Review Korean Drama The Legend of the Blue Sea

Review Korean Drama The Legend of the Blue Sea. Drama ni mama bagi 10/10 bintang. Memang besr cukup rencahnya. Jalan cerita dia menarik, ada unsur fantasy, love dan juga thriller. Suka mama tengok kedua-dua watak utama especially Sim Chong si mermaid tu. Lawak, nampak macam bodo2 tapi dia bijak sebenarnya. Pada masa yang sama terasa nak protect dua-dua main lead ni sebab sayang sangat kat diorang. 


Review Korean Drama The Legend of the Blue Sea

Masa kini


Tajuk Drama: The Legend of The Blue Sea 

Jumlah Episod: 20

Tarikh Tayangan: November 2016 - January 2017

Genre: Fantasy, Romance, Thriller, Comedy

Pelakon: Sim Chung/ Se-Hwa (Gianna Jun), Heo Joon-Jae / Dam Ryung (Lee Min-Ho),  Jo Nam-Doo (Lee Hee-Jun), Tae-O (Shin Won-Ho), Cha Si-A (Shin Hye-Sun).


Sinopsis Korean Drama The Legend of the Blue Sea

Mengisahkan tentang Joon-Jae seorang con artist yang ada rupa, pandai berkata-kata dan ada kebolehan pukau orang. Dia menggunakan skill dia untuk menipu untuk mendapatkan duit yang banyak bersama kawan dia Nam-Doo  dam Tae-O.. Satu hari penipuan mereka terbongkar oleh salah satu mangsa dan  Joon Jae melarikan diri ke luar negara dan menginap di sebuah resort tepi laut. 


Di sana dia bertemu Sim Chung, seekor puteri duyung yang dihanyutkan ombak besar sehingga terdampar di daratan. Bila di darat, dia akan muncul dengan kaki. Dia bertemu dgn Joon Jae di resort dan mengambil makanan Joon Jae kerana kelaparan. Pada mulanya Joon Jae nak serahkan Sim Chong kepada polis tapi bila nampak gelang di tangan Sim Chong yang merupakan harta karun beratus tahun lamanay dia decide untuk dapatkan gelang tu dan jual. Gelang tu berharga 6 juta kot. Akhirnya mereka berkenalan dan berlaku byk adegan lucu sebab Sim Chong tak biasa dgn kehidupan sebagai manusia. Akhirnya penjahat dapat locate Joon Jae dan semasa dikejar Joon Jae dan Sim Chong jattuh dalam laut. Sim Chong menyelamatkan Joon Jae. Mereka berpisah di situ dan Sim Chong si mermaid telah hilangkan ingatan Joon Jae mengenai dirinya.

Bila pulang ke Korea Joon Jae sentiasa terasa yang dia ada missing sesuatu. Sampailah satu hari dia bertemu Sim Chong semula. Sim Chong rupanya jatuh cinta kepada Joon Jae dan sebagai duyung dia akan follow cinta hatinya. Sim Chong kena buat Joon Jae cintakan dia dalam masa 3 bulan. Maka bermula semula perkenalan mereka dan Sim Chong tinggal bersama Joon Jae. Kali ni Sim Chong belajar dengan laju sebab banyak belajar dari drama drama Korea yang dia tengok. Memang macam-macam berlaku dan byk adegan menggelikan hati. 


Masa dulu

Rupanya kisah cinta mereka berdua ni ada kaitan dengan kisah yang pernah berlaku lebih 500 tahun dulu antara si duyung Se Hwa dan lelaki bangsawan bernama Kim Ryung dari Dinasti Joseon. Artifak yang dipakai oleh Sim Chong ada kaitan dengan kisah mereka dan sedikit demi sedikit Joon Jae merungkai rahsia kisah percintaan Se Hwa dan Kim Ryung sehinggalah pengakhiran cinta mereka yang berakhir dgn tragedi. Joon Jae juga mendapat mesej dari Kim Ryung tentang sejarah nasib malang kisah cinta mereka yang akan berulang. Kim Ryung mendapat gambaran tentang dirinya di zaman modern dan tinggalkan beberpa clue kepada Joon Jae dan sehinggalah dia muncul dalam mimpi Joon Jae.


Scene Yang paling menyedihkan bagi mama, scene ni dengan di hospital dimana ayah Joon Jae meninggal.


Banyak konflik dan banyak kisah dalam cerita ni. Memang tak jemu menonton drama ni. Sim Chong kena dapatkan cinta sejati dalam masa 3 bulan, jika tidak dia akan hilang dari dunia ini. Sementara Joon Jae pula menjadi buruan pembunuh yang dihantar oleh ibu tirinya untuk menjadikan adik tiri Joon Jae pewaris kekayaan bapanya. Macam-macam berlaku, kalau korang nak tau kenalah tengok sendiri. Pada mama memang berbaloi tengok cerita ni. Best sangat.. Epilog yang ada pada akhir episod beri macam-macam makna dan discovery. Ada sesapa yang dah tengok ke? Komen sikit..



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

11 Comments

Words of wisdom

  1. ada tengok sikit2 drama ni..kurang gemar genre mcm ni..

    ReplyDelete
  2. penah tgk dlu tp x brp nk follow... sama dgn nohas x brp suka genre yg fantasi sgt mcm ni.. hehehe

    ReplyDelete
  3. cerita ni memang best. seronok tengok.

    ReplyDelete
  4. drama ni tak tertengok tengok sampai ke sekarang. hehe

    ReplyDelete
  5. Aakak tengah layan Oh My Venus...skit lagi nak abih..nanti leh tgok citer ni plak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post