Adakah Hingus Kucing Najis?

Adakah Hingus Kucing Najis? Sesiapa pencinta kucing tentu pernah mengalami masalah kucing yang bersin ni kan. Mama sendiri dulu ada beberapa kucing yang kerap bersin sampai hingus terkeluar2. Eee geli la.. Rasanya masalah resdung kot. Kali ni mama nak share tentang Hukum Adakah Hingus Kucing Najis?


Adakah Hingus Kucing Najis?

Mari kita lihat jawapan dari Mufti Wilayah Persekutuan ni.

nyiau comel

JAWAPAN: 

Cecair hingus haiwan yang diyakini bukan keluar daripada perut dihukumkan suci mengikut hukum  kategori haiwan.  Sekiranya haiwan tersebut suci, maka cecair hingus tersebut dihukumkan suci. Justeru itu, peluh, air liur dan hingus kucing adalah suci.


Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat

Status cecair   yang keluar daripada haiwan yang suci adalah suci melainkan diyakini ia keluar daripada perut. Penyataan ini dijelaskan oleh Imam al al-Nawawi:

فرع في المنفصل عن باطن الحيوان هو قسمان أحدهما ليس له اجتماع واستحالة في الباطن وإنما يرشح رشحا والثاني يستحيل ويجتمع في الباطن ثم يخرج فالأول كاللعاب والدمع والعرق والمخاط فله حكم الحيوان المترشح منه إن كان نجسا فنجس وإلا فطاهر والثاني كالدم والبول والعذرة والروث والقيء وهذه كلها نجسة من جميع الحيوانات مأكول اللحم وغيره

Cecair yang terpisah daripada bahagian dalaman haiwan terbahagi kepada dua. Pertama, cecair yang tidak mengalami proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut. Cecair tersebut hanya sekadar meresap keluar sahaja. Kedua, cecair yang mengalami proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut kemudiannya cecair tersebut keluar. Contoh cecair jenis pertama ialah air liur, air mata, peluh dan hingus, maka hukum dari cecair jenis ini berdasarkan kepada hukum haiwan yang mengeluarkan cecair tersebut. Jika haiwan tersebut dihukumkan najis, maka cecair tersebut najis. Sebaliknya, jika keluar daripada haiwan yang suci, maka cecairnya juga dihukumkan suci. Contoh cecair jenis kedua ialah darah, kencing, tahi dan muntah. Kesemuanya (cecair jenis kedua) dihukumkan sebagai najis tidak kira sama ada ia keluar daripada haiwan yang boleh dimakan atau tidak” (Rujuk Raudhah al-Tolibin, 1/16). 

- Al-Nawawi, Muḥyī al-Dīn Yahyā bin Sharf (1991), Raudhah al-Tolibin, Wa Umdatun Muftin, Beirut: Maktabah Islami. Jld. 1 p: 15

 

Kesimpulan:

Kesimpulannya, berdasarkan pandangan fuqaha mazhab syafie yang dikemukakan, hingus haiwan yang diyakini  bukan terhasil  daripada proses pengumpulan dan perubahan di dalam perut adalah suci mengikut hukum haiwan yang suci. Justeru itu, air liur, peluh dan hingus  kucing  dihukumkan suci kerana kucing adalah haiwan suci.

 

Walaupun suci, tapi kalau mama still la kita bersihkan sebab nampak kotor walaupun secara lahiriah kan. 

Sumber: Mufti WP

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

10 Comments

Words of wisdom

Previous Post Next Post