Review Korean Drama Flower of Evil

Review Korean Drama Flower of Evil. Baru berberapa hari lepas mama selesai tengok Drama Flower of Evil ni dan nampaknya sampai sekarang mama tak dapat move on lagi dari cerita ni. Mama tengok cerita ni sebab rating yang luar biasa dan walaupun pada mulanya rasa was-was juga disebabkan jalan ceritanya. Rupanya dari episod satu dah buatkan cerita ni menarik dan macam-macam perkara dah terjadi walaupun masih di episod 1. Review Korean Drama Flower of Evil. Mama bagi 10/10 rating. Baca ni juga [ Review Korean Drama Time Yang Kuat Main Emosi ]


Mama tengok cerita ni tanpa sebarang expectation, terkejut juga sebab permulaan dah adegan panas haha (ye la kan cerita ni tentang kehidupan suami iseri, nak cakap apa. adegan kissing2 je pun). Terkejut lagi bila tengok layanan mak ayah Hee Sung yang macam benci sgt dgn dia dan keluarga.  Selepas tu terkejut pula bila tengok si suami yang nampak perfect boleh kidnap kawan dia dan torture dengan ganas di basement rumah dia sendiri. Rupanya sampai ke episod last kita akan rasa macam-macam perasaan suspen, sedih, tertanya2 dan macam-macam. Tak sempat nak rasa boring tengok cerita ni. Mama ni memang bermasalah kalau tgk cerita macam ni sure sakit kecut perut semua..


Review Korean Drama Flower of Evil



Tajuk Drama: Flower of Evil 

Genre: Thriller, Psiko, Crime, Love, Melodrama

Episodes: 16

Tahun tayangan : 2020

Pelakon: Lee Joon-Gi (Baek Hee-Sung/Do Hyun Su), Moon Chae-Won (Cha Ji-Won), Jang Hee-Jin (Do Hae-Soo), Seo Hyun-Woo (Kim Moo-Jin).


Sinopsis Korean Drama Flower of Evil

Sebenarnya mama tak tau nak cerita macam mana sinopsis dia, takut jadi spoiler. Apapun cerita ni berkenaan dengan pasangan Hee Sung dan Ji Won yang telah berkahwin selama 14 tahun dan merupakan keluarga yang bahagia bersama anak mereka Eun Ha yang comel sangat. Ji Won adalah seorang detektif polis dan Hee Sung adalah metal craftman. Hee Sung adalah seorang suami yang perfect, pandai masak, gentle dan amat menyayangi keluarga sehinggalah Ji Won menyiasat kes pembunuhan yang mempunya modus operansi yang sama seperti kes serial killer 18 tahun lepas.


Bermula dari sini Ji Won mula perasan perwatakan suami dia mencurigakan dan lama kelamaan satu demi satu rahsia terungkai berkenaan dgn suami dia. Suami dia rupanya ada sejarah hitam dan trauma teruk yang ada masalah psychology disorder dimana dia tak dapat identify dan express perasaan dari segi emosi. Hee Sung rupanya bukan identitinya yang sebenar dan menjadi buruan polis kerana menjadi suspek pembunuhan bersiri bersama ayahnya, dan ini ada kaitan dgn kes yang Jiwon sedang siasat.


Daddy girl Eunha. Comel sangat Eunha ni sampai nenek dia yang tak suka dia pun hampir cair. Eunha juga lah antara sumber kekuatan untuk Hee Sung.

Cerita ni best sangat sebab plot memang tak dapat di duga. Kita tak dapat tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Kita akan lihat bagaimana Jiwon terasa seperti dikhianati suami sendiri dan bagaimana dia terima semula suami dia dalam apa jua keadaan dan identiti. So touching! Watak Hee Sung pula pada awalnya nampak macam baik, dan tiba2 kita pun akan jadi sangsi dgn watak dia sama ada dia betul-betul jahat atau tertanya2 apakah kisah sebenar dia.


Reunion dgn kakak Hyun So yang amat touching. Keluarga diorang ni memang complicated. Mak dia hilang masa dia kecil, ayah dia pembunuh bersiri, kakak dia pula ada juga terlibat dgn jenayah dan menyebabkan Hyun So berkorban demi kakak dia.


Reporter moo Jin dan kakak Hyun So. Watak-watak dalam cerita ni semua strong dan menarik



Hyun So ni memang langsung tak boleh nak express perasaan dia sampai dia belajar melalui youtube macam mana nak senyum etc. Dia sendiri pun tak tau sama ada dia sayang atau tidak isteri dia. Ni antara scene yang meruntun hati. First time Hyun So dapat merasa perasaan dan macam mana susahnya dia nak luahkan for the first time. Lagi tersentuh hati bila Jiwon convince suami dia yg perasaan cinta tu memang ada pada diri suami dia dan dia merasai cinta tu.


