Assalamualaikum semua. Sudah bertemu hari Jumaat semula kita kan. Alhamdulillah masih diberi peluang. Mama memang sibuk minggu ni, sibuk dengan kerja dan juga urusan peribadi. Doakanlah mama dipermudahkan urusan ye. Sambil tu mama nak share berkenaan Jangan Meremehkan Kebaikan Kecil. Semoga menjadi peringatan buat mama dan kita semua.
Jangan Meremehkan Kebaikan Kecil
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ
"Daripada Abu Dzar, Rasulullah bersabda: Jangan sekali-kali kalian menganggap remeh suatu kebajikan meskipun hanya berupa keceriaan wajah ketika bertemu dengan kawanmu"
-HR Muslim No 4760. Status: Hadis Sahih
Kesimpulan Hadith
1. Setiap amal baik walaupun kecil, tetap mendapat ganjaran di sisi Allah
2. Berwajah ceria atau senyum apabila bertemu sahabat adalah antara amal kebaikan yang dituntut
3. Sikap ceria, senyum, gembira dan bertutur dengan kata-kata yang baik ketika berinteraksi dengan orang lain adalah suatu tuntutan akhlak Islam.
4. Penampilan wajah yang ceria ketika bertemu dapat mewujudkan ikatan ukhuwah sesama muslim.
5. Jangan memandang remeh perkara yang mungkin kecil tetapi memberi kesan dan ganjaran yang besar.
Jadikan senyuman itu sedekah
Sumber: 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor,
Terima kasih berkongsi ilmu pada hari ini
ReplyDeleteSalam jumaat kak
Semoga dipermudahkan segala urusan kak
tersenyum dengan sesama orang lain pun dah dapat pahala kan, beristigfar tanpa kita sedar pun dh dpt pahala...
ReplyDeletebetul dana
DeleteSalam Jumaat MP.
ReplyDeleteDidoakan urusan berjalan lancar.
Benarlah tu umpama ucapan birthday jugalah walaupun sekadar ucapan ringkas di FB tapi kita yang dapat ni dah happy sangat hiks!
how true mrs A, happy kan walaupun ucapan kat fb jer
DeleteTerima kasih perkongsian nya
ReplyDeleteHaah kadang-kadang lupa senyum apabila larut dalam masalah.
ReplyDeleteKecil di mata manusia tapi mungkin besar disisi Allah. Bukan kerja kita nak hakiki besar atau kecil kan...
ReplyDeleteGood sharing Adda.. terima kasih..
ReplyDeletesemoga bermanfaat untuk kita semua
ReplyDeleteBuat perkara baik tanpa mengira besar atau kecil
ReplyDelete