Berselawat Diampun Dosa dan Di Angkat Darjat

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aali Muhammad. Berselawat Diampun Dosa dan Di angkat Darjat. Mari kita perbanyakkan berselawat ke atas nabi kita Muhammad SAW. 


Berselawat Diampun Dosa dan Di angkat Darjat



عَنْ بُرَيْدِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

Dari Buraid bin Abu Maryam dia berkata; telah menceritakan kepada kami Anas bin Malik dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah akan mengucapkan selawat kepadanya sepuluh kali, dihapuskan darinya sepuluh kesalahan, dan ia diangkat sepuluh darjat untuknya." (HR An-Nasa'i No:1280) Status: Hadis Sahih


Kesimpulan hadith:

1.  Orang yang berselawat ke atas Rasulullah SAW sekali, Allah akan membalas dengan sepuluh kali.

2.  Orang yang berselawat sekali akan dihapuskan sepuluh kesalahannya

3.  Orang yang berselawat sekali akan diangkat sepuluh darjat untuknya di sisi Allah.


Subhanallah besarnya ganjaran berselawat. Allah sendiri akan membalas selawat kepada kita. Mari kita sama-sama amalkan.


Sumber:  1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, telegram.me/hadisharian_ikram


mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

7 Comments

Words of wisdom

  1. Salam Jumaat, mamapp..syukran for sharing..

    ReplyDelete
  2. jadikan amalan berselawat ke atas nabi muhamad saw

    ReplyDelete
  3. Amalan seharian..terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  4. salam jumaat semua semoga bermanfaat perkongsian mama ni ye

    ReplyDelete
  5. ringkas. mudah.
    tapi tu la kekadang kita tak buat, kan.
    aduhai.

    aida cuba istiqomah utk berselawat & istighfar setiap pagi.
    time keluar rumah and driving ke tempat keje / anta anak sekolah.
    mula kan hari berzikir.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post