Dinner di Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor

Dinner di Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor.  Seronok bila mama dapat tahu ada restoran yang menyedian menu western yg sedap dan murah kat Shah Alam ni. Mestilah mama tak lepaskan peluang nak cuba. Satu hari tu, ntah kenapa kami yang takde plan nak makan luar ni tetiba boleh keluar rumah dan dine in kat Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor ni. Mama makan kat sini beberapa hari sebelum pergi Temerloh.


Baca ni juga:


Menu Pilihan di Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor

Inilah menu pilihan kami di Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor

Lava lamb. Cheese dia sedap. Patutlah dinamakan lava sebab cheese dia memang banyak, tak kedekut langsung. Menu ni memang untung sebab ada chicken, lamb, cheesy wedges, meatball dan lava of cheese  berbaloi harga RM 20 je


Spaghetti chicken parmigiana ni untuk mama. Mama kan memang suka chicken parmigiana. Tapi versi Soru Station ni parmigiana dia sekadar ayam dgn cheese je. Sepatutnya ada special sos kan tapi ni xde. Apapun sedap aje mama makan dgn spaghetti tu.
 

Fusion lamb yang dimakana bersama nasi goreng. Mashed potatoes tu rasa dia sedap. Nasi pun sedap siap ada sambal lagi. Memang menyenyangkan


Air minuman kat sini yg murah. RM 3 aje tau. Cuma masa kami nak beli ni x dpt nak beli yg version  float sebab float habis. Kopi pun habis.. Sebab tu kami beli air orange juice dan teh ais. Sedap-sedap rasanya.


Tambahan menu fries, mula-mula ingatkan makanan yg kami order takde fries, sekali dalam chicken parmigiana ada fries juga. Jenuh gak nak perabih.

Harga Dan Menu di Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor. 

Mama ambil.kat Facebook soru Station masa tgh beratur nak order












Overall makan kat sini memang puas hati. Murah dan sedap. Patutlah ramai orang. Penyediaan makanan boleh dikatakan laju, cuma masa nak order je lambat sebab ramai orang dan memasing ambil masa depan kaunter masa nak order tu.


Inilah bayaran yang dibayar untuk semua makanan  kitaorang.


Maklumat Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor


Soru Station Seksyen 13, Shah Alam Selangor

Alamat: 12A, Jalan Boling Padang E 13/E, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Masa operasi: Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin 12 tgh hari - 11 malam



mamapp

Masa mengajar kita tentang segalanya.. Masa mematangkan kita seiring dengan usia..

14 Comments

Words of wisdom

  1. Aritu nk try juga makan sini tp baca review ramai update servis slow..so xpi la lagi..sbb tgk menu kt IG soru terliur, tu ingat nk try

    ReplyDelete
    Replies
    1. servis dia laju amy.. cuma masa nak order je yg ambil masa lambat. sebab kena beratur dan tunggu orang kat depan tu decide . try la sedap dan murah

      Delete
  2. harga berpatutan jugak tu. ish kalau ada kopi mesti lagi best kan

    ReplyDelete
  3. Menarik semuanya lagi lagi Lava Lamb tu . Harga pun murah

    ReplyDelete
  4. Air itu betul-betul murah. Mana hendak dapat air yang canggih-canggih murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul na. sayang aritu float abis kalau nak semua kitaorg order float hihi

      Delete
  5. murah betul tu.. rezeki dapat tempat sedap dan murah.. eh.. asal la jauh.. aku masuk list dulu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ita. consider masakan western yg x kedekut bahan mmg berbaloi

      Delete
  6. Rasa macam pernah lalu sini tapi ramai gila. Lain kali boleh lah Kak Sue cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa saya pergi pun ramai kak. tapi alhamdulillah meja ada juga yg masih kosong

      Delete
  7. Ammi belum pernah makan kat restorannya lagi sebab memanjang full je yg kat area rumah ammi. order online pastu gi collect. Mujur cuma 5 minit dr rumah

    ReplyDelete
  8. Ishhh nampak best. Keluarga saya besar tapi semua favourit diorang nih

    ReplyDelete
Previous Post Next Post