Kisah Mistik 4: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Orang Takde Kepala). Minta maaf ye kengkawan mama tak sempat nak blogwalking sangat beberapa hari ni sebab sibuk. Ada company audit this week. Tak keruan dah mama. Lama tak update tentang kisah mistik mama. Seronok pula share dengan korang hihi.. Kali ni mama nak share pengalaman masa mama masih kanak-kanak lagi. Ia berlaku di rumah kampung arwah nenek mama.
Kisah Mistik 4: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Orang Takde Kepala)
Ni kucing ye, bukan orang (gurau aje hihi..) gambar hiasan aje..Ayah mama seorang tentera dan kami selalu berpindah randah. Antara tempat yang kami penah tinggal dulu di Sungai Besi dan Kuala Lipis Pahang. Masa kejadian ni mama tak berapa ingat mama duduk di KL atau Pahang. Kalau tak silap mungkin Pahang kut. Kami sekeluarga pulang ke kampung dan semua keluarga besar kami ada di rumah tu. Rasanya masa tu ada kenduri kahwin makcik mama.
Bila dah berkumpul ramai-ramai ni tentulah bila waktu tidur kita akan tidur bersepah kan. Orang-orang dewasa tidur di bilik-bilik dan juga ruang tamu dan kami yang budak-budak ni semua tidur kat beranda rumah.
Beranda rumah kampung kami ni dulu takde dinding dan ruangnya pun tak besar mana. Boleh memuatkan 1 sofa dan meja kopi je. Masa kami tidur tu beranda dah dipasang dinding tapi ruangnya masih kecil juga. Kedudukannya di hujung rumah yang berbentuk U separuh. Haa korang boleh imagine ke. Mama pun tak reti nak cerita.haha..
Kami tidur bersusun sebelah menyebelah. Mama tidur paling tepi sekali berdekatan pintu. Memang hampir sangat dengan pintu, Kalau tidur lasak dan pintu terbuka, memang jatuh ke tangga la jawabnya.. Tangga tu dan rumah tu pun ada kisahnya juga tau hihi. Malam tu tetiba mama terjaga. Dalam remang-remang cahaya lampu pelita mama ternampak ada sesuatu di hujung kaki mama. Mama perati dan kecilkan mata untuk fokus menda tu.
Mama pandang dia bermula dari badan ke atas. Nampak dada dia bidang dan sasa. Berkulit sawo matang. Badan makhluk tu sasa macam pendekar zaman dulu. Bila diamati alangkah terkejutnya mama lihat bahagian bahu dia saja yang ada. Leher dan kepala dia takde. Dia berkain pelekat dan tidak berbaju. Bahagian kaki dia tak nampak, Bila dilihat bahagian bahu dia, memang rata, tiada leher dan kepala. Dia menghadap mama dengan tangan berpeluk tubuh.. Ntah kenapa mama dapat rasakan dia tengah pandang mama. Huhuu seramnya.
Lepas tu apalagi, mama terus berpusing dan peluk sepupu mama di sebelah mama. Mama selubungkan badan dengan selimut dan kekal macam tu sampai tertidur semula.
Itulah kisahnya.
Mama pernah cerita kat sini Kisah Mistik 2: Bila Awak Sorang Aje Nampak Menda tu (Perempuan Cantik di Sebelah) yang mama ada fobia bila tidur di tempat baru atau tempat yang tak biasa mama tidur. Sebenarnya kisah ni juga antara penyebab mama agak fobia tidur tempat baru. Sebab sudah terjadi beberapa peristiwa bila mama terjaga dari tidur dan nampak perkara yang tidak sepatutnya. Dari kecil lagi mama macam ni. Masa mama dalam umur 6 tahun mama pernah nampak cahaya yang bergerak2 dan panggil nama mama bertalu-talu. Sebab tu everytime tidur di hotel mama akan try cari side yg "selamat" dan pastikan mama tidur dulu dari orang lain. Tapi most of the time memang mama susah nak lena tidur dan kerap terjaga. Huhuu.. Tapi ada juga tempat yg sangat aman dan mama tidur dgn rasa selamat sangat.. contohnya masa di hotel di pangkor, redang dan beberapa tempat lagi
adoi seram nya mama, mujur mama tak jerit ye..
ReplyDeleteAlamak....kalau akak la..lari masuk rumah...x kisah la tido kat mana dalam rumah..x naka de tido kat beranda...hahaha....
ReplyDeletehihi beranda tu dah ada dinding kak, dh mcm dalam rumah juga la
Deleteseram sangat la cerita ..tak mampu baca habis.
ReplyDeletetak saya gurau sahaja
Seram jugakkkk
ReplyDeletemmg seram mama kalau saya pun rasanya bukan peluk..jerit dah huhuhuu
ReplyDeleteMak ai terbaca memalam lah pulak..
ReplyDeletebaca tajuk pun dah seram haha
ReplyDeleteish mama kena mandi bunga ni huhu
ReplyDeleteSeram. Saya pula pernah nampak wajah menyeramkan di tepi tingkap dekat kawan saya tidur. Huhu nasib baik saya tidak tidur tepi tingkap.
ReplyDeleteerk ngerinya, ceritalah sikit mcm mana rupanya tu na
DeleteAda org mmg gifted dpt tengok benda2 ghaib ni. Berani dgn tak je
ReplyDeletekalau dia x kacau xpe ammi, kalau dia kacau kita alamak risau tu
DeleteSeramnya, kalau saya dah berlari cari mak utk peluk
ReplyDeletemama ni kalau takut jenis tak jerit atau lari. mama akan diam aje, nanti "dia" tau yg kita nampak dia. eee tu lagi seram pada mama
ReplyDelete