First Time Makan Miang Pla Pao ft. Resepi Miang Pla Pao. Mama tak pernah dengar makanan nama Miang Pla Pao sebelum ni tau. Alkisah kat office kitaorang ada grup whatsapp mini mart. Kat situlah pelbagai jual beli ada. Satu hari ada dijual Miang Pla Pao ni dan mama pun pada mulanya rasa pelik sebab tengok makanan ni xde nasi. Makan dengan suhun je.. Setelah fikir beberapa kali mama pun order jugalah.
Mudah aje cara nak buat Miang Pla Pao ni. Kat bawah ni mama ada copu resepi. Next time boleh buat sendiri je.
Resepi Miang Pla Pao
Bahan-bahan
- Suhun atau bihun
- Ulam-ulaman (salad, timun, tomato)
- Ikan talapia
Bahan- bahan sos hijau
Bawang putih 5 ulas
- Cili padi. Guna yang hijau 30 biji baru padu
- Sos ikan
- Limau nipis
- Daun ketumbar dan akarnya
Cara-cara membuatnya;
Suhun atau bihun direbus
Ikan:
1. Kelar sikit ikan tilapia di kedua-dua sisi.
2. Lumur garam sikit. Goreng atau bakar. Terpulang nak garing ke tidak.
*Jika dibakar, tidak perlu dibuang sisiknya.
Sos hijau:
Blender semua bahan sos. Masukkan sedikit air. Blender agak-agak lumat. Masukkan dalam mangkuk. Tambah garam dan gula ikut selera masing-masing. Hiris daun ketumbar tabur dalam mangkuk.
Susun semuanya ulam, suhun atau bihun dan ikan dalam pinggan.
Siap! Selamat mencuba.
Sumber: @sitieyluezia
wahh... ikan talapia banyak kat kolam ni.. boleh la ambil order nanti..hahaha
ReplyDeletenanti buat pastu pos shah alam tau
Deletesimple resepi tapi nampak sedap ikan goreng makan dengan sos miang pla pao tu :)
ReplyDeletesaya pun baharu tahu tentang miang pla pao
ReplyDeleteHari tu pernah makan sekali je. Ada orang jual. Gabungan yg unik dan rasa pun boleh tahan la juga.
ReplyDeleteAda nampak orang jual makanan ni tapi tak pernah beli lagi.
ReplyDeleteRabia tak pernah makan lagi
ReplyDeleteOrang Thailand dan vietnam memang suka makan suhun kot. Sebab tu agaknya diorang kurus.
ReplyDeleteKalau akak makan ni je..x yah makan nasi...kenyang sampoai petang
ReplyDeletesaya tak kenyang kak makan ni.. kiki lepas makan ni cari kuih lain pula
Deletetak penah makan ni & tak penah nmpk orang jual. tengok resipi tu macam senang je nak buat, boleh lah cuba.
ReplyDeleteramai juga yg tahu miang pla pao ni kan .. mama je first time rasa..
ReplyDelete