Banjir Selepas 2 Hari Hujan Tanpa Henti

Assalamualaikum semua. Mama tak sanggup nak buka FB sebab sana sini rakan-rakan update berkenaan banjir di area Shah Alam dan Klang. Tak sampai hati mama tengok gambar dan kerosakan harta benda akibat banjir. Mama hanya mampu berdoa agar diberikan ketabahan dan dipermudahkan urusan mereka. Hujan tak berhenti dan taburan hujan memang banyak sebab tu sampai banjir. Katanya penangan taufan Roa di Filipina yang melalui Laut China Selatan kan.





Alhamdulillah rumah mama di Shah Alam dan Klang tidak terlibat dengan banjir walaupun jiran kat Klang ada juga bagi gambar air mulai penuh kat belakang rumah dan parit. Tapi takdelah sampai melimpah. Elektrik pula terputus seketika.

Keadaan office mama. Ada juga beberapa pekerja yg stranded tak dapat nak balik rumah sebab banjir. Alhamdulillah majikan mama beri kemudahan bagi pekerja dan ahli keluarga untuk tinggal di office bagi yang berhadapan masalah. Lori juga on standby untuk bantu staff..

Kalau tengok gambar sebelah kanan tu ialah sungai di tepi office mama. Biasanya sungai ni ada dalam 6 meter jaraknya dari paras air ke jalanraya. Sekarang dah melimpah atas jalan.


Rumah adik ipar di Puncak Alam.


Mama lihat banyak juga kawasan yang teruk sampai tinggal bumbung Dan banyak kisah menyayat hati tunggu bantuan dalam kelaparan etc. Byk juga kisah yang buat mama terharu seperti ada geng rider yang tolong orang2 terkandas hantar diorg balik naik motor dan update keadaan banjir. Ada juga yang buka kedai untuk bantuan mangsa banjir etc. Dalam situasi begini memang terserlah kebaikan rakyat Malaysia. Proud of you 👍!


Semoga semuanya tabah dan semoga bencana ini tidak bertambah teruk.

mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

12 Comments

Words of wisdom

  1. Allah, semoga segala urusan kak di permudahkan oleh Allah

    ReplyDelete
  2. Itulah teruk banjir kali ini.
    Harap dipermudahkan urusan mereka yang susah.

    ReplyDelete
  3. terkedu tgk video2 yg org share. semoga semua selamat dan urusan dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Kesian mereka yang terkesan. Pernah alami di Kota TInggi...

    ReplyDelete
  5. kesian bila tengok semua mangsa kak, banjir yang tak terjangka seteruk itu

    ReplyDelete
  6. Saya pun tak sanggup nak tengok di media sosial. Dalam masa sehari dua je air naik cepat betul.

    ReplyDelete
  7. betul tu mama.Sedih tengok. Nasib baik rakyat Malaysia ramai yang baik hati dan rajin membantu

    ReplyDelete
  8. menayayat hati tengok gambar dan video kengkawan dan yang dikongsikan di FB etc. Sampai hari ni masih lagi ramai yang terkandas especiallay di Sri Muda.. banjir tak surut lagi. semoga yang kerosakan harta benda tu ALlah gantikan dgn yg lebih baik

    ReplyDelete
  9. Sedih tengok semua yang terjejas..nak tolong pun x tau macam buntu.last2 tolong bagi duit je...

    ReplyDelete
  10. sedih kan dgn kisah tragedi 18.12.2021 ni.
    terjejas teruk. sgt menakutkan keadaan banjir yg berlaku.
    famili aida takde yg terkesan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post