Tolong Alert! Appointment Dose Booster Dalam MySejahtera

Korang tahu tak yang booster dose untuk Covid-19 dah mula diberikan kepada frontliner dan golongan berisiko seperti orang-orang tua. Adik mama seorang frontliner dan kawan-kawan dia dah mula dapat booster dose minggu ni. Mama nak pesan kat korang Tolong Alert! Appointment Dose Booster Dalam MySejahtera  especially kepada yang ada ibu bapa, tolong lah check mySejahtera diorang.



Semalam nyaris bapa mertua mama terlepas booster dose dia tau. Dah lama tak tengok dalam MySejahtera apps dia dan tetiba petang Khamis aritu dia terima panggilan dari Klinik yang memaklumkan tentang booster dose yang sepatutnya diambil pada pukul 10.30 pagi.


Kepada sesiapa yang ada masalah kerosakan iPhone, korang boleh ke https://chamo.my di Seri Kembangan. Untuk maklumat lanjut, berikut adalah details Chamo:

Chamo Phone Repair Specialist
No Telefon: 017-282 8089
Alamat: 118-1, Jalan PUJ 3/2, Taman Puncak Jalil, 43300 Seri Kembangan, Selangor




Keadaan di klinik. Alhamdulillah walaupun terlepas time tapi klinik masih menerima kunjungan untuk hari itu. Maka, selamat dah pak mertua mama terima dose booster malam tu. Booster dose adalah dari Pfizer. 

Sebab tu mama nak pesan kat korang semua.. sila check MySejahtera ibu bapa kita. Dose booster dah mula diberi tau. Semoga dengan dose booster ni akan menjadi asbab terlindung dari virus Covid ni dan badan menjadi lebih kuat untuk melawan virus ni..


Ni berita bertarikh 10/10/2021 dari Astroawani.

Pemberian dos ketiga dan penggalak akan mula diberikan kepada petugas barisan hadapan dan golongan berisiko tinggi bermula minggu hadapan.

Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) memberi kelulusan bersyarat bagi pemberian dos penggalak (booster dose) vaksin COVID-19, Pfizer BioNTech, bagi golongan berusia 18 tahun ke atas.


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Ok nanti suruh mak dan abah tengok.
    Nasib baik klinik itu telefon ya bagitahu. Kalau tidak sampai sudah tidak tahu.

    ReplyDelete
  2. Oo..dah terus update dalam mysejahtera ke. Ok²

    ReplyDelete
  3. Family ammi takde yg dpt pfizer

    ReplyDelete
  4. Biasanya dpt notis melalui sms gak. Kena peka la ni. Thanks mama...

    ReplyDelete
  5. alhamdulilah saya dah dapatkan booster ni.

    ReplyDelete
  6. Doakan semoga ayah sy dipermudahkan cucuk booster utk kami sekeluarga dapat menunaikan umrah nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin semoga mendapat umrah yg mabrur.. mama doakan semuanya dipermudahkan ye

      Delete
  7. Di doakan semoga semuanya baik-baik aja untuk semua yang cucuk booster nie nanti.. Aamiin Ya Rabb..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih mama. Kita pun dapat vaksin Pfizer jugak. Lepas ni kena alertlah tengok MyS.

    ReplyDelete
  9. Alamak..nak kena pi tengok ni...lupa la...

    ReplyDelete
  10. vaksin booster adalah pfizer .. kena start check dlm mysejahtera dah kot2 keluar appointment ni utk kita atau mak ayah kita kan

    ReplyDelete
Previous Post Next Post