguh pengalaman ni kan. Nak kata mistik ke... atau pengalaman pelik.. mama pun x sure
Walau appaun mama percaya apa yang mama nampak tu adalah makhluk Allah juga. Mama tak rasa hantu. Memang mahkluk Allah. Hanya Allah saja yang tahu apakah dia.
ada 7th sense mama ni
ReplyDeletetakde dak sheila.. rezeki kut ternampak
Deleteserahkan pada Allah ya..Allah maha mengetahui semua rahsia alam buana...
ReplyDeletesememangnya begitu etuza.. rahsia allah besar
DeleteCara MP describe tu macam cik ponti jer... eh!
ReplyDeleterasanya bukan mrs A, cik ponti kain kan. ni macam menda licin, ala kain sutera tapi pergerakan dia macam dalam air gitu
DeleteApakah yg mama lihat tu ya
ReplyDeletejeng3.. no idea la rabia
DeletePelik kalau seorang nampak.
ReplyDeletekan.. mmg rasa pelik masa tu
DeleteNasib baik baca siang hari. Kalau baca tengah malam ni seram juga.
ReplyDeletemana seram nya naniey.. haha lawak naniey
DeleteAlhamdulillah dapat tengok, kadang Allah nak tunjukkan pada kita.. Dulu pun saya pernah lalui situasi macam nih... sy dapat dengar dengan jelas.. tapi org lain tak dengar sy pun pelik waktu tu.. lepas tu kite fikir adalah tu Allah nak tunjuk
ReplyDeletebonde share la kat blog. nak baca. mcm best aje
Deletemak Cida selalu pesan kalau nampak benda pelik2 jangan ditegur. sebabnya Cida pun lemah semangat. huhu
ReplyDeletemasalahnya mama ni jenis suka menegur tau. bahaya sungguh kan
DeleteMalam2 gini terbaca kisah seram pulak
ReplyDeletewak mesti ada byk lagi kisah seram kan
DeleteAh ingatkan MP beralih hobby ke bird watching
ReplyDeletesejenis bird watching juga la ni tapi ni tak tak tau kategori bird ke apa hihi
Deletemujur nampak waktua siang kak, kalau nampak waktu malam comfirmla tak berani nak tengok lama-lama
ReplyDeletewaktu malam pun penah nampak dana.. haha nanti akak cerita next time pula ye
Deletemata mamapp ni memang cepat nampak agaknya ya...kawan mamapp tak nampak pulak ha...
ReplyDeleteharap2 tak la ciksun.. tak suka nampak menda2 pelik ni.
Deletemungkin nalaikat ...
ReplyDeleteatau ia memang makhluk Allah yang memang kita tidak akan tahu
mama setuju mr h
DeleteSeramnya! benda tu hanya sehelai kain putih ke tanpa ada rupa?
ReplyDeleteWallahualam. Walau apa pun ia, kalau tak kacau kita takpelah kan
ReplyDeletemakhluk allah ni ada bermacam jenis dan rupa. alhamdulillah dapat mama lihat satu
ReplyDeletePonti kuar waktu sianag ke erk...hahahahaha...takpe la asalkan dia x kacau adda kan...next time kalau nampak apa2 yang pelik biasakan jangan tegur...
ReplyDeletemcm bukan ponti kak... bend baik2 tu rasanya.. ok kak saya x tegur dah. tp mulut ni mmg suka sgt tertegur
DeleteSiang2 dia datang tegur ya haha.
ReplyDeleteFuh saya kalau once kawan cakap tak nampak memang saya terus kalut betul mama. mama ni hebat lah
ReplyDeletehaha .. bu kan hebat nad, bllur ada laa
Deletefuh mama, pagi pagi pun dia kacau ya, jemput singgah yaa cara buat video , Daftar Syarikat , silk screen printing
ReplyDeleteHanya Allah Maha Mengetahui apakah yang mama nampak tue..😊
ReplyDeletefuh... adakah polong? siang² pun dia menampakkan diri ek
ReplyDeleteuish tak tau pula mama polong tu cane kakmim
Delete