Apakah Hukum Makan Telur Tanpa Di Basuh. Mama percaya kita semua tentu mencuci telur sebelum dimasak kan. Tertanya juga Apakah Hukum Makan Telur Tanpa Di Basuh? Especially jika telur itu nampak bersih, tanpa najis di luar kulitnya.. Mari sama-sama kita baca jawapan dari Mufti WP ni.
Baca ni juga:
- Hukum Memakan Dan Memasak Haiwan Yang Masih Hidup
- Hukum Memakan Kutu Beras dan Kutu dalam Tepung Gandum
- Hukum Menelan Darah Yang Berada Di Dalam Mulut Ketika Solat
Apakah Hukum Makan Telur Tanpa Di Basuh
Jawapan:
Jawapan bagi soalan di atas, maka hukumnya suci selagi tidak ada kesan yang menunjukkan kenajisannya seperti tahi ayam. Jika terdapat najis sekalipun, namun yang dimaka ialah isinya, bukan kulitnya. Justeru, jika tiada nampak najis yang masuk ke dalam makanan berkenaan maka hukumnya adalah suci pada asalnya. Sekalipun begitu, membasuh telur bagi memastikan kebersihan dan kesucian adalah etika yang baik dalam penyediaan makanan.
Berkata Imam Abu Bakar al-Dimyati, dalam syarahnya terhadap kitab Fath al-Mu`in yang bermaksud:
“Perkataan musannif ‘bahawa tidak wajib untuk membasuh zakar selepas berjimak, telur dan anak yang dilahirkan,’ bererti (barang) yang terkena lembapan faraj, sama ada lembapan itu suci atau tidak, dan kalau ia najis sekalipun ia dimaafkan, maka ia tidak menajiskan perkara-perkara yang telah disebutkan.”
Rujuk I’anah al-Talibin (1/104)
Namun jika ternampak najis pada telur itu, maka wajiblah membasuhnya. Jika tidak nampak atau disangka sahaja ada najis, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis.
Sumber: www.muftiwp.gov.my
Tags
ISLAMIK
Terima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteSaya tetap basuh walaupun tak nampak najis. Sebab tahu telur-telur tu semua berkumpul kat kawasan najis ayam.
Pernah tengok orang jual burger basuh dan siap lap lagi telur ayam sebelum guna. 😀
alhamdulillah bagus org burger tu. utamakan kebersihan
Deleteterima kasih atas perkongsian. memang dah jadi habit untuk basuh.
ReplyDeleteSaya basuh sebelum nak makan tu
ReplyDeleteDi rumah memang basuh. Luar pula kalau boleh elak beli makanan ada telur goreng.
ReplyDeleteTerima kasih kongsi entri nie Adda. Kak Sue memang akan basuh sebelum simpan atau guna..
ReplyDeleteDah ada orang buat perniagaan basuh telur sekarang ni
ReplyDeletebiar betul wak.. boleh buat duit la ni
Deletekena basuh dulu takut ada kuman melekat kat kulit telur tu...
ReplyDeletebeutl juga tiara
Deletetapi yang kita selalu tak teliti ialah telur sebaiknya dibasuh sebaik sebelum guna.. bukannya selepas beli.. sebab ada layer of protection pada telur yang belum dibasuh untuk elak telur cepat rosak..
ReplyDeleteada juga terdengar ni hamidah. mama memang selalunya nak masak baru basuh. baru-baru ni mama cuci dah simpan dulu. memang ada bezanya. tq for sharing ye
Deleteyes..memang basuh dulu. Dulu ammi beli je terus basuh dan simpan. Tapi ada yang kata nanti hilang selaput kat kulit telur tu..so sekarang nak pakai baru basuh.
ReplyDeleteMana-manalah janji basuh.
saya lebih suka mencuci telur daripada membiarkan begitu sahaja
ReplyDeleteAna akan cuci dulu kak. Risau bab keselamatan dan kesihatan akibat najis tu.
ReplyDeletemmg ramai yg basuh dulu kan utk kebersihan
ReplyDelete