Muflis Di Akhirat

Muflis Di Akhirat. Assalamualaikum dan salam hari Jumaat penghulu segala hari. Sebagai seorang Islam setiap hari kita berusaha menjadi lebih baik dari hari sebelumnya dan kita berusaha mengumpul pahala sebanyak mungkin dengan harapan agar kita mampu mengelak dari azab kubur dan menjadi ahli syurga. Mama doakan semua yang sedang membaca menjadi ahli syurga tanpa hisab. Amin.. Jom baca perkongsian ni. Baca juga


Muflis Di Akhirat


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ  أتَدْرُونَ مِن الْمُفْلِسُ قَالُوا الْمُفْلِسُ فِينَا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ لَا لَهُ دِرْهَمَ وَلَا دِينَارَ وَلَا مَتَاعَ قَالَ الْمُفْلِسُ مِنْ أُمَّتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ يَأْتِي بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ عِرْضَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُقْعَدُ فَيَقْتَصُّ هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ


Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: 

"Tahukah kalian siapakah yang disebut dengan orang yang muflis?" Para sahabat menjawab; "Orang yang muflis menurut kami wahai Rasulullah, adalah orang yang tidak punya dirham dan dinar serta harta benda." Baginda bersabda: “Seorang muflis daripada kalangan umatku ialah seorang yang datang pada hari Kiamat dengan pahala solat, puasa dan zakat, namun (pada masa yang sama) dia juga membawa dosa mencela orang ini, menuduh orang itu, memakan harta orang ini, menumpahkan darah orang itu dan memukul orang ini (dan seumpamanya), lalu diberikan kepada orang ini sebahagian daripada pahala-pahala kebaikannya dan diberikan kepada orang itu pula sebahagian pahalanya, hinggalah akhirnya habis pahalanya namun belum lagi terbayar dosa-dosa yang tertanggung atasnya, lalu diambil dosa-dosa mereka tadi dan ditompokkan ke atasnya hingga akhirnya dia dihumban ke dalam neraka (kerana banyak dosa)” \

(Musnad Ahmad No: 8062) Status: Hasan Sahih


Kesimpulan hadith:

1.  Orang yang muflis di akhirat bukan kerana tidak memiliki wang ringgit serta harta semasa di dunia.

2.  Orang yang muflis di hari kiamat pada awalnya datang dengan pahala  hasil amal ibadat semasa di dunia (pahala solat, puasa, zakat dan amal solleh yang lain) namun pahalanya habis kerana terpaksa membayar hutang pada orang  lain. 

3.  Muflis kerana pahala yang ada terpaksa membuat bayaran hutang dosa  yang dilakukan semasa di dunia antaranya dosa mencela, menghina, menuduh, menyebarkan berita palsu, mengumpat dan memfitnah orang lain sama ada melalui lisan mahupun tulisan sehingga habis segala pahalanya. 

4.  Muflis juga disebabkan pahala yang ada akhirnya habis kerana terpaksa membayar hutang yang belum dijelaskan semasa didunia seperti mengambil harta orang lain, mencederakan serta menumpahkan darah tanpa hak.

5.  Muflis kerana pahala yang ada telah habis, sedangkan hutang dosa dengan orang lain masih ada. Akhirnya terpaksa menanggung dosa orang lain.


Semoga kita semua tidak menjadi MUFLIS di akhirat nanti.


Sumber: Telegram 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. Ya Allah , tiada lain memohon kerahmatan atas semua amalan ..Semoga apa juga amalan kami diterima Allah dan menjauhi yang salah..

    ReplyDelete
  2. terima kasih mama..atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. Huh.. Nauzubillah.. Semoga kita dijauhkan dari keadaan muflis di akhirat nanti.. seram pulak..

    ReplyDelete
  4. Itulah takut pahala tidak diterima dan diberi pada orang lain.

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas peringatan mama. Buat baik sesama manusia tu sama pentingnya dengan melakukan amalan soleh lain kan. Semoga kita dijauhkan dari muflis di akhirat

    ReplyDelete
  6. Terima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat ini mamapp.

    ReplyDelete
  7. semoga kita semua dipermudahkan segala urusan d akhirat kelak

    ReplyDelete
  8. Aamiin Ya Rabb.. terima kasih kongsi entri nie Adda..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih mama atas perkongsian yang memberi manfaat ini.

    ReplyDelete
  10. ramai yg takut muflis di dunia pd hal muflis di akhirat lg menyeramkan

    ReplyDelete
  11. semoga kita menjadi org yg kaya raya diakhirat nanti aminn

    ReplyDelete
Previous Post Next Post