Assalamualaikum semua. Salam hari Jumaat semoga kita sentiada dalam keberkatan dan perlindungan Allah. Harini mama nak share tentang taqwa. Mari kita sama-sama bermuhasabah.. Apa itu taqwa?
Bertaqwa Walau Dimana Berada
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmizi, No: 1987) Status: Hadis Hasan Sahih
Kesimpulan hadith:
1. Taqwa kepada Allah SWT merupakan kewajipan setiap Muslim dan menjadi benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
2. Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari atau melakukan kejahatan atau maksiat. Antaranya beristighfar, bersedekah dan sebagainya.
3. Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa, membunuh, memakan riba, meminum arak dan selainnya tidak akan terhapus kecuali dengan taubat nasuhah.
4. Setiap Muslim hendaklah bersungguh-sungguh menjauhi amalan kejahatan dan memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghias diri dengan akhlak terpuji.
Marilah bertaqwa walau dimana kita berada.
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor,
terima kasih atas perkongsian mama =)
ReplyDeleteTerima kasih. Insya Allah.
ReplyDeleteTerima kasih, peringatan ini..
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan
ReplyDeleteperkongsian menarik, thanks mama
ReplyDeleteGood sharing Adda.. terima kasih..
ReplyDeletetq sharing mama :)
ReplyDeletetq sudi baca sharing mama semoga bermanfaat buat kita semua
ReplyDelete