Travel Secara Tak Sengaja

Laa.. Dah kenapa mama ni terTravel Secara Tak Sengaja? Sebenanryn sejak 2 minggu lepas mama sangat sibuk dengan kerja-kerja di office sebab ada recertification audit. Dalam kesibukan tu bapa mertua mama yang berumur 81 tahun ada suarakan hasrat untuk ziarah adik-adiknya di kampung bila sudah boleh merentas negeri nanti. Mama pun rasa amat pelik sebab selalu mama ajak balik Johor dia langsung taknak ikut. Ini tetiba membuat permintaan macam ni memang la mama tak boleh ignore.


Alkisah tetiba last week PM kita umumkan sudah boleh merentas negeri. Dan pada masa yang sama mak mertua mama pula bagitahu nak ikut balik Johor kalau mama nak balik kampung. Mama yang langsung takde keinginan nak merentas negeri lagi ni tetiba membuat plan drastik bersama adik ipar untuk balik ke Johor demi menunaikan permintaan mak abah mertua mama. So, masa sibuk audit, mama dan adik ipar mama pun sama-sama sibuk berbincang dan akhirnya, kami terus decide balik Johor keesokkan harinya. selepas audit mama selesai. Alhamdulillah audit berjaya tanpa sebarang finding.. Mama suka travel sebab suka cuci mata tengok kontraktor buat rumah atau hotel yang cantik-cantik.


Betul-betul Merentas Negeri

Sejak hari Khamis lepas mama betul-betul telah merentas ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Setiap negeri ada aktiviti yang kami buat. Dan semalam hari Selasa baru kami balik ke Shah Alam. 6 hari travel you! Mama sendiri pun tak plan lama macam ni.


Johor

Hari Khamis-Jumaat kami berada Di JB. Kami bermalam Di KSL Esplanade dan malam tu kami visit makcik Di Kempas.  Keesokkannya  Kami ke Puteri Harbor Sebelum berangkat ke Kluang. Baca ni Puteri Harbour Tempat Best Ambil Gambar di Johor Bahru


Puteri Harbor


Di Kluang sempat kami visit makcik mama yang sudah tak berapa sihat. Baru tahu dia tak sihat dah kurus kering bila visit dia macam ni. Sempat juga jumpa cucu sedara baru yang berumur 1 tahun 7 bulan buat pertama kali. Kami bermalam di Kluang hari tu.

Keesokkan harinya kami singgah di Batu Pahat ambil kerepek pisang order dgn sedara dan terus singgah menyinggah rumah sedara2 sepanjang jalan ke Muar. Sabtu malam ahad mama todur di rumah mama di kampung.

Rindu mak ayah.. semoga Allah mrncucuri rahmat ke atas mereka


Melaka

Ahad-Selasa kami berada di Melaka. Sebelum bertolak sempat mama menziarahi kubur mak dan ayah mama. Rindu tak terkata. Selepas tu kami makan asam pedas JJ dan terus ke Melaka dan singgah di rumah pakcik.

Pada asalnya kitaorang nak balik malam tu juga tapi driver2 dah letih especially husband mama yg todur lewat pagi Dan sambung buat kerja office. So Kami decide bermalam di Melaka. Disebabkan dah xde baju sempat juga la mama basuh satu luggage bag pakaian di kedai dobi layan diri (sanggup kan haha)

Keesokkannnya hari Isnin, kami pergi ke rumah pakcik dan masa nak balik dah ni tapi tetiba adik mama kata nak bagi anak2 mandi pantai alang2 dah sampai Melaka. Makanya terus pula kami ke Pengkalan Balak dan bermalam di sana pula.

Pengkalan Balak


Negeri Sembilan

Selasa yiaitu semalam selepas checkout chalet maka mama dah bgtau sesiap kita kena balik juga ke Selangor. Maka bertolaklah lah kami pulang. tapi ehh tersinggah kenegeri sembilan restoran Dayang Salai D Linggi pula utk lunch. Lepas tu barulah kami betul2 balik haha..

Dayang Salai D Linggi


Sekali tengok dah macam orang nomad dah kitaorg ninkan.. Tapi Alhamdulillah syukur kesemua destinasi kami dipermudahkan. Travel kami berjalan dengan lancar walaupun dah serupa macam orang nomad dah gayanya hihi. Pak mertua mama pun tersangat happy tak berhenti dia bercakap dalam kereta macam budak gayanya. Nanti mama cerita kemana kami singgah ye. Banyak hotel, homestay dan tempat makan yang kami singah tau. Cuma kebanyakan tempat makan tu mostly kami take away aje, New norm kan.. Harini mama datang kerja betul-betul dengan semangat baru. Keleteihan selama 2 minggu terus hilang. Over productive mama harini alhamdulillah syukur.


Semalam dan harini kami semua buat swab test alhamdulillah semuanya negative.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

15 Comments

Words of wisdom

  1. Mak saya macam Mama jugak, kalau orang tua-tua cakap teringin nak pergi mana-mana mesti nak lekas tunaikan permintaan. Lama tu cuti, baguslah lepas penat bekerja. Lepas rindu pada saudara-mara yang dah lama sangat tak jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la akan bila org tua minta mmg kena tnaikan supaya takde rasa ralat kalau jadi apa2

      Delete
  2. Bestnye travel... seronok dpt merentas kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok bonde.. rasa macam terlepas kandang haha

      Delete
  3. Hehe sekali dapat berjalan terus 6 hari rentas 3 negeri.
    Nasib baik kemudahan dobi layan diri ada. Senang sebenarnya balik tidak banyak baju kena basuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai rumah luggage baju kotor dah penuh balik Na.. kena basuh sampai 2 round baru setel hihi

      Delete
  4. Balas dendam betul ni mama hehe...
    Dapat bayangkan betapa meriahnya perjalanan mama & keluarga, singgah sana singgah sini :)

    ReplyDelete
  5. Pengkalan Balak..kampung suami ammi tu

    ReplyDelete
  6. testing..testing..komen kali ni nampak tak?

    ReplyDelete
  7. wahhhh..sakan...haha..betul2 balas dendam ni rentas negeri sampai 3 negeri..haha

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat pergi bercuti ini. Saya betul betul merentas ni boleh bila start kelas haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post