Selidik Setiap Cerita Elakkan Fitnah

Selidik Setiap Cerita Elakkan Fitnah. Sebagai seorang blogger sebolehnya mama ingin memberikan cerita yang benar dan bukannya fakta palsu. Bukan apa.. kerana setiap perkataan yang kita share ni boleh memberikan kebaikan atau juga boleh membuatkan kita mendapat dosa. nauzubillah. Salam hari Jumaat penuh keberkatan. Semoga sharing ni dapat memberikan sedikit knowlegde dan peringatan buat mama.


Selidik Setiap Cerita Elakkan Fitnah




عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ  أَنَّهُ سَمِعَ النَّبيَّ ﷺ يَقُولُ: إنَّ الْعَبْد لَيَتَكَلَّمُ بِالكَلِمةِ مَا يَتَبيَّنُ فيهَا يَزِلُّ بهَا إِلَى النَّارِ أبْعَدَ مِمَّا بيْنَ المشْرِقِ والمغْرِبِ

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda : “Seorang hamba apabila dia bercakap tentang satu perkataan yang dia sendiri tidak selidiki (akan kebenarannya), maka dia akan tergelincir ke dalam neraka yang jauhnya adalah sejauh arah timur dan barat.” (HR Bukhari No: 6477) Status: Hadis Sahih

Kesimpulan hadith:

1. Setiap yang kita ucapkan mahupun yang kita tulis dan sebarkan pastikan yang benar bukan fitnah atau berbentuk umpatan.

2. Sesiapa yang bercakap mahupun menulis sesuatu yang tidak diselidiki akan kebenarannya boleh menyebabkan ia tergelincir ke dalam neraka. 3. Al-Qastalani menjelaskan sebagai kalimah atau ucapan tanpa berfikir akan keburukan natijah hasil percakapan tersebut. (Lihat Irsyad al-Sari, 9/274) 4. Akhir zaman menyaksikan begitu banyak fitnah dan penipuan berleluasa. Ada pihak yang menuduh tanpa bukti yang kukuh dan ada pihak yang begitu dangkal mempercayai berita yang tiada pucuk pangkalnya. Allah SWT memberikan amaran kepada sesiapa yang suka bercakap tentang perkara yang tidak diketahui kebenarannya. Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلَّذِينَ جَآءُو بِٱلْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ
“Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu.” Surah Al-Nur (11)

Ibn Kathir menjelaskan maksud Firman Allah SWT, “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta,” iaitu dengan dusta, fitnah dan umpat keji. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/25) Moga Allah memelihara kita dari begitu mudah memperkatakan atau mentularkan sesuatu perkara yang diterima tanpa diselidiki. Ia boleh menjerumuskan seseorang sama ada kepada fitnah mahupun umpatan. Akhirnya akan dicampakkan kedalam neraka.


Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor,


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

17 Comments

Words of wisdom

  1. Terima kasih perkongsian indah ini.

    ReplyDelete
  2. peringatan yg sangat diperlukan... lagi-lagi zaman fitnah skrg

    ReplyDelete
  3. salam Jumaat mama. Kena berhati-hati bila menulis. nak elakkan fitnah, kita cerita sajalah pasal diri sendiri

    ReplyDelete
  4. Betul tu.. Setiap berita yang kita terima perlulah kita tabayyun terlebih dahulu..

    ReplyDelete
  5. Betul tu, tak pasti jangan kongsi la kiranya sebab takut jatuh fitnah kannn.

    ReplyDelete
  6. dalam zaman media sosial begini ...leverage untuk dapat dosa sangat luas.

    jangan lupa ...untuk pahala juga banyak.

    ReplyDelete
  7. Setuju dengan share mama ni. Saya pun skrg ambil pendekatan untuk cerita apa yang saya lalui sahaja. Dah tak berani nak share benda yang tak pasti. Begitu juga dengan komen2
    Selamat berhujung minggu mama

    ReplyDelete
  8. thanks Adda atas perkongsian...kalau x pasti jangan kongsi kan

    ReplyDelete
  9. Betul tu,tak pasti jangan sebarkan.

    ReplyDelete
  10. In syaa Allah. Terima kasih ingatkan.

    ReplyDelete
  11. Simple - tak sahih jangan kongsi. Kan kak?

    ReplyDelete
  12. Semoga kita dapat elakkan perbuatan keji ini..

    ReplyDelete
  13. sebagai peringatan utk diri mama juga

    ReplyDelete
Previous Post Next Post