Drama ni menunjukkan bagaimana suatu hubungan boleh semakin kuat bila badai melanda. Walaupun banyak penipuan dan perkara terselindung tapi kepercayaan yang kuat dari pasangan sangat penting. 

Hugging scene. Suka tengok setiap kali diorang hug, nampak comfy sangat mungkin sebab diorang lebih kurang same size kot. Kalau mama dgn en suami nampaknye kena terapung dulu baru dpt peluk bahu dia haha. Tersentuh bila scene dimana Jiwon tak jadi break off dan monolog "I was all you had, even now I'm all you have,  I wish I could switch bodies for one day so you could feel how much I love you"


Mama tak reti nak cerita dah, korang tengoklah sendiri cerita ni. Memang main perasaan dan pada masa yang sama ada unsur suspen dan thriller. Cerita ni dibuat dengan begitu cantik. Setiap episod ada adegan flashback, dari situ kita akan tahu sejarah silam Hyun So dan bagaimana dia berkenalan dan bercinta dengan Jiwon. Tengok first episode debarannya rasa mcm final episod tau. Dan inilah satunya drama Korea yang buat mama bercakap dgn TV haha.. OST dia best juga dilayan. Paling terkejut bila org jahat sebenar revealed. memang tak sangka.

Cerita ni buat mama rasa lebih menghargai keluarga mama. Jalan cerita memang best, pelakon semua hebat especially watak2 utama dan anaknya eun ha tu comel sangat. Ending dia bittersweet tapi mama percaya dgn keluarga ni tentu akan dapat balik kebahagian mereka seperti asal nanti. Ni first time mama tengok cerita org yg dah kahwin, selalu kan baru nak bercinta. Tapi cerita ni memang sangat menarik dan nampak macam diorang berjumpa semula dan refresh balik cinta diorang. 

Sesapa yang dah tengok cerita ni komen sket..



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

31 Comments

Words of wisdom

  1. Belum tengok lagi mama. Haritu ada nampak tapi belum ready nak tengok drama korea hehe.

    ReplyDelete
  2. su setuju mama!memang feeling betul tengok cerita, saspennya, sedihnya, seramnya, semualah! paling sedih masa Hyun Soo dengan kakak dia reunite

    ReplyDelete
    Replies
    1. su dah tgk.. best sangat kan. tak tau mama nak cerita semuanya kat sini hiihii

      Delete
  3. Jiwon maafkan suami dia itu ya di akhir cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal2 je jiwon sangsi dgn husband dia, pertengahan dia dah accept dah husbang dia dan akhirnya dia fight sama2 dgn hubby dia. that true love

      Delete
  4. best cerita ni. cida suka tengok anak mereka. comelll

    ReplyDelete
  5. Oh! cerita ni di awal-awal tayangan dulu Mrs. A tengok dah memang suspen selalu adegannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul mrs A, sakit perut mama tgk sepanjang menonton

      Delete
  6. Ada dekat Netflix dah ke? sy nak tengok kalau ada hehehe macam best jer Mama review

    ReplyDelete
  7. Tak dan nak tengok lagi sebab sekarang ni tengah drama marathon Penthouse 2😂

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tengok lagi drama ni. Jalan cerita macam menarik.

    ReplyDelete
  9. Selamat menonton mama...abe kie cuma minat filem korea je sbb sukar tumpukan perhatian kpd drama yg berepisod.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq abe.. mama pun baru terjebak drama korea ni..

      Delete
  10. best drama ni. memang emo la malayan cerita dia..haha

    ReplyDelete
  11. saya jarang layan drama Korea, tapi bila baca review mama ni rasa nak tengok pulak. suka cerita yang unpredictable.

    ReplyDelete
  12. Review yang menarik. Jadi pengen nonton drama korea lagi. Setelah sekian lama sibuk sama pekerjaan. Terima kasih.

    ReplyDelete
  13. Tengok 2 episode baruuuuu, nanti boleh la sambung tengok balik lepas ni hehehe.

    ReplyDelete
  14. adegan panas memang perkara biasa.

    boleh dilihat tetapi jangan dihayati.

    dosa memang ada la tapi memang dah begitu cerita yang bukan Islamik hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama ni walaupun dah berkahwin tapi segan tgk adegan kissing2 huhu

      Delete
  15. mesti nangis kan tengok citer ni...alaaa....kena sediakan tissue la kalau mcm ni...sinopsis menarik...ishhh banyak citer best ni acaner ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata menangis ada lah juga scene yg buat kita sedih. tapi cerita ni pada saya main emosi byk. kalau nak nangis sebesen macam saya tgk cerita TIME kak

      Delete
  16. Masa dia mula ditayangkan dulu, sangkut kat ep.1 sebab rasa berat sangat. and sekrang dia tgh ditayangkan di tv3. rasa macam ah.. kena tengok la juga. Lee Jun Ki kot. Haha

    ReplyDelete
  17. Dah tengok. Antara fav kdrama ana tahun ni. Berat dan suspense tp best.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post