Didoakan Malaikat Orang Yang Tidur Berwuduk

Didoakan Malaikat Orang Yang Tidur Berwuduk. Tidur merupakan satu daripada fitrah kehidupan insan. Setiap orang mengharapkan waktu tidur di malam hari sebagai waktu rehat yang baik untuk tubuh badannya agar keesokan harinya bangun dalam keadaan cergas untuk meneruskan kehidupan seharian.


Didoakan Malaikat Orang Yang Tidur Berwuduk


Beruntunglah mereka yang tidur di malam hari ditemani malaikat dan didoakan Malaikat ketika dia bangun daripada tidur. Daripada Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ بَاتَ طَاهِرًا بَاتَ فِي شِعَارِهِ مَلَكٌ فَلَمْ يَسْتَيْقِظْ إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعَبْدِكَ فُلَانٍ فَإِنَّهُ بَاتَ طَاهِرًا

"Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci (berwuduk), maka Malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (HR Ibn Hibban 3/329) Status: Hadis Sahih


Orang yang berwuduk atau bersuci sebelum tidur dengan sempurna seperti berwuduk untuk solat akan sentiasa dipelihara Allah dengan adanya Malaikat sebagai peneman malah beruntung kerana didoakan keampunan oleh Malaikat sebelum dia bangun daripada tidur.


Imam Al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumiddin menyatakan;

اذا نام العبد على طهارة عرج بروحه الى العرش فكانت رؤياه صادقة

Jika seorang hamba tidur dalam keadaan suci, maka ruhnya diangkat sampai ke Arasy sehingga mimpinya pasti benar.


Malah diberikan kelebihan doa yang mustajab apabila berdoa selepas terbangun dari tidur. Hadis Rasulullah SAW:

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ بَاتَ عَلَى طُهُورٍ ثُمَّ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ فَسَأَلَ اللَّهَ شَيْئًا مِنْ أَمْرِ الدُّنْيَا أَوْ مِنْ أَمْرِ الْآخِرَةِ إِلَّا أَعْطَاهُ

Dari Muaz bin Jabal dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah seorang hamba tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), kemudian ia terbangun di tengah malam, lalu ia memohon sesuatu kepada Allah dari perkara dunia atau perkara akhirat, nescaya akan di berikan kepadanya.” (HR Ibnu Majah No: 3871) Status: Sahih


Imam Bukhari dan Muslim juga meriwayatkan hadis dari Bara’ bin ‘Azib, dia berkata bahawa Nabi SAW bersabda;

إذا أتيت مضجعك فتوضأ وضوءك للصلاة ثم اضطجع على شقك الأيمن

Jika engkau hendak menuju pembaringanmu, maka berwuduklah seperti engkau berwuduk unuk solat, kemudian berbaringlah di rusukmu sebelah kanan.


Alhamdulillah semoga dengan perkongsian ini boleh menjadikan kita insan yang lebih baik. Mari sama-sama kita amalkan.


Sumber: https://t.me/kapsul_tazkirah



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

8 Comments

Words of wisdom

  1. WOW! Bestnya dapat doa dari malaikat. alhamdulillah, kita selalu praktikkan ni setiap malam sebelum tidur

    ReplyDelete
  2. Nak praktikkan lah. Semoga tak terlupa bila nak tidur.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan, mama. Salam hujung minggu

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang memang terus tidur selepas solat fardu.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post